July 30, 2010

KONNICHIWA


Salam semua...dah nak masuk tengah hari kan? Kejap je, ..pastu dah nak petang pulak. Baru nak bersantai di petang hari, dah nak malam pulak. Bila dah malam, hidup tak lengkap kalau tak zzzZZZZzzzzz..... ehehe....apa2 pun itu lah pusingan dalam hidup kita seharian. Nak tak nak, suka tak suka .... terimalah seadanya.

Orang tua-tua cakap 'pejam-celik, pejam-celik' dah nak nak habis pun separuh tahun...hhmm apa yg kita dah buat sepanjang tempoh tu yer? Buka diari, garu2 kepala, kerut2 dahi cuba ingatkan ehehehe takpe lah... tepuk dada, tanya diri sendiri . Mana yang tak buat lagi, usahakan lah sampai dapat buat. Mana yang dah selesai dan tercapai alhamdulillah....

Oklah, minggu pertama ku di bumi Nihon ni...untuk kali yang ke-2 dalam hidup ku. Pertama kali menjejak kaki di bumi Jepun ni awal tahun lepas. Ku berkursus selama 4 minggu di daerah Tsuruga. Kali ini masanya agak lama sedikit, 3 kali ganda dari yang dulu. Dan kali ini ku ter'campak' ke daerah lain pula iaitu Tokai-mura. Perasaan? Macam2 ada....senang cakap.....pengalaman yang hampir sama tapi tetap berbeza.. ehehehe

So, apa yang menarik di Jepun ni? Banyakk tapi sabar yer..akan ku citerkan di entry yang lain. Oklah, nak siapkan satu tugasan ni.. Jumpa lagi, ...Sayonara!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails