October 11, 2010

Jemput makan yerr...


Salam pagi Isnin semua, dah sarapan? Makan apa pagi ni? Biasanya bila kat rumah, saya akan minum secawan kopi je sambil2 siapkan anak2 sebelum keluar rumah. Kalau nak makan apa-apa kena tunggu break jam 10 nanti. Rasa cam tak sempat ler nak duduk bersarapan pepagi ni... weekend je baru ler dapat nak sarapan bersama keluarga.

Since saya kat sini masih bercuti, so ada banyak masa ler untuk prepare sarapan pagi ni ehehe. Pepagi lagi dah menggoreng bihun. Dah lama nar tak makan bihun goreng ni tau....buka mata je tadi dah terbayang2 bihun goreng ha ha ha...kemaruk tekak ni nak makan bihun. Kes blogs walking malam tadi ler. Ada pulak yg post kan gambar bihun goreng mengancam. Selama ni bukan tak boleh buat pun... tapi vitamin ‘M’ tu yg byk sangat!! Ni pun bersungguh ler buat sbb nak habiskan stok sotong dan sayur dalam petiais (alasan je  tu ehehe sebenarnya mmg nak makan pun... ssyyyy).  Oklah kawan-kawan, jemput makan yer...Bismillahirrohmannirrahim!!!

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails