Showing posts with label Resipi. Show all posts
Showing posts with label Resipi. Show all posts

May 5, 2017

~ Pulut Kuning Tanak ~

Salam Jumaat :)
Pulut kuning sambal bilis bekal ke pejabat
Masih dalam mood memasak B-)... pagi ni bangkit awal sikit sebab nak tanak pulut kuning. Dua hari lepas dah berjanji dengan officemate, nak sarapan pulut kuning sama sama. Sedap kalau makan dengan sambal bilis katanya

 Ini cubaan kali kedua masak pulut kuning cara macam tanak nasi. Sebelum ni, kalau masak pulut memang saya buat cara kukus. Cara tu jer pun yang nenek saya pernah ajar. Agak sedikit renyah lah kerjanya. Selepas kukus kena keluarkan dari periuk kukus dan gaulkan dengan pati santan, dan dikukus lagi sekali. Tambahan pula, selalunya tak berapa rajin nak keluar dan bersihkan periuk kukus. Tu sebabnya, setahun sekali bila raya, baru lah gigih saya nak buat pulut kuning ni

Kebetulan minggu lepas anak bujang balik bercuti. Dia ni penggemar pulut macam saya juga.Bila ada geng makan, jadi seronok lah sikit nak mencuba. Nak masak cara express lah sebab nak buat sarapan je. Saya pun mencuba lah versi tanak ni. Bila google rupanya dah ramai yang buat. Sayangnya hampir semua menggunakan rice cooker. Saya teringin nak masak dalam periuk. I ni kan old school type ...takpe, kita yang buat dia kan?

Bila first attempt menjadi. Ya Allah seronoknya. Alhamdulillah. Rupa rupanya mudah aje. Kalau lah saya tau, dah lama buat pulut cara tanak ni. Tak ada lah  menunggu raya baru nak makan pulut kuning kan? huhuhuhu
 
Pulut Kuning Tanak
2 cawan beras pulut
2 cawan santan (saya bancuh 1 cawan pekat+1 cawan air)
 1 sudu besar minyak masak (saya pakai olive oil)
1 sudu teh gula
1/2 sudu teh garam
 Daun pandan

Cara:
1. Beras pulut di cuci dan direndam dengan bancuhan serbuk kunyit dan asam keping (supaya pulut cantik berkilat) selama 30minit saja
2. Setelah 30minit, toskan beras pulut tadi dan masukkan ke dalam periuk
3. Tuangkan santan dan masukkan gula, garam serta minyak. Daun pandan saya simpulkan dan dimasukkan sekali
4. Hidupkan api, dan biarkan santan hingga mendidih.
5. Apabila santan hampir kering, gaul perlahan pulut separuh masak itu
6. Kecilkan api dan tutup tudung periuk. Teruskan memasak selama 5-7minit
7. Jika pulut masih belum masak sepenuhnya, masukkan sedikit air panas anggaran 2-3 sudu besar dan biarkan lagi dalam 5 minit.
8. Gaulkan pulut yang sudah masak elok, matikan api. Sedia untuk di hidang, dan makan bersama rendang daging/ayam ataupun sambal bilis

p/s: ..get excited and make things happen!!

May 3, 2017

~ Kacang Kuda Bertumis Kari ~



 


Eh eh ? boleh pulak posing senget senget si kacang  kuda (KK) ni. Poyo lah kau ni KK. Mentang mentang dah bersalut kari hehehe

Dari semalam dah, teringin sangat nak makan kacang kuda. Tapi kali ni terasa nak yang pedas pedas sikit. Biasanya, saya rebus letak garam je. Sesekali letak gula juga bagi kacang kuda yang direbus ada rasa lemak manis dan masinnya.

Kali ni selepas rendam kacang kuda semalaman, kacang tu saya rebus macam biasa dengan api sederhana selama 40minit. Selepas ditos, baru lah sesi menumis nya pulak. Uolls nak resipi ke? Mudah aje ni, style masak cara saya seadanya. Mungkin sedap pada selera saya, belum tentu sedap di selera anda. Kalau nak mencuba tu, silakan.

BAHAN-BAHANNYA :-D
1 cawan kacang kuda (direndam semalaman, dan direbus) 
1 tangkai daun kari, dilurut
3 biji cili kering, digunting serong. cuci dan toskan untuk buang biji
1 biji bawang merah, dihiris
1 ulas bawang putih, dihiris
1 sudu teh serbuk kari daging
1 sudu besar ikan bilis
garam dan gula secukup rasa 

CARA MEMBUATNYA :-D
 1. Panaskan satu sudu besar minyak zaitun. Tumiskan cili kering dan daun kari sehingga wangi, kemudian tumiskan bawang merah, putih dan ikan bilis sehingga kekuningan
2. Masukkan serbuk kari dan sedikit air, kacau rata sehingga pecah minyak. 
3. Masukkan kacang kuda yang sudah ditos, bersama sedikit air lagi. Gaul sebati sambil perasakan dengan gula dan garam.
4. Pastikan kacang kuda telah bersalut dengan rempah yang ditumis. Tutup api. Sedia untuk dimakan


Selamat Mencuba


p/s: menurut kajian, makan kacang kuda boleh menurunkan berat badan...ohh i love you lah kacang kuda!!  B-D



 

June 7, 2013

~ Agar-Agar Laici ~

Salam & Hai...

earrrghhhh.... dah berminggu tak update tetiba je citer pasal agar-agar, apa kes...

Alkisahnya... masa mengemas food storage kat dapur semalam, sambil2 tu tengok mana yang dah abis, yang dah rosak....mana yang perlu beli... terjumpa pulak satu tin laici ni yang lagi dua bulan nak expired.  

eeh? Ko tak caya ye aku mengemas ? Aku rajin laa... hehh  kalo tak caya cerr tengok kabinet yang aku dah kemas ni. Ok ke tak?  comel tak? Gambar sebelum kemas tu aku malu lupa nak upload....he he he


 Taddaaa ni la roper kabinet tempat menyimpan barang dapur kitaorang. Comel tak? comel tak? Belum ada rezeki lagi nak buat KC yang moden dan cantik. Plan tu ada, design pun dah siap scatched ... tapi tak perr, aku terima seadanya. Berjasa kabinet ni tau, dari mula kahwin sampai dah beranak pinak ni masih setia berbakti dengan aku... ewahhh *mode drama minggu ini, dah mai dah..*

Chup...chupp ko ni dah kenapa?? melalut sampai ke kabinet la pulak! Fokus, fokus oshanira. Ok, ok back to story agar-agar. Selepas jumpa laici tu... aku intai la dalam petiais ada pulak susu low fat HL  ni .. masih ada separuh kotak lagi.. 


Daripada laici tu akhirnya dibakul sampah kan nanti ...baik la ku transform kan kepada agar-agar. Takde la pembaziran berlaku ....membazir tu kan sahabat syaiton. I tak nakkkk..... nak kawan dgn manusia je.

Resipi biasa2 je pun..  Malu nak citer lebih2. Tetap ngengada nak post kat sini he he he untuk rujukan peribadi kot. Sure ko dah buat berkilo-kilo laici sebelum ni kan? Tapi aku first timer tau!! Kesian kat aku, nak buat macam mana kan? Kita redhoo aje lah he he he


Agar-agar Laici

Agar-agar serbuk (10g)
150g gula halus 150gm
200ml susu HL / susu cair
1 tin laici
150ml air laici
650ml air

 Cara Masak

Didihkan 650ml air, agar-agar serbuk dan gula.
Kisar isi laici dengan 150ml air laici sehingga halus.
Bila agar-agar dan gula telah larut, tunggu sehingga sedikit mendidih dan kecilkan api.
Masukkan laici yang telah dikisar dan susu, dan kacau semua bahan.
Bila adunan dah mendidih lagi, tutup api dan tuang di dalam acuan yang sesuai.


p/s: masih confuse dengan agar-agar dan puding...

December 3, 2012

~ Kuih Kaswi Gandum ~

Assalammua'alaikum

Lama sungguh tak update. Hampir lupa password nak sign in tadi, boleh gitu? Sibuk sikit dengan labwork lately. Cabaran research ni biasa lah, kadang2 ujikaji tu menjadi, ada masanya bila alat meragam, ujikaji pun buat perangai. Memang menguji kesabaran (sikit) tapi takde lah sampai give-up. Yang penting, kalau nak habiskan masters, kena lah siapkan juga walau apa pun masalah yang timbul. Pelbagai dugaan dah dalam usaha nak menyiapkan masters ni, moga dipermudahkan lagi hari-hari mendatang ni. Hasbunallah Wa Ni'mal Wakil - Cukuplah Allah sebagai penolong kami dan DIA adalah sebaik-baik pelindung....Amiin

Hari ini merajinkan diri sebab nak post kaedah step by step kuih tradisional yang dah lama aku teringin  nak buat sendiri.  Anak-anak suka kuih ni. Mak mertua selalu juga buat kaswi ni dan aku tukang makan aje heh.. Sesekali teringin gak nak merasa hasil dari air tangan sendiri. Masalahnya ....aku tak konfiden! Rasa macam susah aje. Gula merah dah banyak kali aku beli, tapi semuanya 'selamat' ku buat agar-agar gula merah la, bubur kacang la. Bukan apa..alasannya, 1) tak pernah buat sendiri (of course la he he). Ntah kenapa, bila bab nak buat kuih tradisional ni, aku jadi penakut. Psycho betul la perkataan 'tradisional' ni.  Dan alasan ke-2) aku tak pernah tengok secara live orang buat kuih ni dari mula sampai akhir dengan sukatan matriks yang tepat he he mak mertua aku buat pun cara tradisional, main agak2 je bahan dan sukatannya. Aku tak yakin sikit bab main agak2 ni, tak pandai la (alasan) Ilmu belum penuh di dada, takut nanti, bancuh kuih kaswi jadi kek coklat, sapa susah? Bila belek-belek resipi kat internet, dah jadi satu masalah pulak. Macam-macam versi ada. Akhirnya nekad pilih resipi kuih kaswi gandum kak Hanieliza klik sini . Mohon share ye kak liza.

Tujuan posting step by step ni bukan lah nak menunjuk2. Senang nak belek semula bila perlu nanti. Biasalah dapur amatur ni, macam ujikaji makmal juga. Ada masanya menjadi, ada masanya tak menjadi. Sebelum kuih kaswi jadi kek coklat, jom la kita ber'kaswi' he he he

Bahan-bahan
A) Bahan Sirap
5 cawan air
1 cawan gula merah
1 cawan gula pasir 
1 helai daun pandan - (saya tambah)
1 sudu teh browning/gula hitam - (saya tambah, supaya warna kuih sedikit hitam)

B) Bahan Kuih
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung ubi/jagung
1 sudu kecil air kapur kuih (optional) - (saya masukkan kapur kuih)
Kelapa parut (muda/putih saja) - (saya gaulkan dengan garam dan kukus 2-3minit)
Sedikit garam

Nota kaki: buat separuh adunan, menghasilkan 28 biji kuih kaswi (bersaiz acuan kuih lompang)

Cara:
Masukkan semua bahan A dalam periuk. Didihkan sehingga gula larut dan sejukkan.


Panaskan kukusan. Sapu dan ratakan sedikit minyak dalam acuan/loyang yang nak digunakan. Saya gunakan acuan kuih lompang.


Masukkan tepung gandum dan tepung tubi dalam bekas adunan. 


Bancuh semua bahan (sirap, tepung dan kapur kuih) dan tapiskan. Tuangkan dalam acuan. 


Kukus sehingga masak (antara 10-12 minit). Keluarkan dari periuk kukus dan biarkan sejuk sebelum dikeluarkan dari acuan.

 

Kelapa muda digaulkan sedikit garam dan dikukus sekejap (anggaran 2-3minit). Lumurkan kuih bersama dengan kelapa tadi.






p/s:  sedap. mudah je nak buat kuih kaswi ni. rugi kalau tak cuba...

September 6, 2012

~ Fruit Salad ~

Assalammua’alaikum

Aku suka sangat makan veggie salad.  Uikkss tetiba je kau. Citer pasal makan. Punya la pelahap, lama tak memblogs tetiba je terus citer pasal makanan hahaha Aku suka salad sebab dressingnya sedap. For me, thousand island is the best dressing ever. Dah tried semua jenis tapi tetap cinta abadi kat seribu pulau ni. Selain dressingnya sedap, rasa sayur2an tu pun fresh banget. Dah namanya pun sayur mentah, sure la fresh kan? Tak hagak2 kalau oshanira ni nak exaggerate fakta Ahakss !! Tapi serious ni , lain macam rasanya kalau dapat makan sayur mentah. Teringat aku kat temah time kami sesama training di bumi nihon 2 thn lepas. Hampir setiap hari aku gi beli veggie salad ni. Diet? Eehhh, takde maknanya diet, diet ni. Rugi tau hahahaha nasi berlauk pun aku makan mcm kat Malaysia jugak.  Salad ni ganti kudapan ku je sebab kerepek bawang, tempeyek semua tu takde kat sanun wahahahahaha Tekak melayu kan, mmg kena makan nasi juga, kalau tak gigilll . Ok, ok back to story mory kita....alkisahnya, cik temah ni dah lama declared dia dah set war dengan food spesis kaler hijau ni. Tak tau ler kenapa. Apa dosa sayur tu kat kau temah??? Tapi kan, dah hari-hari aku paksa dia meneman aku gi beli salad kat kedai 7-11, sampai satu masa tu dia sudah masuk 'jerat'. Temah pun nak coba itu salad daa. Mulanya temah tu terfikir... napa ler si kiah ni suka sangat makan sayur, dah macam kambing ghopernye (part ni aku saja tambah) hahahahha lepas tu dengan temah sekali terjebak !! Haaaa kan?  aku dah cakap kau temahhh... sedap tau sayur-sayur ni. Sebab tu kambing, lembu, zirafah semua suka ratah benda2 hijau ni Wahahahahaha

Hari ni aku nak citer pasal satu jenis salad lagi ...fruit salad. Cuaca panas tadi, tetiba rasa cam nak makan benda sejuk. Aku bangun gi buka fridge, nampak aiskrim. Tettt....reject! Sebab aku tak gemar aiskrim. Intai lagi, nampak ada buah-buahan hhmm cam tak best je kalau makan epal sebijik , pehtu sure nak makan oren sebijik pulak kan? Akhirnya berbiji-biji dan aku pun kekenyangan, haisshhh tak moh, tak moh, bukannya aku lapar. Aku nak cari something yg menyejukkan tekak je. Godek-godek lagi jumpa lak mayonis. Ligat otak aku mikir nak buat apa dgn benda2 ni, akhirnya TAADDAAAA...terhasil la fruit salad yang seksi ini hahahahaaha

bukan aje potongan kiub.. potongan piramid, hexagon, pentagon semua ada :P
Sheedapp ... bukan nak lifting up my own laundry basket hokay ehehehe serious sedap ni. Boleh hilang stress tau, sebab ada pelbagai warna. Umpama terapi warna wahahahahaha time kunyah tu macam2 rasa ada: masam, manis, masin …terbaeekkk. Resipi nya ~ pelbagai buah-buahan (potong kiub, rendam dalam air garam sekejap) kismis, mayonis dan gula. Sukatan? Ikut suka hati la la la. Buat banyak-banyak dan simpan dalam fridge. Bila nak makan je, boleh buka fridge, bila nak buka fridge aje, boleh makan hahahaha

p/s: selamat hari raya dan maaf zahir, batin

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails