Tugasan hujung minggu as ‘Dapur Officer a.k.a D.O’ ni takde lah berat sangat. Bila tiba jadi ‘Food & Beverage Manager’ tu yang agak mencabar sikit, bagi aku lah, ...orang lain mungkin tak sependapat. Biasalah, lain orang, lain lah pulak pendapatnya.
Maklum ler nak satisfy selera semua ‘beloved customers ’ kita ni bukan senang. Sorang suka pedas, sorang pulak suka sup dan sorang lagi kategori western food lover. Manjang aje order nak sphagetti, chicken chop, burger dan yang sewaktu dengannya. Nak sebut menu pun susah. Pelik betul ler. Nak kata salasilah ku ada yang bermata biru hhmm...jauh panggang dari api. Setakat ni yang ada mata macam tu pun cuma stray cats yang lepak kat belakang dapur kitaorg ni je hah! Tapi tak per lah, sebagai ‘DO’ yang berkaliber ni (ahakss) Kita layan semua order.
Selalunya bila hujung minggu, awal-awal pagi lagi dah fikir menu apa untuk breakfast, lunch dan dinner sekeluarga. Setelah consider semua kehendak ‘customers’ ku itu, susah-susah sangat dengan kuasa veto yang aku ada, akhirnya semua kena ikut selera aku hahaha.. Suka tak suka, kena lah terpaksa setuju. Tu yang best jadi ‘DO’ ni!
Pagi ni aku jadi buntu sekejap, apa ku nak buat untuk breakfast ni huh? Pagi semalam dah goreng bihun. Masalahnya, sambutan pulak kurang menggalakkan. Aku dan encik bos je yang banyak menghabis kan bihun tu. Pagi ni ku nak buat apa pulak ni? Ikut kan selera 'customer' bongsu ku pulak, bangun tidur je dah ngigau nak makan donut. Tak kan ku nak uli donut lagi minggu ni. Dah dua minggu berturut-turut buat donut. Naik jemu wehhh,..adehh idea ooo idea mana kau ni?
Tetiba teringat pulak kat sambal tumis semalam. Teringin pulak DO ni nak makan lempeng AHA..LEMPENG!!! Selamat ler si lempeng tu jadi sarapan kitaorang pagi ni. Bukan lempeng canggih sangat pun, lempeng pekak je. Lempeng pekak ?? Ada telinga ke lempeng tu ?? ha ha ha lempeng biasa je yang pakai bahan asas tepung,air dan garam semata-mata, apa-apa pun tetap sedap kauuu. Walaupun menunya sama tapi presentationnya tetap berbeza. Sorang cicah dengan kaya, sorang pulak dengan gula dan sorang lagi cicah sambal tumis. Betul-betul fusion taste kitaorang kan? Tu lah dia selera ’beloved customers’ ku.....

today also i am a DO... but, of course for my own la... making kuih batik di pagi hari... for lunch dah ada menu: asam pedas tenggiri... but, blender ku rosak... so seddey... so, instead of si asam pedas... menu today just tenggiri kicap... layan je la...
ReplyDeletelempeng pekak dah buat, last week... sedap... cecah sambal tumis gak... ehehe...
wah! kuih batik madam. berasam pedas bagai.....kalu dekat nak je ku order :D
ReplyDelete