May 3, 2017

~ Kacang Kuda Bertumis Kari ~



 


Eh eh ? boleh pulak posing senget senget si kacang  kuda (KK) ni. Poyo lah kau ni KK. Mentang mentang dah bersalut kari hehehe

Dari semalam dah, teringin sangat nak makan kacang kuda. Tapi kali ni terasa nak yang pedas pedas sikit. Biasanya, saya rebus letak garam je. Sesekali letak gula juga bagi kacang kuda yang direbus ada rasa lemak manis dan masinnya.

Kali ni selepas rendam kacang kuda semalaman, kacang tu saya rebus macam biasa dengan api sederhana selama 40minit. Selepas ditos, baru lah sesi menumis nya pulak. Uolls nak resipi ke? Mudah aje ni, style masak cara saya seadanya. Mungkin sedap pada selera saya, belum tentu sedap di selera anda. Kalau nak mencuba tu, silakan.

BAHAN-BAHANNYA :-D
1 cawan kacang kuda (direndam semalaman, dan direbus) 
1 tangkai daun kari, dilurut
3 biji cili kering, digunting serong. cuci dan toskan untuk buang biji
1 biji bawang merah, dihiris
1 ulas bawang putih, dihiris
1 sudu teh serbuk kari daging
1 sudu besar ikan bilis
garam dan gula secukup rasa 

CARA MEMBUATNYA :-D
 1. Panaskan satu sudu besar minyak zaitun. Tumiskan cili kering dan daun kari sehingga wangi, kemudian tumiskan bawang merah, putih dan ikan bilis sehingga kekuningan
2. Masukkan serbuk kari dan sedikit air, kacau rata sehingga pecah minyak. 
3. Masukkan kacang kuda yang sudah ditos, bersama sedikit air lagi. Gaul sebati sambil perasakan dengan gula dan garam.
4. Pastikan kacang kuda telah bersalut dengan rempah yang ditumis. Tutup api. Sedia untuk dimakan


Selamat Mencuba


p/s: menurut kajian, makan kacang kuda boleh menurunkan berat badan...ohh i love you lah kacang kuda!!  B-D



 

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails