February 20, 2012

Hobi Baru


Kebelakangan ni minat nak bercucuk tanam tu timbul pulak. Tetiba jadi bersemangat, semenjak tengok tanaman jiran aku menghijau aje dalam pasu belakang umah dia.Tak pernahnya aku bersemangat mcm ni. Aku serik, tiap kali nak ‘berbudi dengan tanah’ mesti gagal. Pokok bunga yang aku tanam sebelum ni semuanya tak menjadi.  Tabur baja dah, siram pagi-petang pun dah, tetap juga semuanya mati. Nape yer? Kecik ati ai tau. Sejak tu la aku surrender.  Orang tua aku kata, mungkin aku ni jenis yg ‘tangan panas’. Betul ke ada istilah tu ?

Antara tumbuhan yang ada kat rumah akusebelum ni ehhehe malu la ai  nak citer sebenarnya...'baanyaakkk' sangat sampai boleh  kira dengan jari sebelah tangan aje hihihi. Ada la 2 rumpun serai kat belakang rumah. Itupun mak aku yang tanam. Sepohon bunga kertas dan  satu pasu pokok lidah jin@daun lidah mak mertua kat depan laman rumah aku. Itu pun semua hasil tanaman mak aku . Dah lama dah  pokok2 tu. Sejak aku berpindah masuk rumah ni dulu. Kesiannn mak, susah payah bawak anak pokok dari kampung, naik kapal terbang lagi tau!! Punya lah nak suh anak dia ni bercucuk tanam, nak bagi hijau laman rumah tapi yang ado huhuhuhu..

Apa2 pun kali ni aku nekad. Minggu lepas aku suh (paksa sebenarnya) suami belikan anak-anak pokok herba di Taman Pertanian Universiti-UPM. Pesan kat dia suh carikan pokok yang jenis senang hidup, tak susah nak jaga….haaa demand tuu! …. kena faham la kan?  isteri dia ni bukannya pandai dan rajin sgt  dalam bab ni. Hari tu suami beli anak pokok limau kasturi, lidah buaya, pudina dan pandan. Ok la kan?….sebagai permulaan untuk projek mini garden ku kali yang ke-xx ni hihihi
anak-anak pokok ku tgh ber'posing' hihi....
Sabtu lepas aku dah pindahkan semua anak-anak pokok dari polybag ke pasu-pasu yang ada. Amacam, 'comel' tak? Harap2nya percubaan kali ini berjaya lah hendaknya ye... aamiinnn. Kalau masih tak berjaya jugak hhmmmm ….. aku kena cari hobi lain la pulak untuk layan time stress nanti heh :P
 Image and video hosting by TinyPic

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails