April 30, 2012

~ Resipi: Bihun Goreng Tomyam ~



Assalammua’alaikum. Entri tertunggak kali ni. Citer malam Sabtu lepas, baru sempat nak upload  gambar hari ni. Citernya… jiran2 lorong rumah aku ni dah sepakat nak buat jamuan, lepas bacaan yasin dan solat Isyak berjemaah. Jamuan 2-in-1: farewell & welcome party la lebih kurang. Jamuan perpisahan utk jiran2 yang nak berpindah, pada masa yg sama menyambut pula kedatangan jiran2 baru. Menu jamuan malam tu pelbagai. Macam-macam ada, dah temanya pun pot luck. Punya la banyak makanan. Alhamdulillah, murah rezeki masing-masing. Sampai berlebih2, habis jamuan boleh tapau lagi.

Cam biasa, dish sumbangan aku yang simple2 je…hehe bihun goreng. Nak bagi ada kelainan sikit, aku buat ler bihun goreng tomyam. Awal pagi tu dah godek google cari resipi. Biasa la tu, semuanya dihujung jari.. nak dgn tak nak je. Lepas 'study' 2-3 resipi yang nampak mudah dan sedap, akhirnya decided nak buat cara aku. Lagipun bila masak ikut selera sendiri, lagi la senang. Sendiri juga yang nak makan nantii. Pernah la juga aku buat dulu, tapi dlm kuantiti sikit untuk sarapan 4 mulut je. Apa sangat la kan, tak mencabar langsung ekekeke. Bila nak masak dalam kuantiti banyak ni, mula la rasa tak yakin…

Bila gabung semua resipi yang aku jumpa, dan bega-bega sikit ikut selera. Tadaaaa....ini lah hasilnya.  Jangan tengok pada rupa nya yang  kureng meriah, tapi rasanya konfem sedapp (ceehhhh, angkat bakul sendiri ni). Sebenarnya aku memang suka pedas dan masam. So bihun goreng tomyam ni memang jadi favourite  aku la lepas ni...

BIHUN GORENG TOMYAM ALA OSHANIRA

1 bungkus bihun ~ rendam, bila lembut toskan
1 biji bawang besar ~ (kisar)
4 ulas bawang putih ~ (kisar)
2 batang serai  ~ (1 dikisar, 1 diketuk)
200 gm udang
200 gm sotong
2  keping fish cake ~ (hiris nipis)
5 biji cili api ~ (kisar)
2 sudu besar cili kisar
2 kiub perencah tomyam
2 helai daun limau purut
1 biji limau nipis ~ (diperah jus nya)
Lobak merah ~ (potong halus)
1 sudu kecil garam
Setengah cawan air ~ (jika perlu)

CARA MEMBUATNYA 
1.  Panaskan minyak dan tumis bawang putih, bawang besar, cili api dan serai yang dikisar serta cili kisar sehingga wangi. Kemudian masukkan serai yang diketuk.
2.   Masukkan perencah tomyam yang dihancur-hancurkan. Tumis lagi sehingga pecah minyak.
3.   Masukkan udang, sotong dan fish cake. Tumis sekejap dan masukkan garam.
4.   Jika bahan tumis agak kering, masukkan air
5.   Masak hingga mendidih dan masukkan carrot dan daun limau purut yang dicarik sedikit
6.   Kemudian masukkan bihun tadi dan gaul hingga sebati
7.   Akhir sekali perahkan limau nipis, gaul lagi.
8.   Hidangkan ke dalam pinggan dengan hiasan ikut cita rasa sendiri. 


Uolls abaikan je la food presentation aku. Memang fail dalam bab garnishing ni.  Ada ka patut, aku cuma tabur telur dadar gulung je. Lagipun itu jer yg aku boleh fikir masa tu. Tah apa-apa je erk? Sepatutnya letak ler daun sup ke, daun bawang ke, cili ke…baru ler meriah sikit. Tapi tak kisah laa, janji boleh di ngapp……heh :P

p/s: ... May is coming.....cepatnya masa berlalu!

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails