January 17, 2012

~Tahun Baru & Azam Baru~

Alhamdulillah syukur, kita semua masih berpeluang bernafas dan melangkah ke tahun baru 2012. Walaupun dah separuh bulan Januari dah berlalu, rasanya belum terlambat nak ucapkan SELAMAT TAHUN BARU pada semua. Semoga kita semua akan dan kekal selamat  di dunia dan akhirat selamanya. Amin Ya Rabal A'lamin.

Sesungguhnya 2011 yang ditinggalkan tetap menjadi memori terindah. Dengan pelbagai hal yang berlaku sepanjang tahun:  yang manis, pahit, masam, masin, payau, kelat ... semuanya dah pun sebati menjadi sebahagian diari hidup kita. Bak petikan mutiara kata:Semalam adalah suatu KENANGAN hari ini adalah suatu KENYATAAN manakala esok adalah suatu PENANTIANBiarlah kenangan semalam disimpan buat pedoman di hari depan, kenyataan hari ini hendaklah ditempuhi dengan tabah, namun bersedialah menanti hari esok yang mungkin lebih menduga.  ok tak?  ehehehe dah, dah....cukup, cukup la sesi berpujangga tu. 

Seperti biasa, asal masuk tahun baru je mesti ada soalan cepumas ni, ...yang tak pernah nak ada emasnya kan? Haa... APA AZAM BARU uolls? Azam jangan tak berazam tapiiii ...still nak ada juga ‘tapi’ nya tu kan? leceh betul laa. Walaupun dah ada azam baru, azam lama dilupa jangan. Ingat tak lagi apa azam awal tahun lepas? Dah tertunai ke belum semua azam lama tu?? Kalau belum, elok lah tunaikan dulu satu persatu. Jangan gopoh sangat, nanti  yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran. Tak mau tamak, tamak, no, no, no....

Awal tahun ini, bukan saja azam saya yang baru tau!! Saya juga dah dapat jiran baru, a newlywed couple Alhamdulillah. Setelah hampir sebulan rumah tu tak berpenghuni. Jiran sebelumnya dah balik ke kampung halaman buat sementara waktu. Dek kerana masing-masing sibuk, sampai sekarang belum sempat nak beramah mesra dengan jiran baru ni. Selain daripada tu, lagi 3-4 bulan  saya akan dapat seorang anak sedara baru yeaaa... new addition to family Haji Mohd Takip. Alhamdulillah, sesungguhnya Allah tu Maha Kaya. Setelah didugaNya dengan penantian selama 8 tahun untuk mendapat zuriat pertama, sekarang ni adik saya dah pun punya sepasang putera dan puteri, ni nak tambah lagi sorang!! Allah kurniakan hampir setiap tahun ‘rezeki’ ini untuk adik. Walaupun dia pernah hampir berputus asa dulu. Sedar tak sedar, 'carta' adik dah pun mendahului akak ye? Ok lah tu, tumpang gembira dan bersyukur sama. 

Last but not least, saya akan mulakan tahun ini dengan azam dan semangat yang baru  eeewahhh semedang je semuanya saya nak BARU kan?? hahaha...gedik la oshanira ni!! well....kasi chance ler uolls, ‘penaja blog’ ni nak berangan juga sesekali kan? Insha-allah azam yang lama pun tetap saya akan tunaikan. Apa azam dan semangat baru  saya tu? Nak tau juga ke ?? Allaaa tak payah tau lah, malu ai ehehehe  Insha-allah, akan saya update kan nanti di lain entri. Till now...

Wassalam

 Image and video hosting by TinyPic

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails