Showing posts with label Greeting. Show all posts
Showing posts with label Greeting. Show all posts

May 16, 2013

~ Happy 10th Birthday Raqib ..!! ~


Mama can hardly believe
that today, 
my once little boy
has grown up to be
a wonderful young man....

Muhammad Fahrur Raqib



Raqib & Adik-  you are always in my prayers :)
small family, simple celebration
 XOXO


p/s: with lots of love, today and everyday...
from mama, ayah &  Auni

July 24, 2012

~Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan~


Sedar tak sedar dah masuk hari ke-4 kita berpuasa ye? Alhamdulillah...  masih dikurniakan kesihatan untuk berpuasa di Ramadhan Al Mubarak kali ni. Memang dah planned nak masukkan entri sehari sebelum Ramadhan. Tapi oleh kerana sibuk dan ditambah pula dengan kemalasan menulis yang melanda. Makanya ....hah, baru lah berpeluang nak memblog hari ni. 

Rasanya belum terlambat lagi kot, untuk ucapkan Selamat  Menjalani Ibadah Berpuasa pada semua rakan-rakan, saudara-saudari sesama Islam yang singgah mahupun terrrsinggah di blog oshanira ni. Semoga ibadah kita di bulan Ramadhan kali ini lebih baik dan lebih sempurna dari yang sebelumnya, Aminnn Ya Rabal Alamin. Hhhmmmm bila dah singgah tu, sudi-sudilah bagi komen ye? 


“Andai semua HARTA adalah RACUN, maka ZAKAT lah penawarnya. Jika seluruh UMUR adalah DOSA maka TAQWA dan TAUBAT lah ubatnya, jika semua BULAN adalah NODA maka RAMADHAN lah pembersihnya”

p/s: iftar di mana ?

Image and video hosting by TinyPic

May 13, 2012

~ Selamat Hari Ibu~

Assalammua’alaikum Ma'

SELAMAT HARI IBU


“Ya Allah, ampunilah segala dosaku dan dosa kedua ibubapaku. Kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihi aku sejak kecil lagi”

p/s: Everyday is Mother Day. I just want to say...... Ma’, I LOVE you  everyday.

January 17, 2012

~Tahun Baru & Azam Baru~

Alhamdulillah syukur, kita semua masih berpeluang bernafas dan melangkah ke tahun baru 2012. Walaupun dah separuh bulan Januari dah berlalu, rasanya belum terlambat nak ucapkan SELAMAT TAHUN BARU pada semua. Semoga kita semua akan dan kekal selamat  di dunia dan akhirat selamanya. Amin Ya Rabal A'lamin.

Sesungguhnya 2011 yang ditinggalkan tetap menjadi memori terindah. Dengan pelbagai hal yang berlaku sepanjang tahun:  yang manis, pahit, masam, masin, payau, kelat ... semuanya dah pun sebati menjadi sebahagian diari hidup kita. Bak petikan mutiara kata: “Semalam adalah suatu KENANGAN hari ini adalah suatu KENYATAAN manakala esok adalah suatu PENANTIAN” Biarlah kenangan semalam disimpan buat pedoman di hari depan, kenyataan hari ini hendaklah ditempuhi dengan tabah, namun bersedialah menanti hari esok yang mungkin lebih menduga.  ok tak?  ehehehe dah, dah....cukup, cukup la sesi berpujangga tu. 

Seperti biasa, asal masuk tahun baru je mesti ada soalan cepumas ni, ...yang tak pernah nak ada emasnya kan? Haa... APA AZAM BARU uolls? Azam jangan tak berazam tapiiii ...still nak ada juga ‘tapi’ nya tu kan? leceh betul laa. Walaupun dah ada azam baru, azam lama dilupa jangan. Ingat tak lagi apa azam awal tahun lepas? Dah tertunai ke belum semua azam lama tu?? Kalau belum, elok lah tunaikan dulu satu persatu. Jangan gopoh sangat, nanti  yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran. Tak mau tamak, tamak, no, no, no....

Awal tahun ini, bukan saja azam saya yang baru tau!! Saya juga dah dapat jiran baru, a newlywed couple Alhamdulillah. Setelah hampir sebulan rumah tu tak berpenghuni. Jiran sebelumnya dah balik ke kampung halaman buat sementara waktu. Dek kerana masing-masing sibuk, sampai sekarang belum sempat nak beramah mesra dengan jiran baru ni. Selain daripada tu, lagi 3-4 bulan  saya akan dapat seorang anak sedara baru yeaaa... new addition to family Haji Mohd Takip. Alhamdulillah, sesungguhnya Allah tu Maha Kaya. Setelah didugaNya dengan penantian selama 8 tahun untuk mendapat zuriat pertama, sekarang ni adik saya dah pun punya sepasang putera dan puteri, ni nak tambah lagi sorang!! Allah kurniakan hampir setiap tahun ‘rezeki’ ini untuk adik. Walaupun dia pernah hampir berputus asa dulu. Sedar tak sedar, 'carta' adik dah pun mendahului akak ye? Ok lah tu, tumpang gembira dan bersyukur sama. 

Last but not least, saya akan mulakan tahun ini dengan azam dan semangat yang baru  eeewahhh semedang je semuanya saya nak BARU kan?? hahaha...gedik la oshanira ni!! well....kasi chance ler uolls, ‘penaja blog’ ni nak berangan juga sesekali kan? Insha-allah azam yang lama pun tetap saya akan tunaikan. Apa azam dan semangat baru  saya tu? Nak tau juga ke ?? Allaaa tak payah tau lah, malu ai ehehehe  Insha-allah, akan saya update kan nanti di lain entri. Till now...

Wassalam

 Image and video hosting by TinyPic

November 27, 2011

Salam Maal Hijrah 1433



Salam buat keluarga, sanak saudara dan sahabat handai yang diingati dan dikasihi semua. Semoga hari-hari yang mendatang lebih bermakna dan sentiasa dilimpahi rahmat serta keberkatan Allah S.W.T.Amin Ya Rabal Alamin

Abu Hurairah r.a. berkata:
“Setiap kali datangnya tahun baru, membuat aku risau dan resah kerana semakin singkat umurku, semakin dekatnya ajalku, semakin tipisnya waktu keampunan Allah terhadapku. Semakin dekatnya Hari Penghitungan”

Image and video hosting by TinyPic

October 11, 2011

Happy Belated Birthday to you


..slow and fuzzy misses the date
Seperti biasa, bila bangkit dari tido aku akan belek text di henfon. Kot la ada urgent message yang dah masuk time aku tido. Mata terpandang tarikh kat penjuru skrin. ALAMAKKK!! Aku dah terlupa sesuatu! la !! Aduhhhaiii macam mana la aku bole terlupa ni??? Tak patut, issh tak patut....10.10.2011 was my hubby nya birthday!!! 
..f
 Adoiii kesiannya kat hubby. Patut ler tak ceria + diam aje dia dari petang semalam. Rasa berdosa sangat ni huhuhu. Minta ampun, minta maaf ye abang. Serius ni. Memang betul  tak disengajakan. Malu pulak rasanya. Encik hubby tak pelupa macam aku ni. Selamat Hari Jadi yang ke-37, abang. Semoga sentiasa dilimpahi rahmat Allah S.W.T dan mendapat keberkatan usia hendaknya. Amin Ya Rabal Alamin
 Image and video hosting by TinyPic

November 12, 2010

~ Tahniah... ~

Salam semua...!! Hujan non-stop dari malam tadi, sejuk lak rasanya pagi ni bbbrrrrr  tapi tak leh lawan sejuk tempat Ms. J and Mdm. M yek??  Baru jer rasanya cuti Jumaat lepas tup, tup dah pun hari Jumaat balik. Cepat betul  masa berlalu  kan? Banyak jgk hal yang berlaku sepjg minggu ni, kdg2 tu rasa nak je share  dgn uolls tapiii.....penyakit malas tu dah mengatasi segalanya, sooo uolls faham2 je lah yer. Semalam (11.11.2010) hari yang ditunggu2 oleh semua pelajar  Tahun 6...keputusan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dah pun diumumkan ...yezzaarr !! Pada yang berjaya mendapat 5A tu, TAHNIAH semoga terus berjaya di masa depan.  Pada yang kurang bernasib baik tu, jangan bersedih dan jangan berputus asa, ok? Kuatkan semangat dan lebihkan usaha, semoga dapat meraih yang lebih baik di masa depan...this is not the end of your life. Perjalanan masih panjang, masih banyak peluang dan cabaran di depan. Semoga hari esok  kalian lebih baik dari hari ini dan semalam (chewahh, ai rasa macam pakar motivasi lah pulaak, AHAKSS!) Aku faham... bukan saja anak2 yang gelisah, ibubapa pun tumpang susah hati . Aku sendiri belum ada pengalaman peribadi,  anak sulung pun baru Tahun 1. 
Cuma tahun ni adik bongsu ku merupakan salah seorang calon  UPSR. Alhamdulillah ...usu dapat seperti apa yang usu impikan. Walaupun sebelum tu dah puas menangis sbb tak konfiden eheheh....biasalah tu. Apa2 pun ...congratulations from all of us to you, usu ShaFina !! We are very proud of you. Hhmm terkenangkan kisah dolu-dolu, bila dapat tau jek keputusan periksa nak diumumkan, mula lah rasa serba-serbi tak kena,  nak lelapkan mata pun tak bulih. Mak plak yang tumpang susah hati nengok kan kelaku anaknya ni. Dah ghope orang yang tengah angau ...makan pun tak lalu, mandi pun tak basah, tido pun tak lena EEWAAHH!!  Masa tu belum lagi sistem UPSR ni, masih  Penilaian Darjah 5 lagi (boleh ler uollss agak betapa ‘remaja’nya ahkak sekrg ni yer, AHAKSS!!).  Bila dah diumumkan keputusannya tu, balik je dari sekolah, dapat sembang lebih kurang dgn mak, pastu....apa lagi, terus zzzZZZzzz hahaha…’qada’ tido tuu! Alahaii indahnya zaman kanak-kanak, kan?.  Wassalam
Image and video hosting by TinyPic

November 4, 2010

~ Yesss..Esok Cuti !!! ~


 
Salam semua... sehat ke hari ni? Dah tengahari ni, perut pun dah terasa lapar. Badan pun dah penat ni.... dah tak sabar nak habis kan hari. Mood BERCUTI dah mengatasi segalanya ehehe ...apa plan uolls utk cuti kali ni? Aku masih ‘blank minded’ ni haaa....tak tau nak wat apa. Plan A nya, nak bercuti ke Melaka. Bila incik hubby check hotel2 dan resort2 yg berkenaan, semua dah fully occupied.....alllaaa takde rezeki nak bercuti ke Melaka. Soooo... aku kena fikirkan Plan B. Tapi apa nya plan B tu ??? …sebenarnya kannnn....... aku lom ada pun Plan B lagi! !!! Huahahaha....ada idea tak? Bantu lah aku...yang pastinya, bila aku bercuti, blogs ni pun akan ‘bercuti’ jugak. Apa2 pun uolls  janganlah  segan nak datang  sini yer. Selamat Bercuti
WASSALAM

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails