October 11, 2010

Room Cleaning


Hai, hai, hai....allooooo, satu lagi entry!!! Ha ha ha vitamin ‘R’ terlebih dos hari ni ahakss!! Hari ni plannya nak bersihkan bilik dorm ni sebab Jumaat nanti dah kena check-out. Peraturan dorm kat sini mmg mcm tu, sebelum check out penginapnya kena bersihkan bilik masing2.  Kira oklah jugak, bukan kerja susah pun, kan? Kerja ennntengg je tu!!. Bahagian2 tertentu je yang kena bersihkan betul2, kalau nak bersihkan satu bilik pun apa salahnya, anggap je eksesais eheheheh lagipun biliknya kecik aje...
Sooo....dgn bersemangat wajanya, selepas subuh aku gi ‘kidnap’ vacum kat bilik laundry ehehe pastu aku bukak Sinar FM Capsules kuat-kuat, bagi boost up semangat nak ganyang satu bilik ni. Kalau ikutkan senarai yang incik manager  dorm ni bagi, kitaorang kena bersihkan:
1)  Dapur
~ perangkap minyak pada hood
~ alas/plate pada induction heater
~ sekeliling sinki dan perangkap sisanya
~ tempat penyimpanan pinggan mangkuk dan cabinet
~ petiais
2)  Ruang tamu
           ~ perangkap habuk pada air conditioner
           ~ pastikan lain-lain alat dalam keadaan asal
3)  Sampah
          ~ sampah di asingkan mengikut kategori boleh bakar dan tidak boleh bakar 


Ellehhh senang je tu....cheeewah berlagaknya oshanira!!!! Ya ampunnn!!! Hihihi gurau je yerkk. Apa2 pun, aku dah set appointment dgn incik manager ni. Dia akan datang periksa bilik malam Rabu nanti. Oklah kengkawan, minta diri dulu ye. Nak kena mulakan aktiviti ‘ganyang’ bilik ni.  Nanti kita jumpa lagi, bye!!

1 comment:

  1. hahahaaaa...samalah kita terlebih vitamin "R" hari tu ya...usu pun buat house cleaning dari pagi sampey ptg...jam 4.30 ptg baru lompat dlm pool...boleh timbul ikan mun mandi dlm sungey ya..wakakaaaa...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails