Saja
je nak share tanaman kat edible garden ku. oppsss edible garden ke? tanaman ku tak banyak mana pun, ada hati nak mengaku edible garden hehehe Setakat ni ada la dalam 4-5 pasu je. Itu pun banyak
yg aku beli anak pokoknya, kira ‘instant’ lah kejadian edible garden ku ini
heh…
pokok serai ~ yang paling 'senior' |
anak pokok cili merah ~ cuba jaya tanam dari biji cili kering di dapur |
pokok cili padi ~anak pokok beli kat agro-mart, Serdang |
Aku sebenarnya
tak pernah suka dengan aktiviti berkebun ni. Tak pernah aku nak kisah pun pasal kejadian tanam2 ni. Aku dah merajuk. Kiranya gaduh habis2an la dgn tumbuh-tumbuhan ni hehehe. Ingat tak lagi entri pasal ‘tangan
panas’ ku kat sini dulu.
Ini pun dulu asalnya saja nak cuba sebab dah tergoda dengan tanaman rumah jiran. Bila dah cuba tanam satu anak pokok tu, aikkk?? menjadi la pulak. Mood teruja pun datang. So, lepas tu makin bertambah la tanaman
aku. Kira ok la juga kan? Riadah ringan untuk aku.. ahaks!!
pokok halia ~ lebihan halia kat dapur yang dah bermata tunas ku tanam dalam pasu ni |
pokok kantan ~ rizomnya diangkut dari kampung, naik kapalterbang tau eheh |
pokok kesum ~ lebihan batang kesum yang dah layu dalam fridge |
Memandangkan
rumah aku ni tak banyak tanah, sekangkang baby kera je. Tu sebab semuanya aku tanam dalam pasu. Ada sesetengah tu, aku letak tanah sikit je, sebab aku tak yakin boleh hidup ke tak? ehehe kedekut ke aku? Kedekut le jugak, tanah mahal ooo...
pokok kunyit ~ anak pokok dibeli kat agro-mart |
pokok limau kasturi ~ anak pokok beli kat taman pertanian UPM |
pokok pandan ~ hidup segan mati tak mau, dah lebih 3 bulan, langsung tak membesar |
pokok pudina ~ wangi aromanya, kucing lalu mesti nak cium daun ni |
So, ini la edible garden ku yang tak seberapa. Tapi cukup la buat orang tua aku especially ayah happy. Ayah lah orang yang paling rajin bercucuk tanam kat kampung. Selalu bekalkan aku dengan anak pokok bila balik bercuti...
p/s: tangan aku dah tak panas dah kot? hoyyeeaa!!
No comments:
Post a Comment