Teringat zaman sekolah ku dolu-dolu. Bila tiba je cuti sekolah, tak sah kalau tak jerit YEAHOO!! YABEDABEDU!!!! Bestnya haiii dapat bercuti. Tak kisah lah sepanjang cuti tu nanti aku cuma duk kat rumah je. Yang penting aku ‘bercuti’ dari mengadap buku, bercuti dari mendengar sora cikgu. Yang paling best bagi aku tak payah bangun awal pagi. YESSS!!!! Ikut suka aku nak bangun kol berapa. Dapat tengok TV dari pagi sampai petang tu pun dah satu rahmat bagi aku. Best sesangatttt rasanya isk, isk, isk….
Itu kisah dulu-dulu. Berbeza pulak dengan sekarang ni. Bila anak-anak bercuti mula lah aku jadi kalut. Alamak!! Apa pulak aktiviti untuk anak-anak ku kali ni?? Nak buat apa? Nak ke mana cuti ni?? Issshh…Kesian pulak bila nak tinggalkan anak-anak kat nursery sepanjang cuti tu nanti. Kalau cuti seminggu tu boleh ler tahan lagi. But, if more than that?? Boleh ku bayangkan betapa bosannya derang nanti…
Itu kisah dulu-dulu. Berbeza pulak dengan sekarang ni. Bila anak-anak bercuti mula lah aku jadi kalut. Alamak!! Apa pulak aktiviti untuk anak-anak ku kali ni?? Nak buat apa? Nak ke mana cuti ni?? Issshh…Kesian pulak bila nak tinggalkan anak-anak kat nursery sepanjang cuti tu nanti. Kalau cuti seminggu tu boleh ler tahan lagi. But, if more than that?? Boleh ku bayangkan betapa bosannya derang nanti…
Tapi nak buat macam mana kan? Itu antara pilihan yang ada. Nak ku tinggal kan kat rumah lagi ler tak sesuai. Bukannya ada sesapa pun kat rumah. Si abang pun semenjak dua menjak dah pandai komplen sebab takde kawan sebaya di nursery. Yer lah... faham. Kengkawan semua dah pergi bercuti. Ada yang balik kampung. Yang tinggal pun 3-4 orang aje. Semuanya pun baya-baya si adik je. Nak di ajak main dam haji pun belum cukup umur ehehe
Nak ku hantar balik kampung, aduhaii bukannya dekat pulak tu. Maklum ler kampung ai ni‘over the sea’ youu...AHAKSS!!. Sekali-sekala tu boleh ler. Bila dah ‘berkali-berkala’ tu kena lah cari alternatif lain.. yer tak? Tak pepasal karang bolos pulak dinding ATM tu kalu ku ’gerudi’ selalu ha ha ha. ... Nak cari aktiviti lain tu yang berat sikit tu. Kena lah sesuaikan dengan masa ku dan hubby. Kalau boleh, biarlah sama-sama kami bercuti, baru ler.....the more is the meriah.
Dengan izinNya, cuti sekolah kali ni aku dan anak-anak dapat jugak balik kampung seminggu. Alhamdulillah, syukur sesangat. Aku dan anak-anak je yang balik. Hubby tak leh nak join sama. Takpelah, janji anak-anak gembira dapat jumpa atuk, nenek, moyang, maksu, pak teh, mak uda, sedara-mara yang ada...
Di sebabkan sibuk bercuti lah aku tak sempat nak mengemas blogs ni. Hampir-hampir nak ku ‘sewa’ kan aje. Bukan apa, ...boleh jugak tolong bersihkan sawang yang ada ni kan? ha ha ha ha…takde ler jadi gua pulak nanti. Anyway, citer pasal cuti aku dan anak-anak akan di updatekan di entry lain. Itupun kalau tahap kerajinan ku nanti cukup tinggi lah...setakat ni lah dulu. ADIOS!!
cuti anak-anak = cuti sekolah
ReplyDeletecuti emak-emak = tiap-tiap bulan
...kekeke
cik lin