October 14, 2010

Semua benda nak citer


Salam semua. Dah 3 hari aku sakit kepala, migrain ni datang menyerang. Sakitnya sebelah kepala jer tapi ‘bisa’ nya seluruh badan aduhaii sabar je lah. Masa camni lah buat aku teringat pada ‘5 perkara sebelum 5 perkara’.
   ~ Masa muda sebelum hari tua
   ~ Masa sihat sebelum dilanda sakit
   ~ Masa kaya sebelum miskin
   ~ Masa lapang sebelum waktu sibuk
   ~ Masa hidup sebelum tibanya saat kematian

Pagi ni n3 aku bukan pasal migrain tapi tentang ragam manusia ni. Bukan nak bergossip atau mengaibkan sesiapa, sekadar peringatan untuk diri sendiri. Oklah, uUolls penah jumpa atau kenal ataupun antara orang yang mmg suka bercerita tak kira apa cerita pun (luar dan dalam), tak kira masa dan tak kira tempat? Pernah ke? Pernah kan...yelah, ragam manusia ni pelbagai, molek bagi kita, tak semestinya elok dipandangan orang lain. Wahhh, tetiba lak aku serious pepagi ni ehehehe jgn main2 tau, penangan sakit kepala ni haa!!

Bila terjebak dgn orang yang ada sikap mcm ni, apa uolls buat? aku ni jenis ‘berat mulut’ sikit, mmg susah nak bercerita KECUALI dgn org yg betul2 aku rapat. Itupun ada jugak yg aku tapis, takdelah segala makneka aku nak kabor kan, malu lah wehhh. Tak kan takde perasaan segan dan silu tu.. Kalau jumpa org yg mcm ni, selalunya aku akan dengar sepintas lalu jer apa yg dia citerkan. Paling2 tidak aku akan jawab ‘hhmm’, ‘yer lah’, 'oh, iyer?', ‘ok’. Bukan tak suka nak dengar tapi kalau dah berulang kali story yang sama, dalam waktu yang sama, boleh sakit kapla jugak aku wehhhh. Nanti timbul pulak perasaan meluat tu. Part ni yang tak best ni, kalau boleh tak nak ler sampai menyampah kat orang, kan?

Ada pulak ni yang jenis suka sgt citer hal dia jerrr, semua citer yang terbaekk adalah dia dan keluarganya semata2. Kalau keburukan org pulak, diulang2 nya adoyaaiii. Kdg2 aku terfikir jugak....hhmmm dah jatuh riak ke tak camtu hah?? Satu hal aku peratikan, bila kita banyak bercakap ni sebenarnya membuka keburukan diri sendiri.  Menampakkan ke'tidak cerdik'nya kita ni. Minta dijauhkan dari bersikap mcm tu, sunngguh tak molek lah dipandangan mata dan dipendengaran telinga hamba ni ahakssss. Ok, okay serious balik.....lagipun bukan budaya dan adat timur kita mcm tu, mencanangkan segala2 nya untuk bermegah2. Tapi nak buat macam mana kan? Dah namanya ragam manusia, terima je lah. Kdg2 tu paksa-rela lah jugak untuk mendengar, walaupun dah sampai tahap yg boleh buat aku sakit kepala adusshhh. Okla kengkawan, kita tempuhi  dan syukuri perjalanan hidup kita seperti biasa. Wassalam  

2 comments:

  1. Waaa...harus dejavu berlaku berulang2x kali kan...eieieie...mmg tak sanggup nak dengokan!!!

    ReplyDelete
  2. sape madam..??? cite le kat I.. I nak tau seme... seme cite... pls cite seme bende kat I... eheheeee. ok pe.. secara tidak langsung kita tahu SEMUA cite luo dalam of 'that specific' individu... kita tidak di kategorikan sebagai penyibuk... sbb, bukn kite yg sibuk2.. dia yang hegeh2 nk cite segala... lalalaaa

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails