April 30, 2012

~ Resipi: Bihun Goreng Tomyam ~



Assalammua’alaikum. Entri tertunggak kali ni. Citer malam Sabtu lepas, baru sempat nak upload  gambar hari ni. Citernya… jiran2 lorong rumah aku ni dah sepakat nak buat jamuan, lepas bacaan yasin dan solat Isyak berjemaah. Jamuan 2-in-1: farewell & welcome party la lebih kurang. Jamuan perpisahan utk jiran2 yang nak berpindah, pada masa yg sama menyambut pula kedatangan jiran2 baru. Menu jamuan malam tu pelbagai. Macam-macam ada, dah temanya pun pot luck. Punya la banyak makanan. Alhamdulillah, murah rezeki masing-masing. Sampai berlebih2, habis jamuan boleh tapau lagi.

Cam biasa, dish sumbangan aku yang simple2 je…hehe bihun goreng. Nak bagi ada kelainan sikit, aku buat ler bihun goreng tomyam. Awal pagi tu dah godek google cari resipi. Biasa la tu, semuanya dihujung jari.. nak dgn tak nak je. Lepas 'study' 2-3 resipi yang nampak mudah dan sedap, akhirnya decided nak buat cara aku. Lagipun bila masak ikut selera sendiri, lagi la senang. Sendiri juga yang nak makan nantii. Pernah la juga aku buat dulu, tapi dlm kuantiti sikit untuk sarapan 4 mulut je. Apa sangat la kan, tak mencabar langsung ekekeke. Bila nak masak dalam kuantiti banyak ni, mula la rasa tak yakin…

Bila gabung semua resipi yang aku jumpa, dan bega-bega sikit ikut selera. Tadaaaa....ini lah hasilnya.  Jangan tengok pada rupa nya yang  kureng meriah, tapi rasanya konfem sedapp (ceehhhh, angkat bakul sendiri ni). Sebenarnya aku memang suka pedas dan masam. So bihun goreng tomyam ni memang jadi favourite  aku la lepas ni...

BIHUN GORENG TOMYAM ALA OSHANIRA

1 bungkus bihun ~ rendam, bila lembut toskan
1 biji bawang besar ~ (kisar)
4 ulas bawang putih ~ (kisar)
2 batang serai  ~ (1 dikisar, 1 diketuk)
200 gm udang
200 gm sotong
2  keping fish cake ~ (hiris nipis)
5 biji cili api ~ (kisar)
2 sudu besar cili kisar
2 kiub perencah tomyam
2 helai daun limau purut
1 biji limau nipis ~ (diperah jus nya)
Lobak merah ~ (potong halus)
1 sudu kecil garam
Setengah cawan air ~ (jika perlu)

CARA MEMBUATNYA 
1.  Panaskan minyak dan tumis bawang putih, bawang besar, cili api dan serai yang dikisar serta cili kisar sehingga wangi. Kemudian masukkan serai yang diketuk.
2.   Masukkan perencah tomyam yang dihancur-hancurkan. Tumis lagi sehingga pecah minyak.
3.   Masukkan udang, sotong dan fish cake. Tumis sekejap dan masukkan garam.
4.   Jika bahan tumis agak kering, masukkan air
5.   Masak hingga mendidih dan masukkan carrot dan daun limau purut yang dicarik sedikit
6.   Kemudian masukkan bihun tadi dan gaul hingga sebati
7.   Akhir sekali perahkan limau nipis, gaul lagi.
8.   Hidangkan ke dalam pinggan dengan hiasan ikut cita rasa sendiri. 


Uolls abaikan je la food presentation aku. Memang fail dalam bab garnishing ni.  Ada ka patut, aku cuma tabur telur dadar gulung je. Lagipun itu jer yg aku boleh fikir masa tu. Tah apa-apa je erk? Sepatutnya letak ler daun sup ke, daun bawang ke, cili ke…baru ler meriah sikit. Tapi tak kisah laa, janji boleh di ngapp……heh :P

p/s: ... May is coming.....cepatnya masa berlalu!

April 26, 2012

~ Ros Ku Berkembang ~


Tak sabar2 nak citer ni...alkisahnya, anak pokok bunga ros, yang aku rembat dari nenek time balik cuti sekolah haritu dah pun berbunga!! Ros pink pulak tu, soo girlish la kaler nya. Tapi takper, janji berbunga. Happynya akuu, yeaa!! Tak sangka ye, secepat ni ros tu nak berbunga. Baru je sebulan lebih aku bela… 
Bunga yang baru nak berkembang
Excited bukan main rasanya, bila tengok kudup bunga ros tu dah mula berkembang petang semalam. Tengok2 pagi ni, dah berkembang sepenuhnya. Subhanallah, cantiknya kejadian Allah s.w.t.
ros berbunga sulung
Masa amik aritu, kurus jer fizikal anak pokok ni. Ingatkan, tak panjang mana la hayatnya. Cuak juga, sebab tak pernah-pernah tanam ros. Depan nenek harus la aku tunjuk ‘macho’ tak main la nak tunjuk jiwa goyah ni kan? hihihii...lagipun orang kata, bunga ros ni spesis bunga manja. Tak boleh lebih air, tak boleh kurang. Baja pulak tak boleh baja kimia....panas. Macam2 la, senang cakap semua kena seadanya haihh terfikir juga, boleh ke? Aku kalau deal dengan yang banyak syarat ni, kurang gemar sikit. Tapi, kita gamble jer la kan? Belum cuba belum tau....Time ayah dah bungkus elok2 dan sumbat masuk hand luggage, masa tu dah berbelah bagi.  Nak bawak ke tak nak ni? Memandangkan semua dah siap, tawakal je la. Masa nak scan hand luggage tu dah rasa dug-dag-dug-dag, risau juga kalau kena rampas. Alhamdulillah, akhirnya tak sangka berbunga juga si mawar ni…..horreiii!!

p/s: lepas ni ku nak ‘shopping’ anak pokok ros lagi lah kat nursery tambah koleksi, boleh??…:P

April 25, 2012

~ Keyakinan Diri ~





“Keyakinan diri  ialah kepercayaan bahawa diri kita boleh mengendalikan kehidupan kita dengan baik dan menghadapi segala cabaran dengan jayanya”

Kalau nak citer pasal keyakinan diri, rasanya aku ni dalam kelompok yang mempunyai tahap keyakinan diri agak rendah. Tapi tak ada la sampai  sangat-sangat rendah atau langsung tak yakin pada sendiri. Selalunya aku akan cover kelemahan aku tu dengan kata-kata semangat dan berfikir positif. Cara nak pujuk diri sendiri la tu ehehe…kadang2 berjaya, ada masanya tak. Dah sedaya upaya aku cuba bersikap optimis, tapi jauh disudut hati  dalam fikiran aku tetap terselit rasa yang tah apa-apa ni;  aku tak pandai la, tak menarik la, tak cukup bagus la dan banyak lagi la yang tak itu dan tak ini  dalam diri aku

Lebih teruk, bila ada yang kata ‘eh, kau dah semakin berisi ye sekarang ?’ atau ‘ini pun kau tak reti buat ke?’ atau ‘laaa ini je  ke yang kau dah siapkan?’… semua tu jadi ‘penambah perisa’ pada kelemahan aku ni.

Aku tau, tak elok sebenarnya bersikap macam tu. Itu semuanya  kerja syaitannirrojim, nak melemah dan menyesatkan kita. Tak pasal2 aku jadi seorang yang mudah marah, suka membebel, mengeluh dan moody... tak elok tu kan?

Aku rasa  ini terjadi mungkin kerana aku ni jenis manusia yang kurang luahkan perasaan. Bila orang kata, kau macam ni, macam tu. Aku diam je, jarang nak fight back menegakkan keadaan sebenar. Selalunya ku terima je apa yang orang dah kata kat aku….haihh,  tak sangka pula ye? Boleh jadi pemangkin kelemahan yang aku ada sekarang ni…

Bukan senang tau, nak ubah sesuatu yang dah sebati dalam diri. Cuma aku selalu ingatkan diri aku pada 3 perkara, sebagai pencetus semangat untuk perbaiki kelemahan aku:

1)         Orang lain boleh buat, kenapa aku tak boleh buat? Apa kurangnya aku? Pedulikan la dengan kata-kata orang.

2)         Allah jadikan manusia semuanya sama , takde yang lebih, takde yang kurang. Bila eseorang itu jadi lebih dari yang lain; sebab, dia dah berusaha lebih ke arah itu, bukan sebab dia istimewa

3)         Jangan bebankan fikiran dengan masalah. Allah jadikan sesuatu dugaan dan cabaran pasti bersebab. Ada la hikmahnya disebaliknya. Tugasan aku, hanyalah berusaha, berdoa dan tawakal. Kan mudah tu?


p/s: Ya Allah, Kau permudahkan segalanya. Moga hari ini lebih baik dari semalam, Insha-Allah



~#002 Wordless Wednesday~



credit to google



p/s: dah settled alhamdulillah… :)

April 21, 2012

~ My Edible Garden ~


Saja je nak share tanaman kat edible garden ku. oppsss edible garden ke? tanaman ku tak banyak mana pun, ada hati nak mengaku edible garden hehehe Setakat ni ada la dalam 4-5 pasu je. Itu pun banyak yg aku beli anak pokoknya, kira ‘instant’ lah kejadian edible garden ku ini heh…
pokok serai ~ yang paling 'senior'

anak pokok cili merah ~ cuba jaya tanam
dari biji cili kering di dapur
pokok cili padi ~anak pokok beli kat
agro-mart, Serdang

Aku sebenarnya tak pernah suka dengan aktiviti berkebun ni. Tak pernah aku nak kisah pun pasal kejadian tanam2 ni.  Aku dah merajuk. Kiranya gaduh habis2an la dgn tumbuh-tumbuhan ni hehehe. Ingat tak lagi entri pasal ‘tangan panas’ ku kat sini dulu. 

Ini pun dulu asalnya saja nak cuba sebab dah tergoda dengan tanaman rumah jiran. Bila dah cuba tanam satu anak pokok tu, aikkk?? menjadi la pulak. Mood teruja pun datang. So, lepas tu makin bertambah la tanaman aku. Kira ok la juga kan? Riadah ringan untuk aku.. ahaks!!
pokok halia ~ lebihan halia kat dapur yang
dah bermata tunas ku tanam  dalam pasu ni
pokok kantan ~ rizomnya diangkut dari
kampung, naik kapalterbang tau eheh

pokok kesum ~ lebihan batang kesum
yang dah layu dalam fridge


Memandangkan rumah aku ni tak banyak tanah, sekangkang baby kera je. Tu sebab semuanya aku tanam dalam pasu. Ada sesetengah tu, aku letak tanah sikit je, sebab aku tak yakin boleh hidup ke tak? ehehe kedekut ke aku?  Kedekut le jugak, tanah mahal ooo...

pokok kunyit ~ anak pokok
dibeli kat agro-mart

pokok limau kasturi ~ anak pokok
 beli kat taman pertanian UPM 

pokok pandan ~ hidup segan mati tak mau,
dah lebih 3 bulan, langsung tak membesar
pokok pudina ~ wangi aromanya,
kucing lalu mesti nak cium daun ni

So, ini la edible garden ku yang tak seberapa. Tapi cukup la buat orang tua aku especially ayah happy. Ayah lah orang yang paling rajin bercucuk tanam kat kampung. Selalu bekalkan aku dengan anak pokok bila balik bercuti...


p/s: tangan aku dah tak panas dah kot? hoyyeeaa!!

April 20, 2012

~ Anak Saudara Baru ~




Dua hari lepas (18 April 2012), aku dapat seorang lagi anak saudara baru. Alhamdulillah, bertambah sorang lagi cucu Pak Mat. Pak Matttt, raya tahun ni kena tambah satu lagi sampul duit raya ye heh heh

Ni anak ke-3 'Pak Anjang'- gelaran anak2 untuk adik lelaki aku yang no 2. Murah rezeki Pak Anjang tahun ni ye, ‘carta’ Pak Anjang pun dah leading ni. Tak boleh jadi la camni ... :P:P

Excited aku nak share,  nama baby pun belum bagi lagi,  gambar pun aku cilok dari facebook je. Tak menyempat2 kan? Haihhh lambatnya rasa nak balik Bintulu, dah tak sabar nak jumpa semua.

p/s: Pak Anjang balik tak raya nanti??

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails