“Keyakinan diri ialah
kepercayaan bahawa diri kita boleh mengendalikan kehidupan kita dengan baik dan
menghadapi segala cabaran dengan jayanya”
Kalau nak citer pasal keyakinan diri, rasanya aku ni dalam kelompok yang mempunyai tahap keyakinan diri agak rendah. Tapi
tak ada la sampai sangat-sangat rendah
atau langsung tak yakin pada sendiri. Selalunya aku akan cover kelemahan aku tu
dengan kata-kata semangat dan berfikir positif. Cara nak pujuk diri sendiri la tu ehehe…kadang2 berjaya, ada masanya tak. Dah
sedaya upaya aku cuba bersikap optimis, tapi jauh disudut hati dalam fikiran aku tetap
terselit rasa yang tah apa-apa ni; aku tak
pandai la, tak menarik la, tak cukup bagus la dan banyak lagi la yang tak itu dan tak ini dalam diri aku
Lebih teruk, bila ada yang kata ‘eh, kau dah
semakin berisi ye sekarang ?’ atau ‘ini pun kau tak reti buat ke?’ atau ‘laaa
ini je ke yang kau dah siapkan?’…
semua tu jadi ‘penambah perisa’ pada kelemahan aku ni.
Aku tau, tak elok sebenarnya bersikap macam tu. Itu semuanya kerja syaitannirrojim, nak melemah dan menyesatkan kita. Tak pasal2 aku jadi seorang yang mudah
marah, suka membebel, mengeluh dan moody... tak elok tu kan?
Aku rasa ini terjadi mungkin kerana aku ni
jenis manusia yang kurang luahkan perasaan. Bila orang kata, kau macam ni,
macam tu. Aku diam je, jarang nak fight back menegakkan keadaan sebenar.
Selalunya ku terima je apa yang orang dah kata kat aku….haihh, tak sangka pula ye? Boleh jadi pemangkin kelemahan yang aku ada sekarang ni…
Bukan senang tau, nak ubah sesuatu yang dah sebati
dalam diri. Cuma aku selalu ingatkan diri aku pada 3 perkara, sebagai pencetus semangat untuk perbaiki kelemahan aku:
1)
Orang lain
boleh buat, kenapa aku tak boleh buat? Apa kurangnya aku? Pedulikan la dengan kata-kata orang.
2)
Allah jadikan manusia semuanya sama , takde
yang lebih, takde yang kurang. Bila eseorang itu jadi lebih dari yang lain; sebab,
dia dah berusaha lebih ke arah itu, bukan sebab dia istimewa
3)
Jangan bebankan fikiran dengan masalah. Allah
jadikan sesuatu dugaan dan cabaran pasti bersebab. Ada la hikmahnya
disebaliknya. Tugasan aku, hanyalah berusaha, berdoa dan tawakal. Kan mudah tu?
p/s: Ya Allah, Kau permudahkan segalanya. Moga hari ini lebih baik dari
semalam, Insha-Allah
No comments:
Post a Comment