August 1, 2010

~ Wakarimasen ~

Salam semua, buat apa di hari Ahad ni? Bersiap nak pi kenduri ke? Kebelakangan ni byk pulak jemputannya kan? Jemputan doa selamat, tahlil, cukur jambul pun ada, nikah –kahwin dah semestinya etc. Maklumlah kan dah nak masuk Ramadhan?.. pastu Syawal pulak.

Entri ku kali ni ttg tanggapan salah pasal Jepun. Benar kata orang, jauh perjalanan, luas pengalaman. Teringat datuk & nenek ku masa pulang dari menunaikan haji lebih 30 tahun yang lalu. Setiap hari ada je yang datang menziarah..tak kira lah siang, malam. Selain menziarah, nak mendengar cerita  pengalaman di negara luar. Masing2 berkerut dahi cuba nak membayangkan apa yg diciterkan. Masa tu ramai yang beranggapan, Mekah ni hanya lah padang pasir, langsung takde rumah. Pengangkutan utama pulak unta, dan hari2 makan buah kurma sebagai ganti makanan ruji…kan? Itu lah tanggapan masa tu....
Tak pelik  kalau ada yang beranggapan  salah pada sesuatu tempat, termasuk lah Jepun ni. Even sekarang ni pun....bukan takde maklumat di media cetak / elektronik…tapi dah jadi kebiasaan kita, bila takde keperluan nak tau, kita tak berusaha untuk amik tau.. Sekadar mengiyakan cerita yang di dengar, .....apa lah nak di kisah kan...yer tak?
Jadi di sini aku tulis sedikit sebanyak stereotype yang salah pasal Jepun. Kalau korang pun beranggapan yg sama ehehehe….jgn risau..sebab aku dolu2 pun penah jgk bayangkan hal yang sama:

     (1) Negara Jepun ni  hanya ada bandar semata-mata
Kalau ada yg fikir camni, kita serupa,...... ku maafkan ekekekeke Sebelum  menjejak kaki di bumi Nihon ni tahun lepas, punyalah naifnya aku ni (cek tak bersalah no.., dlm movie otomen mana ada kampung? semua bandar je kan? haa salah kan otomen tu!!)....dok ingat lah jepun ni hanya ada bandar semata-mata. Ku fikir, tak wujud lah kampung, sawah etc ni semer ( ....apa kelasss, Jepun nak ada kampung kan? Ehehe) Jadi betapa terkejutnya aku bila kena stayed di daerah dekat dengan kampung nelayan. All the way dalam train ke tempat tu, aku  nampak hanyarumah kampung!! yang rapat2 antara satu sama lain,  berkongsi bumbung, nampak gunung-ganang, dan sawah padi.....

(2) Hari-hari makan sushi, macam makan nasi
Kalau dah tekak melayu, ko letak ler apa2 pun, mmg nak pekena nasi jugakk of course ler sushi boleh dapat hari2, kat cool storage food mart derang setiap hari ada sushi.Tapiii.... larat ke nak ngadap tu je? Satu hal lagik.... harganya sushi ni, bukan murah  tau ...... dan bukannya kenyanng pun mkn sushi ni (mau sushi lover  boikot blogs aku lepas ni, ampunnn). Sushi ni ada mcm2 bentuk dan jenis, mmg cantik presentation nya …sebahagian besarnya adalah seafood tapi sesetgh sushi jenis roll tu ada berintikan  daging, dah tentu tak halal bagi kita org Islam. Sos pencicahnya pun kena hati2 jgk, walaupun berasaskan soya tapi ada yg bercampur dgn mirin/sake sbg penyedap rasa....

(3) Perempuan Jepun macam Oshin


Haaa this drama ahh, ai tell you….bestttt! Ai dulu one of its 'kipas susah mati’a.k.a die hard fan drama oshin ni wakakakaka….sampai satu tahap Maksu gelar aku Oshin…fuhhh…kembang semangkukkkk, … tengkiu MakSu!!.... bagi aku sengih 24/7 je

Aku pun dulu-dulu selalu bayangkan pompuan jepun ni semua macam Oshin ni …..ibarat pompuan timur terakhir lah kan? Dari segi pakaian, sikap, sifat semua penuh kelembutan. Tapi sekrg ni.... hhmmm ku tarik balik lah tanggapan ku itu....derang punya dressing style….mak aiihh, mmg trendy dan  berani mati nya fesyen. Org jepun ni susah nk jumpa yg gemuk. Dalam 100 mungkin sorang je kot, semua saiz S je.....ehehe nak-nak musim panas ni...pegi ofis pun boleh pakai bot ada labuci mcm nak perform konsert rock,  ko jgn main2.....kau ada? Ehehehehe……….. nextttt.

        (4)      Barang elektronik murah
Yang ni mmg stereotype .. kita selalu fikir, Jepun ni pengeluar barangan elektronik jadi for sure lah murah kan? alaahh umpama kerepok lekor pantai timur dgn KL lah. Dah tentu ler kat pantai timur dpt yg lebih murah & sedap kan? Sooo, ....tak heranlah kalau ramai yg mengirim belikan kamera, calculator, handphone.....apa2 electronic gadget yg ada….tapi yang tak bestnya ...pesan aje, ongkos nya mana ya ?? ehehehe………gurauu, jgn mareee.

Sebenar harganya tak lah banyak beza sgt kecuali kalau ada yg sale besar seperti new year sale baru lah dpt best price…selain daripada itu, kalo murah pun, mungkin murah sikit aje. Satu lagi style jepun ni, dia suka shopping online di auction/kedai internet. Jadi kalau pandai cari, mmg boleh dpt yg reasonable harganya, but still takde lah murah sgt, so-so je...

5)  (5) Senang  nak jumpa samurai, ninja, ultraman, doraemon 
Watchaaaaa…ehehehe, yg ni for sure bukan masalah steoretype tapi masalah pengaruh  TV di kalangan kanak2….apa sayang ingat makhluk2 ni berkeliaran kat bandar jepun ni ke? ?? alahai sayanggg oii………nak cari patung nya pun susah , apatah lagi nk jumpa.
Apa2 hal pun….org jepun ni mmg suka dgn karakter kartun, kalau tengok iklan derang, education material, posting, buku etc mmg akan diselitkan dengan karakter yg ceria. Komik mmg banyakk. Mungkin itu salah satu cara Nihon ni nak release kan tension or stress kerja derang kot. Kan ke derang ni antara bangsa yg dikategorikan sbg workaholic…..? Sbb tu kartun /animasi ni byk dari Jepun  ......

OKlah semua......cukuplah tu dulu yer buat masa ni, ...pening pulak  korang baca pjg2 karang. Kalau ada apa2 lagi akan ku tambah di lain N3.. till now, enjoy weekend…………c u again!



No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails