Assalammua’alaikum
Aku suka sangat makan veggie salad. Uikkss tetiba je kau. Citer pasal
makan. Punya la pelahap, lama tak memblogs tetiba je terus citer pasal
makanan hahaha Aku suka salad sebab dressingnya sedap. For me, thousand
island is the best dressing ever. Dah tried semua jenis tapi tetap
cinta abadi kat seribu pulau ni. Selain dressingnya sedap, rasa sayur2an tu
pun fresh banget. Dah namanya pun sayur mentah, sure la fresh
kan? Tak hagak2 kalau oshanira ni nak exaggerate fakta Ahakss !! Tapi serious
ni , lain macam rasanya kalau dapat makan sayur mentah. Teringat aku kat temah time
kami sesama training di bumi nihon 2 thn lepas. Hampir setiap hari aku gi
beli veggie salad ni. Diet? Eehhh, takde maknanya diet, diet ni. Rugi
tau hahahaha nasi berlauk pun aku makan mcm kat Malaysia jugak. Salad ni
ganti kudapan ku je sebab kerepek bawang, tempeyek semua tu takde kat sanun
wahahahahaha Tekak melayu kan, mmg kena makan nasi juga, kalau tak
gigilll . Ok, ok back to story mory kita....alkisahnya, cik temah ni dah lama declared
dia dah set war dengan food spesis kaler hijau ni. Tak tau ler
kenapa. Apa dosa sayur tu kat kau temah??? Tapi kan, dah hari-hari aku paksa
dia meneman aku gi beli salad kat kedai 7-11, sampai satu masa tu dia sudah
masuk 'jerat'. Temah pun nak coba itu salad daa. Mulanya temah tu terfikir... napa ler si kiah ni suka sangat makan
sayur, dah macam kambing ghopernye (part ni aku saja tambah)
hahahahha lepas tu dengan temah sekali terjebak !! Haaaa kan? aku dah cakap kau temahhh...
sedap tau sayur-sayur ni. Sebab tu kambing, lembu, zirafah semua suka ratah
benda2 hijau ni Wahahahahaha
Hari ni aku nak citer pasal satu jenis salad lagi ...fruit salad.
Cuaca panas tadi, tetiba rasa cam nak makan benda sejuk. Aku bangun gi buka fridge,
nampak aiskrim. Tettt....reject! Sebab aku tak gemar aiskrim. Intai lagi, nampak ada buah-buahan
hhmm cam tak best je kalau makan epal sebijik , pehtu sure nak makan oren
sebijik pulak kan? Akhirnya berbiji-biji dan aku pun kekenyangan, haisshhh tak moh, tak moh,
bukannya aku lapar. Aku nak cari something yg menyejukkan tekak je. Godek-godek lagi jumpa lak mayonis. Ligat otak aku mikir nak buat apa dgn benda2
ni, akhirnya TAADDAAAA...terhasil la fruit salad yang seksi ini hahahahaaha
bukan aje potongan kiub.. potongan piramid, hexagon, pentagon semua ada :P |
Sheedapp ... bukan nak lifting
up my own laundry basket hokay ehehehe serious sedap ni. Boleh hilang
stress tau, sebab ada pelbagai warna. Umpama terapi warna wahahahahaha time kunyah tu macam2 rasa ada: masam, manis, masin
…terbaeekkk. Resipi nya ~ pelbagai buah-buahan (potong kiub, rendam dalam air
garam sekejap) kismis, mayonis dan gula. Sukatan? Ikut suka hati la la la. Buat
banyak-banyak dan simpan dalam fridge. Bila nak makan je, boleh buka fridge,
bila nak buka fridge aje, boleh makan hahahaha
p/s: selamat hari raya dan maaf zahir, batin
hahahaaaa.. mak temah dah belajo makan sayo ke mak kiah oiiii... tekejot beta mendengarnya... bagai mendengar guruh berdentom di tepi coping telinga... :D
ReplyDeletehahaha percaya laa....tapi 2 thn lepas le, now tak tau. kot gaduh semula dgn sayo mayo tu ....temahh cer mu 'membela diri' sekarang juga :D:D
ReplyDelete