ehsan google |
Laksa
la pulokkk!!! Tak habis2 lagi citer pasal food. Nak buat macam mana, sekarang
ni kan musim ‘makan-makan’ setiap minggu ada je jemputan kenduri kahwin, open house raya sana-sini. Sampai dah tak tau nak makan apa. Rezeki Allah SWT, Alhamdulillah.
Sehari
dua ni aku makan laksa asam pagi-petang, siang-malam. Kesnya... dah terrr
masak (ye ke 'terrr' tu? ahakss!) satu periuk atas permintaan anak dara cilik aka Adek yang tiba-tiba jadi
penggemar laksa. Selera baru kot .. selepas balik open house pengasuh nya minggu lepas. Bukan tak
pernah jamu laksa sebelum ni. Ada yang aku masak sendiri, ada yang beli. Semuanya dia reject kononnya takk shedapp laa, Adek tak suka ikan!!!! Apa tak nya, faveret dia cuma telur, sosej dan ayam je.
Ntah apa seleranya kali ni, jadi penggemar laksa pulak. Tengah2 malam boleh request minta mama masak laksa haruu! Sekali makan tak cukup
semangkuk, menambah nambah. Aku?? of course la sukerrr sgt sebab dah ada
geng makan laksa heh heh heh lagipun aku nak sangat Adek makan ikan daripada hadap processed food je.
Aku mmg peminat tegar laksa. Tak kira la,
subuh ke, tgh malam ke, boleh je on makan laksa ni. Paling suka jenis laksa
asam… lagi masam & pedas lagi best!! Yang penting, kuah mau pekat maa….!!! Kebanyakan yang jual tu, cayorrr jer kuahnya. Masam je lebih, ikan nya sorok kat mana kak???
Kali
ni bukan nak citer pasal resipi laksa. Malu la aiii, baru je menuntut ilmu dengan cik
temah hihihih Kali ni nak share info pasal berdiet dengan laksa ewaahhh boleh ke berdiet tuu??? Kalu sekali hadap
mau 2-3 mangkuk hahahaha sebenarnya boleh sesangat, cuma disiplin kena tinggi, faham
nutrisi2 yang ada. Semangkuk laksa tu dah lengkap nutrisinya untuk berdiet ada karbo, protein
dan lemak. Secara kasarnya semangkuk hidangan laksa asam tu (bukan laksa kuah lemak macam laksam etc.) anggaran beratnya
450g, mempunyai tenaga kira-kira 413 kcal.
Aku dapat info ni pun dari blog dhieranottie
. So, for those yang bersaiz mcm aku ni boleh la makan 2-3 mangkuk laksa
sehari eewahhhh just nice laa tu tak? (yer la tu kan?…..mcm tak cukup je rasanya 2-3
mangkuk ni hihihih) Mind you makan laksa
je tau… lepas tu dah tak boleh makan menu lain dah !!!
Sapa
cakap laksa ni kategori makanan kampung? hiisshhhh rugi ... banyak
khasiatnya. Kalau uolls tak caya cer baca kat blog susu sejat ni - Berdiet dengan Laksa . Setiap bahan dalam laksa tu ada khasiatnya. So apa lagi, jom la
kita makan laksa !! ( perhatian, ini bukan entry berbayar oleh persatuan laksa sedunia hokay heh heh heh)
p/s: bila la nak berdiet ni.....huhuhu
No comments:
Post a Comment