August 14, 2010

~ Sahur ~

Salam semua…sahur apa pagi ni? …makan lah apa-apa pun kan?... janji halal hihihi…..walaupun sekadar minum segelas air suam….yang penting kita bersahur dan berniat untuk berpuasa….
Pagi ni ‘sebelum subuh’ lagi aku dah ‘merayau’-blogswalking ni ha ha ha…sambil2 update blog . Ntah nape pagi ni  susah pulak nak lelap semula…. selalunya mudah je. Maybe dah terlebih tidur kot..tapi yg tak bestnya….time mcm ni lah, boleh terkenang pulak kat family  jauh di sana. Hhmm… apa lah agaknya derang buat sekarang ni yer? Maybe  ayahnya tengah sibuk kejutkan anak bangun sahur kott… alaaahai, sayu pulak rasanya huhuhu sabar, sabar…
Dah lama tak sahur sensorang mcm ni, ….terimbau zaman  study dan stayed asrama dulu-dulu ehehe…terasa cam student lah pulokkk….. cewahh!! verangan…..ehehe . 
Wassalam

August 13, 2010

~Selamat Berpuasa~


Ramadhan datang lagi. Alhamdulillah syukur kita diberi kesempatan bertemu Ramadhan lagi tahun ini. Sebak rasanya bila mengenangkan ada yang meninggalkan kita sebelum sempat bertemu Ramadhan . Antaranya ialah nenek saudara ku sendiri. Al-Fatihah untuk mu nek Anjang semoga roh mu dicucuri rahmat Illahi dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman,amin ya rabal alamin.
Bercerita pasal pergi tak kembali ni, teringat ku pada text ringkas YM anak ku :
xxxxxxxxx (8/9/2010 10:52:16 PM): mama sedih tau ayat ni mak syasya meninggal Dunia! syasya dengan ayahnya cerdera ringan sahaja. nak tau ceritanya ada
xxxxxxxxx (8/9/2010 11:09:08 PM): maaf tertekan send. ceritanya ada kereta syasya lepastu ada kereta besar mak syasya terngongak lepas tu kereta syasya dinaiki kereta besar itu, kemudian mak syasya terkena hempakan kerata besar itu. Kan masa itu mak ngongak habis patah tulang kepala mak syasya. AL Fatihah. itu yang pertama, yang kedua ustazah salwani cakap mama raqip tak ada bulan raya tapi tidak mennggal dunia tetapi walau pun tak ada bulan raya tapi ada mama waktu depan tetapi mak syasya pergi tak kembali!
 Huhuhuu sedih!!! walaupun ayatnya tak sesempurna mana, tapi mesejnya buat aku insaf dan bersyukur. 
Insaf ku kerana mesejnya mengingatkan aku dunia ni hanya persinggahan untuk semua yang bernyawa. Syukur ku kerana sedar walaupun berjauhan tapi kita masih ada peluang untuk bertemu lagi Insha-Allah. Bukannya pergi tak kembali...
Sebelum terlambat, Selamat Menjalani Ibadah Puasa Ramadhan Al-Mubarak. Semoga kita semua diberi kesabaran dan ketabahan untuk menjalaninya. Semoga kehadiran Ramadhan kali ini meninggalkan kesan ke dalam hati serta menambahkan iman dan amal kita...amin.

August 8, 2010

~ Beli 'n' Blah ~

Salammm, …kejap je dah masuk ahad kan? ehehe…pejam celik, pejam celik dah pun 2 minggu ku kat sini…apa program hari ahad uolls? aku??....as usual ...dgn rutin mingguan ku… pegi grocery store, nak ‘top-up’ barang dapur yg dah semakin menyusut tu….lagipun 2-3 hari lagi kita dah nak berpuasa ….sebelum terlambat ku nak ucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak pada uoalss!!

Oklah berbalik pasal citer beli 'n' blah ni, …punya lah semangatnya aku pagi ni, … sampai terlupa yg kedai tu hanya mula buka kol 9.30 pagi. Aku plak dah tercongok dpn pintu kedai tu  lagi 5 min nak kol 9.00 !!! Hissshhh….lagi setengah jam nak menunggu…..mcm mana lah boleh terlupa ni .….takpelah ku tunggu jgk. Tapi bangga wehh,….. ku antara shopper yg pertama sampai , dlm listing TOP 3 tu !!! Hihihihi…tapi dlm masa tak sampai 5 minit menunggu, berduyun2 pulak yg dtg. Ropanya Nihon ni mmg suka dtg awal kot……pastu derang pakat beratur pjg depan pintu grocery store tu mcm beratur nk beli tiket wayang!!!……aku rasa fenomena yg hampir nak sama mcm ni hanya berlaku kat satu tempat tu…. sure korang leh teka kan?? Ha ha ha…betul!!! ……depan pintu bank / mesin ATM pada hari gaji!!!

Bila buka jerk pintu kedai tu,…..ya rabbi…… derang punya berebut nak masuk,….. sejibik mcm peserta program ‘shop till drop’ gayanya….sure korang penah tengok program tu kan?…gelojohnyaaaa…….aku pulak jadi termalu sekejap sebab?? aku sorang je yg masuk dgn gaya Wanita Melayu Terakhir, ala2 sopan gitu …bluweekkkk …ehehe

Part yg bestnya uollss……derang ni mmg betul2 membeli-belah…..lepas BELI terus BLAH…hihihi…tak sampai 10 minit pastu, derang pakat beramai2 beratur kat lorong cashier plak!!……pening aku dgn style derang ni, menunggu nk masuk kedai lagi lama dari masa derang bershopping!!!!......mmg aku kagum lah dgn konsep ‘beli dan blah’ derang ni hahaha….mmg tak buang masa tul kan?….dan aku?? biasalahhhh……wellll u know me…….pompuan melayu terakhir!!! …..hahahaha tak boleh blahh!!! Oklah uollss …..wassalam ,…c u again!!!

August 7, 2010

~ KUSUT ~


Salam semua  ……just a short entry ....aku kena tempias 'angin' mana lah hari ni. Emosi  tak stabil l.... fikiran bercelaru ... jiwa pulak rasa kosong huhuhu…..tolonggglah!! Tak suka tau!!! mcm2 perasaan ku ada sekarang ni, rindu, sedih, sayu, bengang, geram, marah (kat diri sendiri)..... arrrghhh malaslah nak citer!! Ku nak wat bodoh je tapi tak bolehh!!.......…. mana satu puncanya pun ku tak tau!!…....lagi lah buat fikiran ku kusut-masai ……nak keluar ke mana-mana pun dah takde mood, sib baik tak janji dgn frens outing hari ni…. aku jadi betul2 malass nak jumpa orang !!   if somi ku tau ni, harus kena tebal tinge kena bebel...

Gggrrrrr......
tido mlm tadi punya la nyenyak….letak kepala kt bantal je terus lelap sampai ke pagi. Alih2 bangun pagi  ni dh jadi mcm ni ...issshhhhh, apa nak buat ni???..nyampah tul lah  ….. ada sesapa tau doa untuk hilangkan bad feeling ni…..??? bencinyaa aiii….!! benciii.....!!

August 1, 2010

~ Wakarimasen ~

Salam semua, buat apa di hari Ahad ni? Bersiap nak pi kenduri ke? Kebelakangan ni byk pulak jemputannya kan? Jemputan doa selamat, tahlil, cukur jambul pun ada, nikah –kahwin dah semestinya etc. Maklumlah kan dah nak masuk Ramadhan?.. pastu Syawal pulak.

Entri ku kali ni ttg tanggapan salah pasal Jepun. Benar kata orang, jauh perjalanan, luas pengalaman. Teringat datuk & nenek ku masa pulang dari menunaikan haji lebih 30 tahun yang lalu. Setiap hari ada je yang datang menziarah..tak kira lah siang, malam. Selain menziarah, nak mendengar cerita  pengalaman di negara luar. Masing2 berkerut dahi cuba nak membayangkan apa yg diciterkan. Masa tu ramai yang beranggapan, Mekah ni hanya lah padang pasir, langsung takde rumah. Pengangkutan utama pulak unta, dan hari2 makan buah kurma sebagai ganti makanan ruji…kan? Itu lah tanggapan masa tu....
Tak pelik  kalau ada yang beranggapan  salah pada sesuatu tempat, termasuk lah Jepun ni. Even sekarang ni pun....bukan takde maklumat di media cetak / elektronik…tapi dah jadi kebiasaan kita, bila takde keperluan nak tau, kita tak berusaha untuk amik tau.. Sekadar mengiyakan cerita yang di dengar, .....apa lah nak di kisah kan...yer tak?
Jadi di sini aku tulis sedikit sebanyak stereotype yang salah pasal Jepun. Kalau korang pun beranggapan yg sama ehehehe….jgn risau..sebab aku dolu2 pun penah jgk bayangkan hal yang sama:

     (1) Negara Jepun ni  hanya ada bandar semata-mata
Kalau ada yg fikir camni, kita serupa,...... ku maafkan ekekekeke Sebelum  menjejak kaki di bumi Nihon ni tahun lepas, punyalah naifnya aku ni (cek tak bersalah no.., dlm movie otomen mana ada kampung? semua bandar je kan? haa salah kan otomen tu!!)....dok ingat lah jepun ni hanya ada bandar semata-mata. Ku fikir, tak wujud lah kampung, sawah etc ni semer ( ....apa kelasss, Jepun nak ada kampung kan? Ehehe) Jadi betapa terkejutnya aku bila kena stayed di daerah dekat dengan kampung nelayan. All the way dalam train ke tempat tu, aku  nampak hanyarumah kampung!! yang rapat2 antara satu sama lain,  berkongsi bumbung, nampak gunung-ganang, dan sawah padi.....

(2) Hari-hari makan sushi, macam makan nasi
Kalau dah tekak melayu, ko letak ler apa2 pun, mmg nak pekena nasi jugakk of course ler sushi boleh dapat hari2, kat cool storage food mart derang setiap hari ada sushi.Tapiii.... larat ke nak ngadap tu je? Satu hal lagik.... harganya sushi ni, bukan murah  tau ...... dan bukannya kenyanng pun mkn sushi ni (mau sushi lover  boikot blogs aku lepas ni, ampunnn). Sushi ni ada mcm2 bentuk dan jenis, mmg cantik presentation nya …sebahagian besarnya adalah seafood tapi sesetgh sushi jenis roll tu ada berintikan  daging, dah tentu tak halal bagi kita org Islam. Sos pencicahnya pun kena hati2 jgk, walaupun berasaskan soya tapi ada yg bercampur dgn mirin/sake sbg penyedap rasa....

(3) Perempuan Jepun macam Oshin


Haaa this drama ahh, ai tell you….bestttt! Ai dulu one of its 'kipas susah mati’a.k.a die hard fan drama oshin ni wakakakaka….sampai satu tahap Maksu gelar aku Oshin…fuhhh…kembang semangkukkkk, … tengkiu MakSu!!.... bagi aku sengih 24/7 je

Aku pun dulu-dulu selalu bayangkan pompuan jepun ni semua macam Oshin ni …..ibarat pompuan timur terakhir lah kan? Dari segi pakaian, sikap, sifat semua penuh kelembutan. Tapi sekrg ni.... hhmmm ku tarik balik lah tanggapan ku itu....derang punya dressing style….mak aiihh, mmg trendy dan  berani mati nya fesyen. Org jepun ni susah nk jumpa yg gemuk. Dalam 100 mungkin sorang je kot, semua saiz S je.....ehehe nak-nak musim panas ni...pegi ofis pun boleh pakai bot ada labuci mcm nak perform konsert rock,  ko jgn main2.....kau ada? Ehehehehe……….. nextttt.

        (4)      Barang elektronik murah
Yang ni mmg stereotype .. kita selalu fikir, Jepun ni pengeluar barangan elektronik jadi for sure lah murah kan? alaahh umpama kerepok lekor pantai timur dgn KL lah. Dah tentu ler kat pantai timur dpt yg lebih murah & sedap kan? Sooo, ....tak heranlah kalau ramai yg mengirim belikan kamera, calculator, handphone.....apa2 electronic gadget yg ada….tapi yang tak bestnya ...pesan aje, ongkos nya mana ya ?? ehehehe………gurauu, jgn mareee.

Sebenar harganya tak lah banyak beza sgt kecuali kalau ada yg sale besar seperti new year sale baru lah dpt best price…selain daripada itu, kalo murah pun, mungkin murah sikit aje. Satu lagi style jepun ni, dia suka shopping online di auction/kedai internet. Jadi kalau pandai cari, mmg boleh dpt yg reasonable harganya, but still takde lah murah sgt, so-so je...

5)  (5) Senang  nak jumpa samurai, ninja, ultraman, doraemon 
Watchaaaaa…ehehehe, yg ni for sure bukan masalah steoretype tapi masalah pengaruh  TV di kalangan kanak2….apa sayang ingat makhluk2 ni berkeliaran kat bandar jepun ni ke? ?? alahai sayanggg oii………nak cari patung nya pun susah , apatah lagi nk jumpa.
Apa2 hal pun….org jepun ni mmg suka dgn karakter kartun, kalau tengok iklan derang, education material, posting, buku etc mmg akan diselitkan dengan karakter yg ceria. Komik mmg banyakk. Mungkin itu salah satu cara Nihon ni nak release kan tension or stress kerja derang kot. Kan ke derang ni antara bangsa yg dikategorikan sbg workaholic…..? Sbb tu kartun /animasi ni byk dari Jepun  ......

OKlah semua......cukuplah tu dulu yer buat masa ni, ...pening pulak  korang baca pjg2 karang. Kalau ada apa2 lagi akan ku tambah di lain N3.. till now, enjoy weekend…………c u again!



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails