Showing posts with label Isu Semasa. Show all posts
Showing posts with label Isu Semasa. Show all posts

January 20, 2012

~ Kemalangan Tersedak Susu ~

ehsan pakcik Google
Salam pagi semua. Lepas baca berita 'dua bayi meninggal tersedak susu' pagi ni. Jadi speechless, rasa nak marah tu membuak-buak tapi who should take the blame? Bukan nak menidakkan takdir, dah pasti ajal maut itu semuanya di bawah kuasa Allah. Tapi kemalangan ini lebih kepada kecuaian. KENAPA? Kemalangan masih boleh di elak kan? So, di mana silapnya? Sedih sangat bila dapat tahu, dua bayi yang malang tu ditinggalkan di pusat asuhan yang SAMA. Saya ulangi....di PUSAT ASUHAN yang SAMA, dan tragedi tu berlaku dalam masa selang 10 MINIT saja!!! Sorry to say,.....that's crazy!!! Berita lanjut boleh baca sini
 
Sekarang ni dah kerap sangat dengar kes sebegini, bayi mati tersedak susu. Tak kisah pun di mana tragedi tu berlaku, bawah jagaan ibu-bapa mahupun ketika di taman asuhan. Bukan nak menunding jari pada sesiapa, persoalannya ....kenapa masih ada yang GAGAL belajar dari kesilapan?? Sekiranya berlaku kali pertama, kita panggil kemalangan. Jika berulang-ulang kali, that is not so called accident anymore, dear...itu KECUAIAN namanya.....
 
To all parents out there, pleaseee laa..... pastikan uolls tau dan faham cara untuk menyusukan anak.  Jangan amik mudah...baby is still a baby, helpless dia perlukan kita to look after them. Untuk pusat asuhan, pleaseee.......berilah latihan khusus untuk tenaga pengasuh yang uolls hired. Sure ada pengasuh yang belum ada pengalaman mengasuh bayi. Yang berpengalaman pun belum tentu 'pass' dari semua segi, tetap akan melakukan kesilapan. 
 
On top of other things, sematkan rasa tanggungjawab dalam diri. Anggaplah anak orang, anak kita juga. Sedihnya bila ada yang 'mulia' kan wang-ringgit lebih daripada 'nyawa'. Mentang-mentang di depan mata ni hanya 'anak orang' maka, lantak la ko nak apa pun, janji aku dapat duit....that is ethically so wrong, dear!!! please...

November 14, 2011

Musim Perkahwinan


Assalammua’alaikum.. Buat apa tu? Sedang menghitung hari ke ? Hitung jangan tak hitung dikk. Bukan selalu dapat jadi raja sehari ni. Pheeewiitttt!!! Tapi sehari je tau. Jangan berlebih dan berKALI pulak!! Ooppsss ada ler yg marah kat saya ni nanti. TAPI kalau dah jodoh tu ada, siapa lah kita untuk menidakkannya ye dak??… tak salah berulang kali jadi 'raja' (amboiii senyum lebar ye, sesapa yang berkenaan tu), asalkan lurus nawaitunya...

Dalam seminggu dua kebelakangan ni, dah banyak kenduri kahwin  berlangsung. Jemputan sedara-mara, sahabat handai, kejiranan semua ada. Mcm biasa laa, dah hujung-hujung tahun ni. Memang sesuai la utk melangsungkan majlis walimatul urus. Sebab tu la  adanya terma ‘musim perkahwinan’. Kahwin pun ada musim jgk ke??? Hishhh of course laaaa …..bukan buah aje yang bermusim,  kahwin pun nak kena ada musim. Timing kena betul, biar  semua dapat together and gather di saat yang terindah tu nanti (eewaahh ayat ku...huhuhu).

Lebih-lebih lagi sepanjang cuti sekolah ni nanti. Makin banyak majlis yang nak diraikan. Semakin banyak la jemputan yang diterima. Kekadang tu sampai 2-3 jemputan sehari.  Alhamdulillah, terima kasih  banyak kerana sudi menjemput. Itu lah rutin dihujung minggu kita bila tiba musim perkahwinan ni....ye dak? Serba-salah juga bila ada jemputan yang tak dapat dipenuhi. Bukan tak sudi, ada kalanya timing tak kena, overlapped dengan program lain. Ada kala tu sebab lokasinya agak jauh. Apakan daya, bukan takat tangan aje tapi kaki pun tak sampai ehehe. Insha-Allah, di lain kali  jika dipanjangkan umur kita ye. Asalkan tak serik nak  menjemput lagi :D...
"Semoga Allah memberi berkat kepadammu dan atasmu serta mengumpulkan kamu berdua (pengantin lelaki dan perempuan) dalam kebaikan"
  
 Image and video hosting by TinyPic

October 5, 2011

Bila Semuanya Berebut Naik..


1, 2 kita lompat, siapa cepat, dia dapat.
Saja aku ajak anak2 & En hubby ronda pasar malam BSP petang semalam. Bukannya nak membeli sangat pun. Saja suka-suka. Lagipun dah lama rasanya tak ke sana.

Sambil jalan, sambil la jengah gerai- gerai biasa kami ‘tapau’ food kesukaan masing-masing. Sambil jengah,sambil jeling kat tag harga. MAK AIIHH terlopong sekejap. Terkejut hahh bila belek tang harga. Nak kata, hampir semua barang yg dijual dah naik harga !!! Paling koman pun naik 50sen.  Itu baru satu item,  kalau 2-3 jenis? dah berapa hengget tu? Hiisshh tak boleh jadi ni...

Ni semua pasal ura-ura kenaikan gaji gomen dalam belanjawan 2012 tu la. Itu baru ‘bunga-bunga cerita’, belum announce pun lagi. Ada  ke tidak kenaikannya tu nanti. Semua peniaga dah bertindak dulu..

Ini baru citer bisnes pasar malam. Belum lagi citer harga barang kat kedai makan, kedai runcit, pasaraya. Semuanya berlumba-lumba nak naik. Dan pastinya, kenaikan harga kali ni bukan yang pertama untuk tahun ni. Macam mana lah ‘rakyat dapat menikmati limpahan ekonomi negara’ seperti yg TPM war2kan tu? Cer citer kengkawan. Cer citer.
 Image and video hosting by TinyPic

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails