September 26, 2013

~ Kopi-O Satu!! ~

Assalammua'alaikum


Dah breakfast ke? Sarapan apa, uolls minum kopi tak? Aku ni penggemar kopi, sangat-sangat suka minum kopi (kurang sikitttt je dari ketagih hehehe) Kalau sehari tak pekena kopi rasa macam life ku tak lengkap huhuhu. Setakat ni aku masih hadkan tak lebih dari 3 cawan/mug sehari. Cuma agak kurang selesanya, bila ramai kata, kopi punca kepada banyak penyakit. Senang citer, kopi ni memudaratkan kesihatan. Eh betul ke? Aku bukan tak nak percaya tapi prinsip aku mudah aje, apa-apa pun kalau kita ambil dalam jumlah yang berlebihan akan memudaratkan. Minum air kosong berlebihan pun ada kesannya kan? (kalau jumpa artikel pasal ni nanti aku share, ok...)

Sebenarnya nak share satu perkara je, tapi mukadimahnya punya la panjang lebar heh.. Terbaca satu artikel dari majalah kesihatan, menurut kajian saintis luar negara, perempuan yang minum 4 cawan kopi sehari dapat menurunkan risiko depresi sebanyak 20% !! Eh, biar betul !! Sebenarnya, tak la teruja sangat dengan penemuan tu, tapi aku kagum. Kagum, sebab hal ni orang tua kita yang tak well educated dan duduk kat kampung dah tau lama dah. Bukan la tau secara scienctifics tapi aware dengan kelebihannya...tak caya?

Ok, pernah dengar tak macam mana amalan berpantang wanita bersalin zaman dulu-dulu?? Based on cerita Mak aku, dulu-dulu wanita berpantang cuma dibenarkan minum kopi-o je. Atas alasan apa, Mak  takde la pulak citer, cuma Mak kata elok utk kesihatan dalaman. Aku pun takde lah nak bertanya lebih-lebih (tak kan nak paksa gak Mak huraikan. Dah Mak kata bagus terima je lah. Derhaka ooo lawan cakap Mak hehehehe). Kata Mak lagi, bukan tak boleh minum air lain cuma tak sepopular kopi-o. Bila aku baca artikel tu dan relatekan dengan apa yang Mak ceritakan, memang ada hubungkaitnya. Kan ke wanita dalam berpantang ni memang mudah depress, kemurungan posnatum, punca kepada penyakit meroyan etc.. Mungkin sebab tu kopi jadi pilihan, dan sebab itu la jawapan nya "elok untuk kesihatan" kan?

Tapi, aku masih juga nak tau, macam mana eh tok, nenek kita boleh tau kebaikannya kopi-o ni? Dan, pernah tak uolls terfikir, agaknya orang yang buat kajian ni sure merujuk kepada amalan wanita melayu dulu- dulu berpantang kan? he he he he.....apa lah yg aku merepek ni. Apa-apa pun, Masya Allah,  aku betul, betul kagum........no wonder there is a saying "orang tua lebih dulu makan garam".


p/s: tiada dulu, tiada sekarang :)

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails