October 22, 2010

Home Sweet Home

Assalammua’alaikum kengkawan!! Dah 5 hari berada di tanahair tercinta. Rasa macam tak percaya je, tempoh ‘3 bulan’ tu dah pun berakhir. Syukur alhamdulillah semuanya baik2 dan terpelihara belaka. Since 'home sweet home' ni, takde masa nak update blog ni. Bukan saja blog, email pun tak sempat nak jengah!! Biasa lah, bila kat rumah, memang takde peluang ler nak berblogging sesuka hati. Kena ler luangkan masa untuk anak2, kesian buah hati mama kan? kena tinggal berbulan2. Manja nyaaa... toksah citer lah. Dalam bilik air pun si adik boleh ketuk, nak pastikan mamanya ada ke tak. Risau kan main dia,  kot ler pergi lagi mama dia tanpa sedar  ehehe. Si adik asyik membodek ‘mama, adik dah besar ni, adik dah boleh ikut mama pegi Jepun dah, jom' Agaknya adik ingat nak ke jepun tu macam nak ke putrajaya je kot!! Ehehehe yang si abang pulak dah mula cool sikit, kalau tak asyik kusut jer. Muka pun ketat aje, nak tengok dia senyum punnya lah susah. Ntah ler, aku kena  arrange masa sesuai slow talk dengan si abang ni. Nak cuba fahami apa sebenarnya masalah dia.  Kadang2 si abang ni macam berjauh hati, kadang2 macam memberontak. Ada kalanya dia jeles dengan si adik, kononnya takde sapa yang pedulikan dia....alahaii.
 
Bukan takat keluarga aje, kerja2  rumah pun tengah ‘menunggu’ aku ni huhuhu.  Cuti 3 hari ni tu pun, jadual aku penuh dengan aktiviti housekeeping lah, spring cleaning lah dan yang sewaktu dengannya lagi. Takde peluang nak bersantai mantai ehehe.  Tapi no hal punya lah, banyak sangat rehat reput pulak tulang ni nanti hahahah Mula2 aku kerjakan si toilet tu dulu, pastu dapur, nexttt ruang tamu pulak dan last sekali baru bilik. Perghhhh....itu pun ada 3 bilik lagi aku tak bersihkan!! Takpelah pelan2 kan? Kena betulkan ‘momentum’ dulu. Bila dah bersih dan teratur semua tu, baru rasa lega sikit hati ini.
Sakit pinggang mengangkat luggage 30kg turun naik bas jumaat lepas, pastu ditambah pulak trip Narita-KL hampir 7 jam sepanjang sabtu  tu, now 'top-up’ pulak dengan kerja2 rumah, aduyaii penatnyaaaa!! Aku rasa cam nak demam ni huhuhu Apa2 pun, itulah rutin kita yang menjawat jawatan  4-in-1 ni kan? 4-in-1?? apa tu? Mcm kopi lah pulak kan?? Ehehehe uolls senaraikan lah sendiri, janji cukup 4, lebih pun takpe. Oklah kengkawan, jumpa lagi, tata-titi-tutu. Wassalam

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails