Showing posts with label Renungan. Show all posts
Showing posts with label Renungan. Show all posts

May 2, 2017

~ R.E.D.H.A. ~

 Salam sayang untuk semua...

Baru lepas membaca posting fb sahabat lama. Terkesima.
Sahabat kehilangan beg yang
berisi dokumen penting keluarga. Tak keruan sahabat dibuatnya. Melayang kekuatan jiwa dan akal katanya. Usai solat, sahabat pasrah berdoa. Kalau lah itu (kehilangan) yang terbaik untuk ku, aku redha. Kuasa ALLAH S.W.T yang Maha Mendengar,  beg yang hilang di 'kembali' juga kepada sahabat. Allahuakbar..


Terimbau beberapa insiden yang hampir sama berlaku. Pernah diuji sakit telinga yang sangattt teruk, hampir terjejas pendengaran. Bukan sehari dua menanggung sakit, berminggu minggu hampir mencecah bulan. Muak makan berulam ubat. Terkadang rasa seperti duduk di dalam gua, segala bunyi kedengaran bergema tapi terkedap.

Bila duduk, telinga berdengung, bila baring, kepala sakit. Serba tak kena rasanya. Sombong dan ego menguasai sabar yang kian menipis. Bukannya berzikir memuji kekuasaan ALLAH tapi omelan menyalahkan takdir jadi siulan umpama nyanyian tak berdendang

..Asyik asyik aku je yang sakit!!!! Mana lah nak tahan macam ni!!! 
Astaghfirullah. Ya ALLAH, ampunkan hamba Mu yang lemah ini :(:(



 Sampai lah suatu masa, bila ALLAH sesungguhnya menguji. Ditarik Nya seketika nikmat pendengaran yang dipinjamkan. Terasa ruang udara kosong sekosongnya, alam sekitar sunyi sesepinya. Perlahan kesedaran menyapa akal fikiran. Terbit keinsafan menyerah diri bermunajat kepada ALLAH..

Ya ALLAH, sekiranya nikmat pendengaran yang Kau pinjamkan ini 
Kau ambil semula, aku REDHA kerana Engkau yang Maha Mengetahui
 apa yang terbaik untuk ku..

Sebak rasanya bila mengenangkan kesukaran anak lelaki ku selama ini. Pendengaran kanannya terjejas dari usia bayi kerana serangan penyakit otitis media. Begini lah agaknya apa yang anak ku rasa. Walaupun hanya sebelah telinga yang terjejas, pendengarannya hanya sejarak 1m sahaja. Kesempurnaan nya dah tidak sama seperti dulu. Dia insan terpilih. Kekurangan pada diri nya adalah ujian untuk aku sabar, redha dan ikhlas menerima seadanya. Bukan menyalahkan takdir semahunya

Apabila kesedaran bangkit, keredhaan pun timbul. Pendengaran yang hilang, ALLAH pulihkan seperti sediakala. Alhamdulillah, terima kasih ALLAH!!!

Suffering is a gift. In it is hidden mercy, Masha Allah... :'(

Ada kalanya, bila kehidupan kita ditimpa ujian demi ujian. Akan sampai jua ke satu titik, di mana kita akan diam, redha dan pasrah untuk segalanya. Kita ikhlas menerima kerana lillahitaala. Tidak lagi mempersoalkan, kenapa ATAU untuk apa ujian itu diturunkan? ATAU mengapa aku yang diuji?

Rasulullah S.A.W pernah bersabda,

"REDHAILAH
segala sesuatu yang Allah bagi kepadamu
engkau pasti menjadi manusia yang paling
CUKUP"

(Diriwayatkan oleh Ahmad At-Tarmidzi)

Redha bukan bermakna tanpa tangisan tetapi adalah penerimaan tanpa persoalan terhadap apa yang telah ditentukan oleh ALLAH


p/s: Sabar dan redha kunci ketenangan

May 6, 2014

~ Ujian ~

Salam :)

Sebagai hamba-Nya yang lemah - kita tak boleh lari dari diduga. Besar atau kecik ujian tu memang kena hadapi, walaupun most of the time kita rela tapi dalam keterpaksaan ;)  my cousin plak suka bergurau "pasrah itu berserah, berserah itu menyerah" ha ha ha ... Eyah ni memang notty girl
 
hahaha.. really make my day :)
Baru ni negara diduga dengan 'ujian' catuan air- setiap 2 hari, bekalan air dihentikan untuk the next 54 hours, berulang2 selama sebulan- catuan yang paling lama la yang pernah aku alami. Like it or not, those yang menetap di kawasan catuan tu kena pasrah lah, what else we can do, kan? Time tu I bet everybody must have been thinking, alangkah bestnya kalau ada air setiap masa. Will solve all the problem. Boleh buat ini, boleh buat itu, tak perlu risau sebab air tetap ada - biasa laaa, bila sesuatu dah 'takde' baru nak dihargai :)
ehsan google juga- antara 'drama' aku setiap pagi hehe...
Bila catuan was announced dihentikan sementara, I was bersyukur sangat, Alhamdulillahhh- what a biggg relief- rasa ringan segalanya, kurang satu beban. Boleh pakai air puas2, tak perlu nak kalut menadah dan menyimpan air. Takde dah sesi 'senaman' angkat baldi lagi. True!!...that's what I thought after that announcement which is definitely tak betul, siapa la kita nak kata macam tu...kan, kan, kan? Sebabnya, bila ada air, masalah tetap ada.

Last weekend, saluran paip di sinki dapur tersumbat. Agaknya time air takde, minyak2 dari sisa makanan berkumpul, mengeras akhirnya menyumbat saluran tu . Air langsung tak boleh nak mengalir. Saluran bawah sinki dibuka, ditadah dengan baldi sementara encik suami membetulkan apa yang tak betul. Aku pulak tak suka nak membasuh pinggan/periuk di bilik air, nanti lantai licin. Lagipun tak sesuai kot..


bukan gambar sebenar he he he
 Disebabkan problem tu, aku dah dapat satu 'kerja' baru. Bila baldi penuh dengan air basuhan, aku angkat dan buang ke longkang besar. Aduihh penat, sakit pinggang makcik ni tau, ulang2 buat- tadah-angkat-buang, tadah-angkat-buang... bole pejal otot2 dan lelemak aku, hehehe.. See? Time takde air, kita tadah air bersih - time dah ada air, kita tadah air kotor pulak.. tak ke sama masalahnya tu ?? cuma 'objek'nya je yang berbeza, ..nak komplen ? to whom? kena la pasrah itu berserah he he he he
  
Astaghfirullahal'azim, baru ujian air sikit, aku dah menggelabah. Orang lain diuji lagi hebat, masih boleh bersabar, bersyukur.  Sepatutnya, aku kena la bersangka baik dengan Allah S.W.T. Dah tentu perancangan Dia adalah sebaik-baik rancangan. Berlapang dada- mana la tau, bila paip asyik tersumbat ni akan jadi a starting point untuk upgrade dapur sekangkang kera tu ke ? eerr, ppssttttt Abbeee...approve ke tidokk?? he he he


p/s: La Tahzan .. Innallaha...Ma'anna

April 26, 2013

~ Motherhood .. ~



p/s: syurga di bawah tapak kaki ibu...

January 18, 2012

~ Suara Tanpa Bunyi ~



Tersentuh hati saya melihat video yang sedang berlegar di laman FB ketika ini. Bukan kerana simpati tetapi terharu dengan kesungguhan dan kesabaran si ibu 'menjawab' semua soalan di aju oleh  si anak. Walau 'perbualan' mereka ibarat 'suara tanpa bunyi', namun kasih sayang antara mereka tetap terjalin tanpa sempadan dan batasan...

November 22, 2011

A Burnt Biscuit


Semalam saya terima satu emel ni. Sedih lak rasa selepas membacanya. Maklum la ... ada masanya kita jadi terlebih outspoken. Maybe dah banyak perasaan yang terluka sebab komen2 'laser' kita.

"Ya Rabbi. Kau masak apa ni?? Masinnyaa..!!", "Eeewww!! Nape beli baju ni? Buruknya warna!!", "Toksah la nyanyi, tak sedap la suara kau, dah bunyi katak panggil ujan je" kan, kan?? Walaupun bukan dengan niat menghina.  Mungkin bergurau aje. Tapi kita dah menjadi 'juri' yang tak bertauliah...that is not 'healthy'.To make you feel good, jom baca story ni...


When I was a kid, my mom would prepare special breakfast every now and then. And I remember one night in particular, after a long, hard day at work. On that evening so long ago, my mom placed a plate of eggs, sausage and extremely burned biscuits in front of my dad. I remember waiting to see if anyone noticed! Yet all my dad did was reach for his biscuit, smile at my mom and ask me how my day was at school. I don't remember what I told him that night, but I do remember watching him smear butter and jelly on that biscuit and eat every bite!

When I got up from the table that evening, I remember hearing my mom apologize to my dad for burning the biscuits. And I'll never forget what he said: Honey, I love burned biscuits.

Later that night, I went to kiss Daddy good night and I asked him if he really liked his biscuits burned. He wrapped me in his arms and said, Your Momma put in a hard day at work today and she's real tired. And besides - a little burnt biscuit never hurt anyone! You know, life is full of imperfect things.....and imperfect people. I'm not the best at hardly anything, and I forget birthdays and anniversaries just like everyone else.

What I've learned over the years is that learning to accept each other’s faults - and choosing to celebrate each other’s differences - is one of the most important keys to creating a healthy, growing, and lasting relationship.

And that's my prayer for you today. That you will learn to take the good, the bad, and the ugly parts of your life and lay them at the feet of God. Because in the end, He's the only One who will be able to give you a relationship where a burnt biscuit isn't a deal-breaker!
We could extend this to any relationship. In fact, understanding is the base of any relationship, be it a husband-wife or parent-child or friendship! Don't put the key to your happiness in someone else's pocket - keep it in your own.

Wassalam
Image and video hosting by TinyPic

July 25, 2011

Sikap @ Peel @ Kerenah

Assalammua’alaikum ...morning semua!! … berkobar-kobar semangat cik kiah hari ni ngeee. Where got Monday blues kan?…mitos aje tuuu…takde kan? kann? ahakss . Dah lama gak aku tak update entry ni, sib baik takde ‘perompak’ yg pecah masuk ..silap2 leh terperangkap lak dia. Bukan sbb kekenyangan tapi sbb sawang, dh menebal  kurang-kurang 2-3 inci ni haiissshhhh blogs sapa lah selekeh ni ....lalalalala....Hari ni semangat menaip dah menerjah ni, mendesak2 nak merapu. Mcm biasa laaa....ada yg melanda, ada laa cerita....so layan je laa.

Oklah, ai nak sentuh satu hal ni, bukan nak memburukkan sesapa. Takde kena mengena ler dgn yg hidup,yg pengsan, even yg dah meninggal sekali pun, konfem takde ni. ai nak cuit pasal peel manusia je. Cer uollss pandang sekeliling, renung dan tenung  kerenah memasing. Memacam jenis dok ada sekrg ni kan? Ada yg tak tercapai  akal manusia yg  waras..Kalu yg kurang waras tu wallahualam lah ye? Ikut suka dia lah nak fikir lagu mana pun. Pokok yg berakar tunjang tu pun dia bole bayangkan terapung2 mcm belon haaa ko jgn menmain temahh...hahaha gurau tu, gurau jugak. Ni kiah nak hadiahkan tabik spring ler kat org2 tua kita ni, kiah kagum ssgt sebenarnya. Hebat betul ler derang reka perumpamaan ‘rambut sama hitam, tapi hati  lain-lain’….bunyi cam tak logik..yelah, apa kena mengena rambut dgn hati kan? Tapi tu lah....sgt dlm maksud yg tersirat. Mmg ngam sesangat lah, mmg ada umpphh. Sib baik zaman dedulu takde hair coloring, kalu idak, jenuh atuk-nenek kita nak mikirnya, sure tak wujud pepatah tu ahakss (ampun tuk, nekkk!! kiah nk mencemar sejarah ni hahaha..) 

Ada yg nampak manis di depan, tapi bila di belakang, tu dia aihhh...sesedap rasa dia tikam kita dari semua sudut. Yg ada, di tiadakan - yg tak ada, di ada-ada kan…camne tu uollss?? Ada plak tu nampak baikkk je, sejukkkk mata memandang tapi nun  jauh di dalam nya, Masya-Allah penuh dgn hasad dengki, iri hati, cemburu ... pendek kata (panjang tak kata tau..)  mmg lengkap sikap ‘phd’ nya. Di sini ada A, di sana pun nak ada A. Di sini buat B, di sana pun nk buat B….aiyyaakkkk??? Pelik betul lah org ada sikap cenggini. Apa yg  sebenarnya dia nak dlm hidup huh?   Ada plak tu, luaran nya mak aiiihhh garang, peribadinya kasar,  menyinga je kejanya. Tapi dalam hati dia aduhaiii ada taman lengkap flora ‘n’ fauna youuu huahahaha kau aderr??? Adakalanya org cenggini laaagi ‘berhati perut’ dari yg di atas tadi tu....pendek kata ( hisshhh si pendek ni, asyik berkata je) ....macam-macam laa!!

Tapi kan, ai nak ingatkan lah diri ai ni (nak ingatkan org lain rasa tak layak, sapa ler kiah ni, kannnn) Siapa pun aku, apa pun penampilan ku, di mana pun ku berada, ku mohon pada Mu Ya Allah, bersihkan lah hati ku, molekkan lah peribadi ku, luruskan lah laluan serta destinasi ku, kuatkan lah semangat dan Iman ku. Moga usia yang singkat ini sentiasa memperolehi keberkatan Mu.  

Aminn Ya Rabal Alamin....

Image and video hosting by TinyPic

January 24, 2011

Setelah Di Baling Batu....

Salam semua ....dah tengahari ni, uolls lunch apa? di mana? Hari ni macam takde selera sikit, ... sebenarnya perut dah berkaraoke , tapi still tak tau nak isi dgn apa ...hhmm biar lah sesekali berdiet, yer tak? Tengah belek2 emel tadi, terbaca satu story ni. Wonderful story. So, aku decide nak post kat sini. Tambahan plak hari ni vitamin R ku terlebih sikit hahaha...dah caj sepanjang dua hari bercuti, jadi ku dah terjemahkan  story asalnya ke bahasa ibunda. Bersemangat - bahasa jiwa bangsa ahkak hari ni...ahakss!!....jom layan

Seorang eksekutif muda yang sukses dalam kerjayanya, dalam perjalanan ke satu taman sambil memandu laju Mercedes barunya. Ligat matanya memerhati kanak-kanak yang keluar-masuk dari kawasan itu dan memperlahankan keretanya sekira ada kelibat kanak-kanak disitu. Ketika itu, tiada seorang kanak-kanak  pun yang kelihatan. Tapi sebiji batu telah menghentam pintu keretanya dengan tiba-tiba !!  Lantas dia menekan brek dan mengundur keretanya. Dia sangat, sangat marah.... sejurus keluar dia menarik tangan seorang budak lelaki yang berada di situ dan menolaknya badan kecil itu ke keretanya sambil menengking “Apa semua ni?? Siapa kau? Tengok, apa yang  kau dah buat? Itu kereta baru, kau tau tak!! Kenapa kau baling batu?” Budak itu menggeletar dan menangis sambil meminta maaf "Tolong bang ... tolong, saya minta maaf. Saya tidak tahu nak buat apa lagi dah," dia merayu. "Saya baling batu tu sebab saya risau tak ada sesiapa yang akan berhenti". Dengan air mata mengalir laju dipipinya, budak itu menunjuk ke arah parkir yang berhampiran... "Tu abang saya. Dia terjatuh dari kerusi roda dan berguling ke tepi jalan. Saya tak mampu nak mengangkatnya" Dengan teresak-esak, budak itu merayu. "Boleh tak abang bantu saya?" Eksekutif tu tergamam. Tanpa berkata-kata, dia berjalan menghampiri pemuda itu lantas mengangkatnya kembali duduk di kerusi roda. Dia  mengeluarkan saputangan dan mengelap luka-luka di badan pemuda malang itu. Bila keadaan dah reda, budak itu menghampiri dia. "Terima kasih bang, terima kasih. Semoga Allah memberkati hidup abang” ucap budak tadi sepenuh hati. Terkedu... dia hanya mampu merenung sayu wajah budak itu yang sedang menolak perlahan kerusi roda abangnya menuju ke seberang jalan. Dia bergerak perlahan dan menuju ke Mercedesnya. Kerosakan pada pintu kereta barunya memang jelas tapi dia tidak pernah kisah untuk membaiki pintu yang telah kemek itu. Baginya, kerosakan itu akan sentiasa mengingatkannya kepada satu mesej yang berharga: Jangan menjalani kehidupan ini terlalu pantas sehinggakan seseorang perlu membaling batu untuk mendapatkan perhatian mu. 
 
Ingatlah, bahawa Allah itu sentiasa  berada dekat dengan kita. Dia berbisik dalam jiwa dan, berbicara dalam hati kita walaupun selalunya kita tak nak mendengar semua tu. Kita butakan hati, pekakkan telinga kerana beranggapan kita takde masa untuk semua itu. Sehinggalah ke saat  ‘dibaling batu’ baru lah  kita tersedar dari kealpaan. Apa pun, semua itu adalah pilihan masing-masing.....jumpa lagi. Wassalam

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails