May 31, 2010

Projek Kek Lapis

Alamak!!  Aku dah ber’hutang’ janji dengan kawan aku ni, isshh! Dia nak aku buatkan Kek Lapis Mocha, teringin benar katanya nak makan kek lapis. Tapi atas sebab tertentu, janji tinggal janji. Tertangguh hampir 2 minggu kauu !! Kesian dia. Nak tak nak,  aku terpaksa buat minggu ni. Minggu depan aku ada plan yang lebih baeekk punya. Itupun dengan izin Allah. Plan apa? Tak boleh nak story lagi. Tiba masanya nanti akan ku updatekan di sini.
So, selepas subuh pagi Ahad  dengan semangat yang berkobar-kobar ku adun segala bahan untuk buat kek lapis tu. Kerja aku jadi mudah sebab waktu tu anak-anak masih tidur. Actually, anak-anak ku dah biasa dengan 'part time job' mamanya ni ehehe.. Bila musim perayaan,  tempahan akan mencecah sampai berpuluh biji kek lapis. Ramai jugak yang tertanya, kau tak penat ke, Nie? Siang bekerja, malam pulak stay-up late nak buat kek.
Kebiasaannya sebiji kek lapis ni akan mengambil masa selama 3-4 jam untuk siap. Dan hobi aku pulak, suka buat kek ni selepas semuanya dah masuk tidur.  Lebih tenang ku rasa. Ada jugak yang bertanya, rumit ke nak buat kek lapis ni?  Banyak ke bahan yang nak pakai? Tapi dalam banyak-banyak soalan yang ditanya tu, satu soalan yang pernah buat aku 'bisu' sekejap. Soalan dari nenek ku sendiri ‘Bersungguh benar kau buat dan jual kek lapis ni. Kau dah tak cukup duit  nak belanja ke, Nie?’….Aduhaaiii nenek ku, jangan salah faham nekk. Bukan itu punca utamanya..
The truth is....eksperimen dalam mewarna dan melapis kek lapis sarawak ni semacam satu terapi bagi aku.  Ada auranya tersendiri tau!!! Apatah lagi bila kek tu betul-betul jadi  dan dapat sambutan pulak tu.  Sementelah lagi kalau ada yang kata sedap perghh melayang -layang ku rasa ehehe. Penat tu memang penat, but  wa tell u aaah...boleh kasi hilang itu stress wooo..ha ha ha. Cuma ada masanya aku kesian kat anak-anak aku. Merengek-rengek sebab mamanya sibuk buatkan kek tempahan orang. Dapur sendiri tak  sempat nak berasap. 'Kek kita bila lah pulak mama nak buat kan?', soal si abang.
Masalahnya , mama bukan tak nak buat tapi asyik terlupa nak oii. Lagipun aku ni bukanlah penggemar kek pun. kek atau food yang seumpamanya  ni selalu jadi mangsa listing terakhir  dalam menu keluarga ku. Aku memang suka buat kek tapi aku sendiri tak suka makan kek. Pelik  tapi benar. Aku sebenarnya alah dengan bau dan rasa mentega, telur dan segala  makneka yang manis-manis macam coklat dan aiskrim.
So, diringkaskan cerita yang tak berapa nak ringkas ni. Dengan rasminya pagi ni selamatlah Kek Lapis Mocha tu ku serahkan kepada empunya kek. Lega  sesangat ku rasa sebab dah menunaikan janji walaupun terlewat sikit. Takde lah aku jadi orang yang bersifat munafik suka mungkir janji kan?  nauzubillah....
Kalau ada sesiapa yang berminat dan teringin nak mencuba, di sini aku attachkan resipi Kek Lapis Mocha ku itu. Silakan lah yer bereksperimen...

KEK LAPIS MOCHA
Bahan A:

10 biji kuning telur
6 biji putih telur
150 gm gula
1 sudu teh esen vanilla
Bahan B:

400 gm mentega
100gm kaya
1 tin susu pekat manis
1 sudu makan ovallet
Bahan C
250 gm tepung hong kong
Bahan D:
3 sudu teh nescafe
2 sudu teh serbuk koko

Cara:

Putar Bahan A sehingga kembang.
Putar Bahan B di dalam bekas yang berlainan sehingga putih dan kembang.
Satukan adunan dan gaul rata.
Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan gaul rata.
Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. 
Satu adunan biarkan plain. Satu adunan digaul dengan Bahan D. 
Ratakan 4 sudu makan adunan plain dan bakar.Bila masak ratakan 4 sudu makan lagi adunan yang bercampur nescafe. Ulang seperti tadi hingga habis.

4 comments:

  1. ohohooooo will do bila balik nanti... will do...

    chewah.. semangat gak nie

    ReplyDelete
  2. Haiya maaaa...satu kek mali...kasi itu kek posted to Vaie orait...

    ReplyDelete
  3. hoho...harus buat tu mekk. semangat dah ada.

    ReplyDelete
  4. Post to Vaei aaa...boleh, boleh nyonya niur. Itu kos pos lu angkat mari aaa...:D

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails