Kita kerap dengar ungkapan mahupun pun keluhan kononnya - wanita itu kaum yang lemah. Wanita mangsa untuk ditindas. Malahan ada yang tak sayang mulut mengatakan 'staf perempuan ni menyusahkan aje'. Aduhai empunya mulut! Tidakkah anda sedar, setiap kejadian Allah itu ada kelebihannya. Terimalah seadanya. Bagi wanita, bersyukurlah kerana kita diciptakanNya menjadi wanita. Bila sentuh isu wanita ni, rasa terpanggil untuk kongsi emel sorang kawan untuk kita renungkan bersama.
Betapa sayangnya ALLAH pada kita,
LELAKI
1. Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya.
2. Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh.
BERATKAN ??
3. Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggungjawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggungjawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak. Perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya.
BERATKAN ??
4. Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izinnya.
WANITA
1. Wanita auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki.
2. Wanita perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.
3. Wanita saksinya kurang berbanding lelaki.
4. Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki.
5. Wanita perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.
6. Wanita wajib taat kpd suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya (taat kepada ibunya).
7. Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri.
8. Wanita kurang dlm beribadat kerana masalah haid dan nifas yg tak ada pada lelaki.
Pernahkah kita lihat sebaliknya?
- Benda yg mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di
tempat yg tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiarbersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dgn seorg wanita. - Wanita perlu taat kpd suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali
lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita? - Wanita
menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya utk menyara isteri dan anak-anak . - Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi
setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil). - Di akhirat kelak,
seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita ini: Isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya. Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini: suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya. pintu Syurga yg disukainya cukup dgn 4 syarat sahaja: Sembahyang 5 waktu, puasa bulan Ramadhan, taat suaminya dan menjaga kehormatannya. - Seorg lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat
akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala org pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.
MasyaALLAH
No comments:
Post a Comment