June 11, 2012

~ Merangupkan Keropok Lemau ~

Biasanya uolls akan buat apa dengan keropok atau kerepek yang dah kurang rapuh a.k.a lemau a.k.a masuk angin tu? Di’bakul sampah’kan ke? Atau ada kaedah tertentu nak bagi rangup semula? Aku pun biasa juga buang yang dah lemau dan liat ni. Membazir je. Lebih-lebih lagi kalau masih banyak. Kata lah balance kerepek raya , tak pun kudapan semasa kenduri. Kan banyak tu?  Tapi nak buat macam mana, nak makan pun dah tak lalu. Takde thrill sebab bunyi krup-krap-krup-krap takde. Banyak petua juga yang aku dapat. Ada yang kata boleh digoreng semula. Tapi aku tak suka , nanti jadi berminyak2, apa kes? Menambahkan kolesterol je. Rasa kerepek tu pun dah tak best, keras. Ada pula yang kata, simpan je dalam petiais, confirm tak masuk angin. Ye ke? Tapi tak best la kalau makan kerepek pisang sejuk kan? …tak mau, tak mau…..mungkin ada orang tak kesah. Apa la sangat pada sejuk dan panas ehehe tapi aku tak suka...
Petua yang paling mudah dan aku selalu buat adalah yang satu ni. Aku tak ingat la dari mana sumber asalnya. Rasa-rasanya dapat kat majalah. Majalah apa, sorry aku tak ingat. Kerepek/keropok yang dah terhidang lama atau yang tak disimpan dalam bekas kedap udara memang akan lemau. Jadi apa yang perlu dibuat, ambil rice cooker (tak kira la yang conventional ke, digital ke janji periuk nasi tu berfungsi). Hidupkan kan suisnya. Pastu, letak kerepek/keropok tu ke dalam periuk nasi (pastikan uolls dah keluarkan dari bungkusan, tak pasal2 plastik tu mencair pulak nanti heh..), tutup penutupnya. Biarkan dalam mode warm selama 1-2 jam. Insha-allah, kerepek/keropok tu akan rangup semula. Macam baru digoreng ehehehe…senang tak? Sik caya' ke? Cuba la dulu, bukan setakat kerepek/keropok, biskut pun boleh. Raya pun dah nak dekat ni... :)


p/s : rindukan kerepek bawang arwah makcik di Marudi :(

8 comments:

  1. Betul tu.. Saya masukkan keropok lemau (dah masuk angin) ke multi function rice cooker. saya tekan "reheat" untuk 10 min. Wow!!! Memang rangup!! Sedap!! Terima kasih tips Tuuu.. Tidak membazir.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih atas perkongsian.Petua yg amat berguna.priceless.Saya mendoakan semoga tuan tanah dimurahkan rezekidan diberkati,miliki family yg bahagia dan anak2 yg bijak pandai.Aminnn

    ReplyDelete
  3. Oo iya ke... Boleh Cuba ni. Baru beli kuaci rangup kat shoppe tapi bila sampai kat kita lemau. Bad rating.

    Tq Tq Boleh try balik kerja ni. Hehe

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails