December 15, 2010

REHAT SEKEJAP...

Salam semua... dah petang dah pun. Badan pun dah penat, otak pun dah tepu, mmg kena rehat sekejap ni. Sambil2 tu meh kita berkongsi tips nak? Memandangkan emosi ai pun kurang stabil, asyik ‘berasap’ aje, mujur ai tak transform jadi naga tau !!! Walhal isunya..isu biasa2 je, bole ignore bin dunno je.... tapi dah buat aku marahhh sangat ni So, jom kita share tips kawal marah, bole gak  kurangkan HOT ahkak ni ggrrrrrr...
          1) MENGUBAH POSISI– Rasulullah s.a.w bersabda: “Apabila salah seorang di antara kamu marah, dan ketika itu ia dalam kedudukan berdiri, maka hendaklah ia duduk. Kerana hal itu akan menghilangkan marahnya. Dan kalau tidak, maka hendaklah ia berbaring.” (Riwayat Muslim)
          2) BERWUDUK – Rasulullah s.a.w bersabda: “Marah itu datangnya daripada syaitan, dan syaitan itu diciptakan daripada api, sedangkan api itu hanya dipadamkan dengan air. Oleh itu apabila salah seorang di antara kamu marah, maka hendaklah ia berwuduk” (Hadis Riwayat Abi Daud) .
          3) Banyakkan BERISTIGHFAR di dalam hati
          4) MENDIAMKAN DIRI lebih baik dari berkata-kata yang boleh mengeruhkan lagi keadaan
          5) Bawa BERTENANG tapi jangan bertendang yer ehehehe tarik nafas dalam2
          6) SENYUM seikhlas boleh, sedekah tu.....
          7) MELUAHKAN perasaan dan masalah. Cari individu yang terbaik untuk luahkan  bukan yang boleh jadi ‘firestone’ tau!! :)
         8) Sentiasa BERFIKIRAN POSITIF. Lakukan kerja kita, biar Allah laksanakan kerja-Nya.
         9) BERDOA kepada Allah, minta dijauhkan daripada syaitan pemangkin kepada amarah tu…
Oklah uolls, nnt kita share tips lain pulak yer? Sharing is caring....keeps blogging!! Wassalam

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails