October 8, 2011

Sarapan Aidilfitri SRA 2011


ehsan forum Putra-Mahkota
~ antara tetamu yang hadir ~
Pagi tadi aku, encik hubby, Raqib  dan Auni ke Majlis Sarapan Aidilfitri anjuran Sekolah Rendah Agama (SRA) BSP. Mesti uolls tertanya kan, nape la sambutan selepas Syawal lak? Hihi ...sebenarnya nak memberi laluan guru-guru dan murid-murid  dengan persediaan Penilaian Sekolah Rendah Agama (PSRA) 2011 yang berlangsung baru-baru ini. Oklah tu kan? Lepas dah penat  mengajar dan belajar, baru la ada 'feel' nak makan-makan....ehehe

~ mee goreng 'mamak' ~
Walaupun dah seminggu Syawal berlalu tapi aura raya itu tetap ada. Aku sempat sediakan mee goreng simple  aje untuk sumbangan juadah.  Itu je yang terdaya, mood memasak kureng. Maklum la 'mamak' tak sihat, bak kata Auni. Ikut kan hati nak bawa biskut raya je tapi anak ku tak setuju. Malu le kalu bawak biskut je...hehe siann. Harap-harapnya ok la rasa mee goreng 'mamak' demam tu ye...ehehehe
~ adik, ini la meja abang... ~
Banyak juga juadah yg dihidangkan. Ada nasi lemak, nasi impit, lontong, lemang, rendang, kuah kacang, kuih muih, biskut raya.  Memang macam raya lah. Boleh rambang mata dibuatnya.  Terima kasih banyak-banyak SRA. Tahun depan boleh la adakan program mcm ni lagi yer. Jangan lupa jemput  kami lagi...ehehe
~ sesi 'melawat kawasan' ~
 Image and video hosting by TinyPic

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails