August 13, 2010

~Selamat Berpuasa~


Ramadhan datang lagi. Alhamdulillah syukur kita diberi kesempatan bertemu Ramadhan lagi tahun ini. Sebak rasanya bila mengenangkan ada yang meninggalkan kita sebelum sempat bertemu Ramadhan . Antaranya ialah nenek saudara ku sendiri. Al-Fatihah untuk mu nek Anjang semoga roh mu dicucuri rahmat Illahi dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman,amin ya rabal alamin.
Bercerita pasal pergi tak kembali ni, teringat ku pada text ringkas YM anak ku :
xxxxxxxxx (8/9/2010 10:52:16 PM): mama sedih tau ayat ni mak syasya meninggal Dunia! syasya dengan ayahnya cerdera ringan sahaja. nak tau ceritanya ada
xxxxxxxxx (8/9/2010 11:09:08 PM): maaf tertekan send. ceritanya ada kereta syasya lepastu ada kereta besar mak syasya terngongak lepas tu kereta syasya dinaiki kereta besar itu, kemudian mak syasya terkena hempakan kerata besar itu. Kan masa itu mak ngongak habis patah tulang kepala mak syasya. AL Fatihah. itu yang pertama, yang kedua ustazah salwani cakap mama raqip tak ada bulan raya tapi tidak mennggal dunia tetapi walau pun tak ada bulan raya tapi ada mama waktu depan tetapi mak syasya pergi tak kembali!
 Huhuhuu sedih!!! walaupun ayatnya tak sesempurna mana, tapi mesejnya buat aku insaf dan bersyukur. 
Insaf ku kerana mesejnya mengingatkan aku dunia ni hanya persinggahan untuk semua yang bernyawa. Syukur ku kerana sedar walaupun berjauhan tapi kita masih ada peluang untuk bertemu lagi Insha-Allah. Bukannya pergi tak kembali...
Sebelum terlambat, Selamat Menjalani Ibadah Puasa Ramadhan Al-Mubarak. Semoga kita semua diberi kesabaran dan ketabahan untuk menjalaninya. Semoga kehadiran Ramadhan kali ini meninggalkan kesan ke dalam hati serta menambahkan iman dan amal kita...amin.

2 comments:

  1. emmm ye betul tu... bersyukur kerana kita masih bernyawa untuk menikmati keindahan dunia ciptaan tuhan bersama yang tersayang. perpisahan ini hanya sementara... cheeewaaahhh...

    but, really, untuk mereka yang PERGI TIDAK KEMBALI... hmmmm, semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh mereka. yang ditinggalkan, pasti lebih terkesan.

    ReplyDelete
  2. betul...berpisah sementara tak sama dengan yang selamanya.....tapi yg pasti kita semua ttp akan berpisah jgk satu hari nnt....'hidup itu janji, mati itu pasti'

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails