July 30, 2010

KONNICHIWA


Salam semua...dah nak masuk tengah hari kan? Kejap je, ..pastu dah nak petang pulak. Baru nak bersantai di petang hari, dah nak malam pulak. Bila dah malam, hidup tak lengkap kalau tak zzzZZZZzzzzz..... ehehe....apa2 pun itu lah pusingan dalam hidup kita seharian. Nak tak nak, suka tak suka .... terimalah seadanya.

Orang tua-tua cakap 'pejam-celik, pejam-celik' dah nak nak habis pun separuh tahun...hhmm apa yg kita dah buat sepanjang tempoh tu yer? Buka diari, garu2 kepala, kerut2 dahi cuba ingatkan ehehehe takpe lah... tepuk dada, tanya diri sendiri . Mana yang tak buat lagi, usahakan lah sampai dapat buat. Mana yang dah selesai dan tercapai alhamdulillah....

Oklah, minggu pertama ku di bumi Nihon ni...untuk kali yang ke-2 dalam hidup ku. Pertama kali menjejak kaki di bumi Jepun ni awal tahun lepas. Ku berkursus selama 4 minggu di daerah Tsuruga. Kali ini masanya agak lama sedikit, 3 kali ganda dari yang dulu. Dan kali ini ku ter'campak' ke daerah lain pula iaitu Tokai-mura. Perasaan? Macam2 ada....senang cakap.....pengalaman yang hampir sama tapi tetap berbeza.. ehehehe

So, apa yang menarik di Jepun ni? Banyakk tapi sabar yer..akan ku citerkan di entry yang lain. Oklah, nak siapkan satu tugasan ni.. Jumpa lagi, ...Sayonara!!

June 14, 2010

CUTI SEKOLAH DATANG LAGI….


Teringat zaman sekolah ku dolu-dolu. Bila tiba je cuti sekolah, tak sah kalau tak jerit YEAHOO!! YABEDABEDU!!!! Bestnya haiii dapat bercuti. Tak kisah lah sepanjang cuti tu nanti aku cuma duk kat rumah je. Yang penting aku ‘bercuti’ dari mengadap buku, bercuti dari mendengar sora cikgu. Yang paling best bagi aku tak payah bangun awal pagi. YESSS!!!!  Ikut suka aku nak bangun kol berapa. Dapat tengok TV dari pagi sampai petang tu pun dah satu rahmat bagi aku. Best sesangatttt rasanya isk, isk, isk….

Itu kisah dulu-dulu. Berbeza pulak dengan sekarang ni. Bila anak-anak bercuti mula lah aku jadi kalut. Alamak!! Apa pulak aktiviti untuk anak-anak ku kali ni?? Nak buat apa? Nak ke mana cuti ni?? Issshh…Kesian pulak bila nak tinggalkan anak-anak kat nursery sepanjang cuti tu nanti. Kalau cuti seminggu tu boleh ler tahan lagi. But, if more than that?? Boleh ku bayangkan betapa bosannya derang nanti…
Tapi nak buat macam mana kan? Itu antara pilihan yang ada. Nak ku tinggal kan kat rumah lagi ler tak sesuai. Bukannya ada sesapa pun kat rumah. Si abang pun semenjak dua menjak dah pandai komplen sebab takde kawan sebaya di nursery. Yer lah... faham. Kengkawan semua dah pergi bercuti. Ada yang balik kampung. Yang tinggal pun 3-4 orang aje. Semuanya pun baya-baya si adik je. Nak di ajak main dam haji pun belum cukup umur  ehehe
Nak ku hantar balik kampung, aduhaii bukannya dekat pulak tu. Maklum ler kampung  ai  ni‘over the sea’  youu...AHAKSS!!. Sekali-sekala tu boleh ler.  Bila dah ‘berkali-berkala’ tu kena lah cari alternatif lain.. yer tak? Tak pepasal karang bolos pulak dinding ATM tu kalu ku ’gerudi’ selalu ha ha ha. ... Nak cari aktiviti lain tu yang berat sikit tu. Kena lah sesuaikan dengan masa ku dan hubby. Kalau boleh, biarlah sama-sama kami bercuti, baru ler.....the more is the meriah.
Dengan izinNya, cuti sekolah kali ni aku dan anak-anak dapat jugak balik kampung seminggu. Alhamdulillah, syukur sesangat.  Aku dan anak-anak je yang balik.  Hubby tak leh nak join sama. Takpelah, janji anak-anak gembira dapat jumpa atuk, nenek, moyang, maksu, pak teh,  mak uda, sedara-mara yang ada...
Di sebabkan sibuk bercuti lah aku tak sempat nak mengemas blogs ni. Hampir-hampir nak ku ‘sewa’ kan aje. Bukan apa, ...boleh jugak tolong bersihkan sawang yang ada ni kan? ha ha ha ha…takde ler jadi gua pulak nanti. Anyway, citer  pasal  cuti aku dan anak-anak akan di updatekan di entry lain. Itupun kalau tahap kerajinan ku  nanti cukup tinggi lah...setakat ni lah dulu.  ADIOS!!

June 3, 2010

Sayangnya Allah pada Wanita

Kita kerap dengar ungkapan  mahupun pun keluhan kononnya  - wanita itu kaum yang lemah. Wanita mangsa untuk ditindas. Malahan ada yang tak sayang mulut mengatakan 'staf perempuan ni menyusahkan aje'. Aduhai empunya mulut! Tidakkah anda sedar, setiap kejadian Allah itu ada kelebihannya. Terimalah seadanya. Bagi wanita, bersyukurlah kerana kita diciptakanNya menjadi wanita. Bila sentuh isu wanita ni, rasa terpanggil untuk kongsi emel sorang kawan untuk kita renungkan bersama. 
Betapa sayangnya ALLAH pada kita,
Maka DiciptakanNYA ....
LELAKI 
Betapa beratnya menjadi seorang lelaki?   
1. Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya. 
2. Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh.
    
BERATKAN ??  
3. Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggungjawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggungjawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak. Perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya.
BERATKAN ??   
4. Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izinnya. 
 
Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung. Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan semut. Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat denganberatnya dosa-dosa yang ditanggung. Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah SWT. Ini orang lelaki kena tahu.
    
WANITA    
1. Wanita auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki.  
2. Wanita perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.    
3. Wanita saksinya kurang berbanding lelaki.   
4. Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki. 
5. Wanita perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak. 
6. Wanita wajib taat kpd suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya (taat kepada ibunya).    
7. Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri.    
8. Wanita kurang dlm beribadat kerana masalah haid dan nifas yg tak ada pada lelaki. 
Pernahkah kita lihat sebaliknya?    
  • Benda yg mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yg tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiarbersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dgn seorg wanita.   
  • Wanita perlu taat kpd suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita?     
  • Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya utk menyara isteri dan anak-anak.      
  • Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).     
  • Di akhirat kelak,seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita ini: Isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya.  Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini: suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya. 
  •  Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yg disukainya cukup dgn 4 syarat sahaja: Sembahyang 5 waktu, puasa bulan Ramadhan, taat suaminya dan menjaga kehormatannya.  
  • Seorg lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala org pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.    
MasyaALLAH
Sayangnya ALLAH pada WANITA 

May 31, 2010

Projek Kek Lapis

Alamak!!  Aku dah ber’hutang’ janji dengan kawan aku ni, isshh! Dia nak aku buatkan Kek Lapis Mocha, teringin benar katanya nak makan kek lapis. Tapi atas sebab tertentu, janji tinggal janji. Tertangguh hampir 2 minggu kauu !! Kesian dia. Nak tak nak,  aku terpaksa buat minggu ni. Minggu depan aku ada plan yang lebih baeekk punya. Itupun dengan izin Allah. Plan apa? Tak boleh nak story lagi. Tiba masanya nanti akan ku updatekan di sini.
So, selepas subuh pagi Ahad  dengan semangat yang berkobar-kobar ku adun segala bahan untuk buat kek lapis tu. Kerja aku jadi mudah sebab waktu tu anak-anak masih tidur. Actually, anak-anak ku dah biasa dengan 'part time job' mamanya ni ehehe.. Bila musim perayaan,  tempahan akan mencecah sampai berpuluh biji kek lapis. Ramai jugak yang tertanya, kau tak penat ke, Nie? Siang bekerja, malam pulak stay-up late nak buat kek.
Kebiasaannya sebiji kek lapis ni akan mengambil masa selama 3-4 jam untuk siap. Dan hobi aku pulak, suka buat kek ni selepas semuanya dah masuk tidur.  Lebih tenang ku rasa. Ada jugak yang bertanya, rumit ke nak buat kek lapis ni?  Banyak ke bahan yang nak pakai? Tapi dalam banyak-banyak soalan yang ditanya tu, satu soalan yang pernah buat aku 'bisu' sekejap. Soalan dari nenek ku sendiri ‘Bersungguh benar kau buat dan jual kek lapis ni. Kau dah tak cukup duit  nak belanja ke, Nie?’….Aduhaaiii nenek ku, jangan salah faham nekk. Bukan itu punca utamanya..
The truth is....eksperimen dalam mewarna dan melapis kek lapis sarawak ni semacam satu terapi bagi aku.  Ada auranya tersendiri tau!!! Apatah lagi bila kek tu betul-betul jadi  dan dapat sambutan pulak tu.  Sementelah lagi kalau ada yang kata sedap perghh melayang -layang ku rasa ehehe. Penat tu memang penat, but  wa tell u aaah...boleh kasi hilang itu stress wooo..ha ha ha. Cuma ada masanya aku kesian kat anak-anak aku. Merengek-rengek sebab mamanya sibuk buatkan kek tempahan orang. Dapur sendiri tak  sempat nak berasap. 'Kek kita bila lah pulak mama nak buat kan?', soal si abang.
Masalahnya , mama bukan tak nak buat tapi asyik terlupa nak oii. Lagipun aku ni bukanlah penggemar kek pun. kek atau food yang seumpamanya  ni selalu jadi mangsa listing terakhir  dalam menu keluarga ku. Aku memang suka buat kek tapi aku sendiri tak suka makan kek. Pelik  tapi benar. Aku sebenarnya alah dengan bau dan rasa mentega, telur dan segala  makneka yang manis-manis macam coklat dan aiskrim.
So, diringkaskan cerita yang tak berapa nak ringkas ni. Dengan rasminya pagi ni selamatlah Kek Lapis Mocha tu ku serahkan kepada empunya kek. Lega  sesangat ku rasa sebab dah menunaikan janji walaupun terlewat sikit. Takde lah aku jadi orang yang bersifat munafik suka mungkir janji kan?  nauzubillah....
Kalau ada sesiapa yang berminat dan teringin nak mencuba, di sini aku attachkan resipi Kek Lapis Mocha ku itu. Silakan lah yer bereksperimen...

KEK LAPIS MOCHA
Bahan A:

10 biji kuning telur
6 biji putih telur
150 gm gula
1 sudu teh esen vanilla
Bahan B:

400 gm mentega
100gm kaya
1 tin susu pekat manis
1 sudu makan ovallet
Bahan C
250 gm tepung hong kong
Bahan D:
3 sudu teh nescafe
2 sudu teh serbuk koko

Cara:

Putar Bahan A sehingga kembang.
Putar Bahan B di dalam bekas yang berlainan sehingga putih dan kembang.
Satukan adunan dan gaul rata.
Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan gaul rata.
Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. 
Satu adunan biarkan plain. Satu adunan digaul dengan Bahan D. 
Ratakan 4 sudu makan adunan plain dan bakar.Bila masak ratakan 4 sudu makan lagi adunan yang bercampur nescafe. Ulang seperti tadi hingga habis.

May 29, 2010

Sarapan Di Mana?

Tugasan hujung minggu as ‘Dapur Officer a.k.a D.O’ ni takde lah berat sangat. Bila tiba jadi ‘Food & Beverage Manager’ tu yang agak mencabar sikit, bagi aku lah, ...orang lain mungkin tak sependapat. Biasalah, lain orang, lain lah pulak pendapatnya.

Maklum ler nak satisfy selera semua ‘beloved customers ’ kita ni bukan senang. Sorang suka pedas, sorang pulak suka sup dan sorang lagi kategori western food lover. Manjang aje order nak sphagetti, chicken chop, burger dan yang sewaktu dengannya. Nak sebut menu pun susah. Pelik betul ler. Nak kata salasilah ku ada yang bermata biru hhmm...jauh panggang dari api. Setakat ni yang ada mata macam tu pun cuma stray cats yang lepak kat belakang dapur kitaorg ni je hah! Tapi tak per lah, sebagai ‘DO’ yang berkaliber ni (ahakss) Kita layan semua order.

Selalunya bila hujung minggu, awal-awal pagi lagi dah fikir menu apa untuk breakfast, lunch dan dinner sekeluarga. Setelah consider semua kehendak ‘customers’ ku itu, susah-susah sangat dengan kuasa veto yang aku ada, akhirnya semua kena ikut selera aku hahaha.. Suka tak suka, kena lah terpaksa setuju. Tu yang best jadi ‘DO’ ni!
Pagi ni aku jadi buntu sekejap, apa ku nak buat untuk breakfast ni huh? Pagi semalam dah goreng bihun. Masalahnya, sambutan pulak kurang menggalakkan. Aku dan encik bos je yang banyak menghabis kan bihun tu. Pagi ni ku nak buat apa pulak ni?  Ikut kan selera 'customer' bongsu ku pulak, bangun tidur je dah ngigau nak makan donut. Tak kan ku nak uli donut lagi minggu ni. Dah dua minggu berturut-turut buat donut. Naik jemu wehhh,..adehh idea ooo idea mana kau ni?

Tetiba teringat pulak kat sambal tumis semalam. Teringin pulak DO ni nak makan lempeng AHA..LEMPENG!!! Selamat ler si lempeng tu jadi sarapan kitaorang pagi ni. Bukan lempeng canggih sangat pun, lempeng pekak je. Lempeng pekak ?? Ada telinga ke lempeng tu ?? ha ha ha lempeng biasa je yang pakai bahan asas tepung,air dan garam semata-mata, apa-apa pun tetap sedap kauuu. Walaupun menunya sama tapi presentationnya tetap berbeza. Sorang cicah dengan kaya, sorang pulak dengan gula dan sorang lagi cicah sambal tumis. Betul-betul fusion taste kitaorang kan? Tu lah dia selera ’beloved customers’ ku.....


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails