May 16, 2010

Meriahnya MEI

Kalau lah ada soalan cepumas ‘banyak-banyak bulan, bulan apa anda rasa paling meriah?’. Dah tentu aku akan jawab MEI. Kenapa ?? Sebabbbb Mei ada Hari Pekerja. Sebagai orang yang ‘makan gaji’ macam aku ni, bulan Mei dah tentu ada sambutan Hari Pekerja a.k.a Labour Day. Secara rasminya aku boleh bercuti yeaaahooo!!…Boleh ke ku jawab gitu?? ehehehe BUKAN lah!! Bukan itu jawapannya.

Sebenarnya, banyak peristiwa yang agak ‘berwarna-warni’ terjadi dalam bulan Mei ni terutama dalam hidup aku. Dari mana yer, ku nak mula kan ? Well.. dah namanya Ceritaku, tentulah ku kena mulakan dengan diri aku kan? Oklah. Aku dilahirkan di bulan Mei 25 tahun sebelum 11 tahun yang lepas pada 27hb tahun errrr biarlah rahsia ha ha ha. TAPI bukan aku seorang je yang kenal dunia di bulan Mei ni. 3 orang daripada 5 adik ku juga lahir di bulan yang sama. Meriah bukan? Meriah TAPI belum cukup meriah lagi.
Salah seorang daripada 3 adik ku itu, berkongsi birthday dengan aku. Bak kata orang, tapi bukan aku yang kata lah ha ha ha. Kami berdua ibarat kembar yang lahir di tahun yang berbeza. Jarak usiaku dengan adik perempuan ku itu 9 tahun. Secara rasminya setiap tahun kami berdua saling mengucap ‘SELAMAT HARI JADI’ kepada diri dan 'kembar' masing-masing ehehe meriah kan? Meriah tapi belum cukup meriah lagi tauu…
Selepas ku dikurniakan-Nya ‘kembar’ ku itu, selang 9 tahun kemudian kami berdua pula dikurniakan sekali lagi ‘kembar’ untuk berkongsi harijadi yang sama. Kali ini dengan seorang sepupu perempuan. Dari ‘twin’ now kami dah upgrade kepada ‘triplet' ehehe. Meriah kan?Meriah tapi sabarrr belum cukup meriah lagi ni…
Nak di jadikan 'warna-warni' nya pula, seorang daripada 2 adik ku yang tidak lahir di bulan Mei telah bertemu jodoh dengan seorang wanita yang lahir di bulan Mei. Tapi yang menariknya, harijadi adik ipar ku itu cuma awal sehari je dari tarikh lahir kami bertiga tadi. Isshh kalau tidak...boleh juga di’upgrade’ kan dari ‘triplet’ kepada ‘quartet’ kan ehehe Meriah tak? Dah tentu meriah tapi ada lagi ni...
Aku pula bernikah dan naik pelamin di bulan Mei. Majlis kenduri di kampung memang meriah. Kemudiannya menjadi seorang ibu setahun selepas itu, juga di bulan Mei .Sekarang dah  tentu boleh agak kan? Apa cerita ku seterusnya?

Mengikut EDD, anak sulung ku itu lahir pada 8hb Jun. Namun ditakdirkan telah delivered awal 3 minggu dari EDDnya, dan telah dilahirkan pada 16hb Mei 2003. So sekali lagi berlakunya kisah ’perkongsian’ tarikh di bulan Mei. Kali ini anak ku pula diberi peluang oleh-Nya  untuk ’berkongsi’ tarikh dengan 'seseorang' yang paling bermakna dalam hidup kita. Bukan seorang, bukan 2-3 orang tapi dengan semua cikgu yang ada kerana 16hb Mei adalah sambutan Hari Guru. Secara tak langsung anak ku itu menjadi ’kembar’ guru selamanya ha ha ha Dah tentu kali ini aku yang kata tu. Bukannya kata orang tau ehehe....
MERIAH KAN?

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails