August 24, 2010

~SaKiT KePaLa~


Assalammua’alaikum…saja nak update blogs pepagi ni. Sambil bersahur, sambil updating, sambil blogswalking ...3 in 1. Hhmmm rasa tak selesa betul aku ni…macam biasa la sakit kepala menyerang lagi!! Aku paling tak suka bila dah diserang sakit kepala...berdengung kepala ni tau!! Rasa macam dok dlm tong pastu ada org ketuk dari luar huhuhu.........segala benda tak kena jadiknya, boleh jadi moody!!

Aku kena serang sakit kepala sejak dari sekolah rendah lagi… orang kata aku ada migrain. Simptom migrain tu mmg la ada...tapi aku tak nak  'mengaku' aku ada migrain ...tak suka laa.. mcm ada penyakit lak!! Keadaan semakin teruk bila masuk sekolah menengah... bila sakit melanda, pendengaran pun boleh  jadi kurang, penglihatan jadi blur. Biasanya aku diserang sakit kepala ni bila aku stress, nak peyod dan mengalami perubahan cahaya yg sangattt terang...

Kalau kena sakit kepala mmg selalunya aku makan ubat tahan sakit je....dulu aku amik panadol. Tapi sekarang ni dah mcm tak bagi kesan...dah immune agaknya. Kena amik ubat tahan sakit dos yg lagi kuat...bahaya ke tak huh? Sambil blogswalking ni, aku terbaca petua /tips untuk mengurangkan sakit kepala, meh kita share...

1. Berbekam
Dalam Islam disarankan untuk berbekam sabagai salah satu cara merawat penyakit. Bukan sahaja untuk migrain malah digunakan untuk merawat pelbagai jenis penyakit. Diriwayatkan oleh Anas bin Malik r.a., "Bahawa Rasulullah saw pernah berbekam ketika Baginda berada dalam keadaan berihram daripada sakit yag dirasakan di kepala Baginda".
Aku tak pernah cuba lagi berbekam...tapi rasanya, aku tak akan cuba kot...seriyau tengok darah ni huhuhu…..

2. Sujud
Petua paling bagus untuk menghilangkan sakit kepala ialah dengan bersujud panjang pada sujud yg terakhir terutama sekali waktu solat subuh. Otak manusia memerlukan darah yg cukup utk berfungsi secara normal. Tetapi ada beberapa urat saraf yg tidak dimasuki oleh darah dan hanya dengan bersujud barulah darah akan mengalir ke bahagian urat saraf tu..Semasa  sujud tu boleh lah berdoa ...Insya Allah, sakit kepala akan semakin berkurang.

3. Urut kepala dengan perahan Limau Nipis
Petua ni dari atuk ku...Masa kecik-kecik dulu bila anak-cucunya sakit kepala, ...atuk akan perahkan limau nipis di kepala dan urut kepala kitaorg sekali. Tak tau lah sejauh mana keberkesanannya pada orang lain…bagi aku kira berkesan lah jugak…ye lah, lain orang, lain cara rawatannya kan?

4. Ketawa
Tips ni aku biasa baca dlm artikel yang berbentuk motivasi. Mungkin jugak untuk sesapa yg sakit kepala sebab stress kot...bagi aku, bila dah sakit kepala melanda...dah tak koser nak senyum dan ketawa ni dah...boleh muncung aje.... siap dah boleh ikat muncung ku tu....ha ha ha

5. Rendam kaki dalam air suam
Petua ni pun biasa jugak aku dengar tapi aku tak cuba lagi. Nantilah aku cuba...seronok jugak kalau berkesan kan? ….mudah dan murah je petua ni.

6. Minum minuman isotonik
Yang ni pun aku dapat tau dari kawan .....biasa dengar derang buat dan berkesan. Tapi bagi aku tak berkesan mana…..sapa yg nak cuba tu boleh lah….kalau berkesan  tu  kena lah rajin simpan stok air isotonic ye. 

Oklah....jumpa lagi.....Wassalam
Image and video hosting by TinyPic

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails