August 15, 2012

~ Al Fatihah Untuk Arwah Nek Timat ~


Selasa 14 Ogos 2012 bersamaan 25 Ramadhan 1433H,  tepat jam 10.20 malam menerima perkhabaran nenek tercinta (ibu kepada ayahanda ku) yang sakit tua sekian lama telah pergi buat selamanya sejam yang lalu…innalillahiwainnailaihirrojiun.

Ternyata Allah lebih menyayangi mu nenek. DijemputNya tatkala ahli keluarga (adik beradik ayah seramai 10 orang) merancang untuk menyambut lebaran bersama arwah di kampung Narum, Marudi Sarawak. Mati itu pasti, setiap jiwa yang bernyawa pasti menempuh kematian. Kita sebagai hambaNya hanya mampu merancang, namun Allah yang menentukan segalanya.

Nek Timat … Onie doakan nenek tenang di sana di samping arwah atuk@Nek Nying tercinta. Semoga roh mu nenek  sentiasa di cucuri rahmati Allah, diterima segala amal ibadah dan di tempatkan  di kalangan orang-orang yang beriman.

Amin Ya Rabal Alamin

Al Fatihah….

p/s: bapak… sampaikan ciuman onie sekeluarga untuk jasad nenek buat kali terakhir ye.. :’(


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails