August 30, 2010

~Lagu Raya~


Salam semua, sihat? Posting ku pagi ni pasal LAGU RAYA.... kat sana dah tentu mula meriah dengan lagu2 raya ni kan? Maklumlah lagi 10 hari nak raya.....semua dh dalam mood raya....setahun sekali.
Pepagi camni, kebiasaannya aku akan dengar Sinar FM (Capsules) …sambil2 bersiap nak ke kelas, sambil2 dengar celoteh KE, SY dan KRIL.....terhibur  gak layan 'kekecohan' derang bertiga …kdg2 tu boleh gelak sensorang ehehe...Tapi pagi ni lain pulak jadinya,....bila aku on aje Sinar Capsules  tadi, dengar satu lagu ni. Lagu lama nyanyian Allahyarhamah Rafeah Buang….BILA TAKBIR BERGEMA….. time sunyi sepi ni, jelas pulak aku dengar lirik dia ‘Bangun lah anakku, pakai baju baru..'…uwaaaa tiba2 ku rasa retak abis jantung aku ni…… sayu nyaaa aku ........tak boleh nak cakap lah !!
Selalunya aku lah org yg tertunggu2 lagu raya setiap tahun...mana taknya,, sambil buat biskut/kek raya malam2 buta,.. sementara nak bersahur aku pasang radio . Dapat dengar lagu raya, bertambah semangat aku uli adunan tu semer….tapi tahun ni tak sama kau. ....nak raya pun takde semangat dah
 isk, isk, isk...  nyesal aku buka Sinar Capsules tadii!!……..tak pasal2 je wat aku jadi sediih cam ni...oklah, jumpa lagi......
Image and video hosting by TinyPic


August 27, 2010

MGIF



Assalammua’alaikum…
Satu ungkapan ringkas untuk posting pendek pagi ni…
MY GOD IT’S FRIDAY…..!!!



lalalalala....end of the week…..esok cuti !!
Ok ….selamat berpuasa....semoga ceria semua
Image and video hosting by TinyPic

August 25, 2010

~KeNTanG GoReNG BeRTeLuR~


Salam semua.....uolls sihat?Alhamdulillah,aku pun sihat gak.....tapi petang ni aku diserang virus ‘M’ lerr, jahat virus tu!!! Buat kita jadi malas yg teramatttt lah sgt nya nak masak . Asalnya nak buat nasi goreng kampung jerk, mudah dan cepat. Tak masak karang, aku jugak yg lapar, nanti sapa susah?? akuu jugakk......so, gagahkan jgk diri ku yg dah sememangnya gagah ini..ehehe

 .......masa dok tgh ‘mengintai’ sayur dalam petiais, erpandang pulak cik kentang tgh tergolek santai hhmm....kalu makan kentang goreng time gini syokk jugak kan? Terus tukar plan  B ……asalnya nak wat kentang goreng ala-ala wedges kfc...tapiiii dalam keadaan ‘darurat’ ni…segala makneka rempah pun ku takde.. Pindah plak ke plan C... akhirnya jadi kentang goreng bertelur.. Biasanya org makan dengan nasi atau roti...tapi aku suka ratah cam tu jek. Ni laa menu aku utk berbuka hari ni….tadaaaaa!! 

Kentang Goreng Bertelur jerk…sedappp. Ai pun fefeeling jadi Sandra Bullock jap, makan kentang je ahakkss!! ...terasa cam nak tukar kaler biru, mata hitam  ni.. Menu ni mmg sesuai utk sesapa yg dilanda virus ‘M’ mcm aku ....ringkas dan sedap.....sapa yg teringin nak mencuba...ni resipi versi aku. Kalau tak sedap tu, pepandai lah uollss alter yer....layannn.

Bahan:
2 biji kentang
1 biji telur ayam
seulas bawang merah (dicincang)
Seulas bawang putih (dicincang)
Cendawan
Cili Api (pada yg suka pedas)
Lada hitam (secukup rasa)
Garam (Secukup rasa)
Kicap Tiram
Minyak untuk mengoreng
Daun Sup/Daun Bawang (dihiris halus)
Cara:
(1) Kupas kulit kentang dan potong mengikut bentuk yang disukai, rebus separuh masak dan toskan
(2) Panaskan minyak di dalam kuali, masukkan bawang yang telah dihiris
(4)Masukkan kentang dan cendawan
(5) Bila cendawan dah layu pecahkan telur dan gaul rata.
(6) Masukkan garam dan lada hitam secukup rasa
(7) Akhir sekali masukkan daun sup/daun bawang
Image and video hosting by TinyPic

August 24, 2010

~IKuT ReSmi PaDi....~

Salam semua...jeling apa tuuu? mata tu asyik pandang jam je dari tadi.. berapa lama lagi nak berbuka? Sabar ye ...Sabar tu separuh daripada iman.
Sesambil menunggu waktu berbuka ni, meh kita renung beberapa bidalan kata orang melayu dahulu...uolls ingat tak....."Ikut resmi padi makin tunduk makin berisi".  Maksudnya ….orang yang berilmu atau tinggi pangkatnya,semakin tinggi ilmu atau kedudukannya semakin merendah diri. Bukannya bermegah dengan apa yang dia ada. Walau setinggi mana pun kita menuntut ilmu kena lah sentiasa merendah diri. Lagi banyak kita menuntut ilmu, lebih banyak sebenarnya yg kita tak tahu. Hhmm...cuba pandang sekeliling, berapa ramai yg ikut resmi padi ni? Ada tak ? Ada tu mmg ada....tapi ramai jugak yang “Ikut resmi ayam, bertelur sebiji riuh sekampung”..oh tidakkkkk.
Sooo,.... uolls ikut resmi mana? ....Well ai cuma ikut surat rasmi je ...hahahaha jgn mare....
Eeheh……sekadar gurauan di ptg hari ...."Laughter is the best medicine for a bitter heart" kan ? Juga peringatan untuk diri sendiri, semoga sentiasa ingat ….. “Yang baik jadikan tauladan, yang buruk jadikan sempadan”.
Image and video hosting by TinyPic
Ok lah uollss jumpa lagi…selamat berbuka.....cau cin cau!!!

~SaKiT KePaLa~


Assalammua’alaikum…saja nak update blogs pepagi ni. Sambil bersahur, sambil updating, sambil blogswalking ...3 in 1. Hhmmm rasa tak selesa betul aku ni…macam biasa la sakit kepala menyerang lagi!! Aku paling tak suka bila dah diserang sakit kepala...berdengung kepala ni tau!! Rasa macam dok dlm tong pastu ada org ketuk dari luar huhuhu.........segala benda tak kena jadiknya, boleh jadi moody!!

Aku kena serang sakit kepala sejak dari sekolah rendah lagi… orang kata aku ada migrain. Simptom migrain tu mmg la ada...tapi aku tak nak  'mengaku' aku ada migrain ...tak suka laa.. mcm ada penyakit lak!! Keadaan semakin teruk bila masuk sekolah menengah... bila sakit melanda, pendengaran pun boleh  jadi kurang, penglihatan jadi blur. Biasanya aku diserang sakit kepala ni bila aku stress, nak peyod dan mengalami perubahan cahaya yg sangattt terang...

Kalau kena sakit kepala mmg selalunya aku makan ubat tahan sakit je....dulu aku amik panadol. Tapi sekarang ni dah mcm tak bagi kesan...dah immune agaknya. Kena amik ubat tahan sakit dos yg lagi kuat...bahaya ke tak huh? Sambil blogswalking ni, aku terbaca petua /tips untuk mengurangkan sakit kepala, meh kita share...

1. Berbekam
Dalam Islam disarankan untuk berbekam sabagai salah satu cara merawat penyakit. Bukan sahaja untuk migrain malah digunakan untuk merawat pelbagai jenis penyakit. Diriwayatkan oleh Anas bin Malik r.a., "Bahawa Rasulullah saw pernah berbekam ketika Baginda berada dalam keadaan berihram daripada sakit yag dirasakan di kepala Baginda".
Aku tak pernah cuba lagi berbekam...tapi rasanya, aku tak akan cuba kot...seriyau tengok darah ni huhuhu…..

2. Sujud
Petua paling bagus untuk menghilangkan sakit kepala ialah dengan bersujud panjang pada sujud yg terakhir terutama sekali waktu solat subuh. Otak manusia memerlukan darah yg cukup utk berfungsi secara normal. Tetapi ada beberapa urat saraf yg tidak dimasuki oleh darah dan hanya dengan bersujud barulah darah akan mengalir ke bahagian urat saraf tu..Semasa  sujud tu boleh lah berdoa ...Insya Allah, sakit kepala akan semakin berkurang.

3. Urut kepala dengan perahan Limau Nipis
Petua ni dari atuk ku...Masa kecik-kecik dulu bila anak-cucunya sakit kepala, ...atuk akan perahkan limau nipis di kepala dan urut kepala kitaorg sekali. Tak tau lah sejauh mana keberkesanannya pada orang lain…bagi aku kira berkesan lah jugak…ye lah, lain orang, lain cara rawatannya kan?

4. Ketawa
Tips ni aku biasa baca dlm artikel yang berbentuk motivasi. Mungkin jugak untuk sesapa yg sakit kepala sebab stress kot...bagi aku, bila dah sakit kepala melanda...dah tak koser nak senyum dan ketawa ni dah...boleh muncung aje.... siap dah boleh ikat muncung ku tu....ha ha ha

5. Rendam kaki dalam air suam
Petua ni pun biasa jugak aku dengar tapi aku tak cuba lagi. Nantilah aku cuba...seronok jugak kalau berkesan kan? ….mudah dan murah je petua ni.

6. Minum minuman isotonik
Yang ni pun aku dapat tau dari kawan .....biasa dengar derang buat dan berkesan. Tapi bagi aku tak berkesan mana…..sapa yg nak cuba tu boleh lah….kalau berkesan  tu  kena lah rajin simpan stok air isotonic ye. 

Oklah....jumpa lagi.....Wassalam
Image and video hosting by TinyPic

August 21, 2010

~ BuBuR PeDaS ~


 Salam semua. Ada yang tak puasa hari ni? ….puasa yang yok, siang-siang buka periuk hehe….dah plan menu apa utk berbuka nanti? ada yg spesel tak? Ok, aku pun dah lama tak share pasal food kan?                                   
Jadi hari ni aku  nak citer menu spesel bumi Sarawak ni BUBUR PEDAS. Uiihhh dah lama aku tak makan ni tau haiyyoooo.  uolls penah rasa bubur ni tak? Pada yg belum tu, meh ai story pasal Cik Puan Bubur Pedas ni ehehe...
Bubur Pedas ni salah satu makanan wajib pada bulan Ramadhan di Sarawak. Kiranya kalau uolls nak makan, …kena tunggu Ramadhan jer, baru jumpa bubur ni ehehehe….TAKDE LAH!!  Aku gurau je. Hari-hari biasa pun boleh , apa salahnya ? Kita yang buat dia!! Cuma bubur ni lebih terkenal di bulan posa …. sepupu-sepapat bubur lambuk lah jgk ni. Nama je pedas tapi takdelah pedas meletup ehehe.....GEMPAK je!
Rasa bubur ni? hhhmm part ni subjektif sikit...tapi mmg sedap lah bagi orang yg suka jenis-jenis bubur ni. Jgn tak tau... ada jgk orang Sarawak yang tak suka bubur pedas. Kalau uolls  tanya aku…..of course lerr aku suka ….nak-nak pulak kalu mak or nenek aku yg masak…..perghh ULANG TAMBAH makan selagi tak abis …….isshh tak yah lerr citer panjang...wat aku terliur je…
Nak buat bubur pedas ni simple je tapi kena ada rempah@bumbu spesel nya. Bumbu nya ni pulak daripada beras yang digoreng tanpa minyak, kerisik dan rempah ratus…… apa rempah ratus nya huhuh uolls pi tanya pakcik google eh? aku pun tak tau  ahakss...
Ok , meh layan resipi lak…
  BAHAN-BAHANNYA:

1 pek bumbu bubur pedas ( campuran beras,rempah ratus dan kerisik)
3 ulas bawang merah (ditumbuk)
2 ulas bawang putih (ditumbuk)
Cili blend
Sedikit udang, ayam/daging
Jadung muda (dipotong bulat)
Kacang panjang (dipotong bulat)
Kentang (dipotong dadu)
Lobak (dipotong dadu)
Santan
Daun kunyit
Daun singkil/daun tebawan (cemane rupanya? ku pun tak tau!!)

CARA-CARANYA:
1) Rendam bumbu hingga kembang
2) Tumis bawang2 dan cili merah blend
3) Masukkan udang hidup, daging/ayam
4) Masukkan bumbu
5) Kemudian, masukkan sayur mcm jagung yg muda, kacang panjang, kentang, carrot
6) Masukkan sedikit santan
7) Akhir sekali masukkan garam dan daun kunyit & daun singkil @ daun tebawan

VOILLA!!……dah siap pun. Simple je kan?  Auni pun pun boleh masak kan sayang? 
Malangnya,  aku je yg  tak boleh sebabbbbbbb???… bumbunya ku lupa nak bawakk aisehhhh tahun depan ler jawabnya …… 
Selamat berbuka dan bertarawih. ….Wassalam

~SMaLL SToRY, BiG CHaNGe~

Salam semua. Ni mesti semua tgh sibuk nak bersahur kan?..apa menu sahur pagi ni? Aku kat sini dah selamat pun bersahur, dan nak abis waktu subuh pun.  
Sambil2 tu aku baca dan reply emel...macam-macam cerita ada...ok, hari ni aku nak share satu emel yg ku terima ehehe tq Mr SQ...         
   
 Professor began his class by holding up a glass with some water in it.  He held it up for all to see & asked the students
 
"How much do you think this glass weighs?"

'50gms!' ..... '100gms!' .....'125gms'  ...the students answered.

"I really don't know unless I weigh it," said the professor,
"but, my question is:

What would happen if I held it up like this for a few minutes?"

'Nothing' ..the students said.

'Ok what would happen if I held it up like this for an hour?' the
professor asked.

'Your arm would begin to ache' said one of the student

"You're right, now what would happen if I held it for a day?"

"Your arm could go numb, you might have severe muscle stress & paralysis &
have to go to hospital for sure!"
.. ventured another student & all the students laughed

"Very good.
But during all this, did the weight of the glass change?" asked the
professor.

'No'. Was the answer.

"Then what caused the arm ache & the muscle stress?"

The students were puzzled.

"What should I do now to come out of pain?" asked professor again.

"Put the glass down!" said one of the students

"Exactly!" said the professor.

"Life's problems are something like this.
Hold it for a few minutes in your head & they seem OK.

Think of them for a long time & they begin to ache.
Hold it even longer & they begin to paralyze you. You will not be able to
do anything..

It's important to think of the challenges or problems in your life,
But EVEN MORE IMPORTANT is to 'PUT THEM DOWN' at the end of every day
before You go to sleep...

That way, you are not stressed, you wake up every day fresh &strong & can
handle any issue, any challenge that comes your way!"

So, when you leave office today, Remember to ' PUT THE GLASS DOWN ! '

So, uolls? Mcm mana, betul tak? Mulai hari ni kena sama-sama Put The Glass Down tiap kali balik kerja ok...jumpa lagi!!

Wassalam 
Image and video hosting by TinyPic

August 16, 2010

~ Pernah Tak?~

Salam berbuka puasa semua!! alhamdulillah aku dah pun berbuka 2 jam yg lepas... menu ala kadar je ... kurma, nasi putih, ikan goreng bercili dan teh-o panas. Sambil termenung makan mengadap lappy ni teringat aku kat sesuatu . Jadi aku nak kongsikan dgn uolls dlm entri kali ni….
Uolls penah tak alami situasi mcm ni...teringin sgt nak makan sesuatu... tapi takat teringin jer, takde lah sibuk  dapatkan or carikan... mcm org mengidam jadi kecur liur je...alih-alih tghari or petang tu kan.. ada pulak hamba Allah yg hulurkan food korang inginkan sgt tadi tu? Walhal org tu tak tau pun ‘keinginan’ uolls dan korang  pun takde lah cakap kat sesiapa pasal tu.  ATAUU... penah tak, tiba2 teringat kat kawan lama yg dah lama saaangat uolls tak contact ....alih-alih lepas teringat kat dia...korang  terima emel atau sms dari dia pulak?? Pernah tak alami situasi mcm ni? Pernah ye, pelik kan?? ... selalu  jgk hal2 mcm tu berlaku kat aku... but part yg paling aku suka saangat, ……bila teringin nak makan sesuatu,  alih2 somi balik kerja petang tu tapaukan food yg diidam kan tu huhuhu bestnyaaa….walaupun aku tak gitau dia pasal tu ehehehe…till now, aku masih berfikir......mcm mana boleh berlaku semua tu ?
So, sekrg ni ....dgn tak malunya, aci tak? Kalau aku  teringin nak mkn cendol dgn nasi kerabu…..huhuhuhu...agak2 lah kan? aku boleh dapat tak mlm ni???....hehehe  toksah berangan!!!……… kirim salam rindu je pada cendol dgn nasi kerabu tu......ku tunggu sampai minggu depan pun tak akan dapat nya huhuhu….
ok lah...... c uolls again…wassalam
Image and video hosting by TinyPic



August 14, 2010

~ Sahur ~

Salam semua…sahur apa pagi ni? …makan lah apa-apa pun kan?... janji halal hihihi…..walaupun sekadar minum segelas air suam….yang penting kita bersahur dan berniat untuk berpuasa….
Pagi ni ‘sebelum subuh’ lagi aku dah ‘merayau’-blogswalking ni ha ha ha…sambil2 update blog . Ntah nape pagi ni  susah pulak nak lelap semula…. selalunya mudah je. Maybe dah terlebih tidur kot..tapi yg tak bestnya….time mcm ni lah, boleh terkenang pulak kat family  jauh di sana. Hhmm… apa lah agaknya derang buat sekarang ni yer? Maybe  ayahnya tengah sibuk kejutkan anak bangun sahur kott… alaaahai, sayu pulak rasanya huhuhu sabar, sabar…
Dah lama tak sahur sensorang mcm ni, ….terimbau zaman  study dan stayed asrama dulu-dulu ehehe…terasa cam student lah pulokkk….. cewahh!! verangan…..ehehe . 
Wassalam

August 13, 2010

~Selamat Berpuasa~


Ramadhan datang lagi. Alhamdulillah syukur kita diberi kesempatan bertemu Ramadhan lagi tahun ini. Sebak rasanya bila mengenangkan ada yang meninggalkan kita sebelum sempat bertemu Ramadhan . Antaranya ialah nenek saudara ku sendiri. Al-Fatihah untuk mu nek Anjang semoga roh mu dicucuri rahmat Illahi dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman,amin ya rabal alamin.
Bercerita pasal pergi tak kembali ni, teringat ku pada text ringkas YM anak ku :
xxxxxxxxx (8/9/2010 10:52:16 PM): mama sedih tau ayat ni mak syasya meninggal Dunia! syasya dengan ayahnya cerdera ringan sahaja. nak tau ceritanya ada
xxxxxxxxx (8/9/2010 11:09:08 PM): maaf tertekan send. ceritanya ada kereta syasya lepastu ada kereta besar mak syasya terngongak lepas tu kereta syasya dinaiki kereta besar itu, kemudian mak syasya terkena hempakan kerata besar itu. Kan masa itu mak ngongak habis patah tulang kepala mak syasya. AL Fatihah. itu yang pertama, yang kedua ustazah salwani cakap mama raqip tak ada bulan raya tapi tidak mennggal dunia tetapi walau pun tak ada bulan raya tapi ada mama waktu depan tetapi mak syasya pergi tak kembali!
 Huhuhuu sedih!!! walaupun ayatnya tak sesempurna mana, tapi mesejnya buat aku insaf dan bersyukur. 
Insaf ku kerana mesejnya mengingatkan aku dunia ni hanya persinggahan untuk semua yang bernyawa. Syukur ku kerana sedar walaupun berjauhan tapi kita masih ada peluang untuk bertemu lagi Insha-Allah. Bukannya pergi tak kembali...
Sebelum terlambat, Selamat Menjalani Ibadah Puasa Ramadhan Al-Mubarak. Semoga kita semua diberi kesabaran dan ketabahan untuk menjalaninya. Semoga kehadiran Ramadhan kali ini meninggalkan kesan ke dalam hati serta menambahkan iman dan amal kita...amin.

August 8, 2010

~ Beli 'n' Blah ~

Salammm, …kejap je dah masuk ahad kan? ehehe…pejam celik, pejam celik dah pun 2 minggu ku kat sini…apa program hari ahad uolls? aku??....as usual ...dgn rutin mingguan ku… pegi grocery store, nak ‘top-up’ barang dapur yg dah semakin menyusut tu….lagipun 2-3 hari lagi kita dah nak berpuasa ….sebelum terlambat ku nak ucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak pada uoalss!!

Oklah berbalik pasal citer beli 'n' blah ni, …punya lah semangatnya aku pagi ni, … sampai terlupa yg kedai tu hanya mula buka kol 9.30 pagi. Aku plak dah tercongok dpn pintu kedai tu  lagi 5 min nak kol 9.00 !!! Hissshhh….lagi setengah jam nak menunggu…..mcm mana lah boleh terlupa ni .….takpelah ku tunggu jgk. Tapi bangga wehh,….. ku antara shopper yg pertama sampai , dlm listing TOP 3 tu !!! Hihihihi…tapi dlm masa tak sampai 5 minit menunggu, berduyun2 pulak yg dtg. Ropanya Nihon ni mmg suka dtg awal kot……pastu derang pakat beratur pjg depan pintu grocery store tu mcm beratur nk beli tiket wayang!!!……aku rasa fenomena yg hampir nak sama mcm ni hanya berlaku kat satu tempat tu…. sure korang leh teka kan?? Ha ha ha…betul!!! ……depan pintu bank / mesin ATM pada hari gaji!!!

Bila buka jerk pintu kedai tu,…..ya rabbi…… derang punya berebut nak masuk,….. sejibik mcm peserta program ‘shop till drop’ gayanya….sure korang penah tengok program tu kan?…gelojohnyaaaa…….aku pulak jadi termalu sekejap sebab?? aku sorang je yg masuk dgn gaya Wanita Melayu Terakhir, ala2 sopan gitu …bluweekkkk …ehehe

Part yg bestnya uollss……derang ni mmg betul2 membeli-belah…..lepas BELI terus BLAH…hihihi…tak sampai 10 minit pastu, derang pakat beramai2 beratur kat lorong cashier plak!!……pening aku dgn style derang ni, menunggu nk masuk kedai lagi lama dari masa derang bershopping!!!!......mmg aku kagum lah dgn konsep ‘beli dan blah’ derang ni hahaha….mmg tak buang masa tul kan?….dan aku?? biasalahhhh……wellll u know me…….pompuan melayu terakhir!!! …..hahahaha tak boleh blahh!!! Oklah uollss …..wassalam ,…c u again!!!

August 7, 2010

~ KUSUT ~


Salam semua  ……just a short entry ....aku kena tempias 'angin' mana lah hari ni. Emosi  tak stabil l.... fikiran bercelaru ... jiwa pulak rasa kosong huhuhu…..tolonggglah!! Tak suka tau!!! mcm2 perasaan ku ada sekarang ni, rindu, sedih, sayu, bengang, geram, marah (kat diri sendiri)..... arrrghhh malaslah nak citer!! Ku nak wat bodoh je tapi tak bolehh!!.......…. mana satu puncanya pun ku tak tau!!…....lagi lah buat fikiran ku kusut-masai ……nak keluar ke mana-mana pun dah takde mood, sib baik tak janji dgn frens outing hari ni…. aku jadi betul2 malass nak jumpa orang !!   if somi ku tau ni, harus kena tebal tinge kena bebel...

Gggrrrrr......
tido mlm tadi punya la nyenyak….letak kepala kt bantal je terus lelap sampai ke pagi. Alih2 bangun pagi  ni dh jadi mcm ni ...issshhhhh, apa nak buat ni???..nyampah tul lah  ….. ada sesapa tau doa untuk hilangkan bad feeling ni…..??? bencinyaa aiii….!! benciii.....!!

August 1, 2010

~ Wakarimasen ~

Salam semua, buat apa di hari Ahad ni? Bersiap nak pi kenduri ke? Kebelakangan ni byk pulak jemputannya kan? Jemputan doa selamat, tahlil, cukur jambul pun ada, nikah –kahwin dah semestinya etc. Maklumlah kan dah nak masuk Ramadhan?.. pastu Syawal pulak.

Entri ku kali ni ttg tanggapan salah pasal Jepun. Benar kata orang, jauh perjalanan, luas pengalaman. Teringat datuk & nenek ku masa pulang dari menunaikan haji lebih 30 tahun yang lalu. Setiap hari ada je yang datang menziarah..tak kira lah siang, malam. Selain menziarah, nak mendengar cerita  pengalaman di negara luar. Masing2 berkerut dahi cuba nak membayangkan apa yg diciterkan. Masa tu ramai yang beranggapan, Mekah ni hanya lah padang pasir, langsung takde rumah. Pengangkutan utama pulak unta, dan hari2 makan buah kurma sebagai ganti makanan ruji…kan? Itu lah tanggapan masa tu....
Tak pelik  kalau ada yang beranggapan  salah pada sesuatu tempat, termasuk lah Jepun ni. Even sekarang ni pun....bukan takde maklumat di media cetak / elektronik…tapi dah jadi kebiasaan kita, bila takde keperluan nak tau, kita tak berusaha untuk amik tau.. Sekadar mengiyakan cerita yang di dengar, .....apa lah nak di kisah kan...yer tak?
Jadi di sini aku tulis sedikit sebanyak stereotype yang salah pasal Jepun. Kalau korang pun beranggapan yg sama ehehehe….jgn risau..sebab aku dolu2 pun penah jgk bayangkan hal yang sama:

     (1) Negara Jepun ni  hanya ada bandar semata-mata
Kalau ada yg fikir camni, kita serupa,...... ku maafkan ekekekeke Sebelum  menjejak kaki di bumi Nihon ni tahun lepas, punyalah naifnya aku ni (cek tak bersalah no.., dlm movie otomen mana ada kampung? semua bandar je kan? haa salah kan otomen tu!!)....dok ingat lah jepun ni hanya ada bandar semata-mata. Ku fikir, tak wujud lah kampung, sawah etc ni semer ( ....apa kelasss, Jepun nak ada kampung kan? Ehehe) Jadi betapa terkejutnya aku bila kena stayed di daerah dekat dengan kampung nelayan. All the way dalam train ke tempat tu, aku  nampak hanyarumah kampung!! yang rapat2 antara satu sama lain,  berkongsi bumbung, nampak gunung-ganang, dan sawah padi.....

(2) Hari-hari makan sushi, macam makan nasi
Kalau dah tekak melayu, ko letak ler apa2 pun, mmg nak pekena nasi jugakk of course ler sushi boleh dapat hari2, kat cool storage food mart derang setiap hari ada sushi.Tapiii.... larat ke nak ngadap tu je? Satu hal lagik.... harganya sushi ni, bukan murah  tau ...... dan bukannya kenyanng pun mkn sushi ni (mau sushi lover  boikot blogs aku lepas ni, ampunnn). Sushi ni ada mcm2 bentuk dan jenis, mmg cantik presentation nya …sebahagian besarnya adalah seafood tapi sesetgh sushi jenis roll tu ada berintikan  daging, dah tentu tak halal bagi kita org Islam. Sos pencicahnya pun kena hati2 jgk, walaupun berasaskan soya tapi ada yg bercampur dgn mirin/sake sbg penyedap rasa....

(3) Perempuan Jepun macam Oshin


Haaa this drama ahh, ai tell you….bestttt! Ai dulu one of its 'kipas susah mati’a.k.a die hard fan drama oshin ni wakakakaka….sampai satu tahap Maksu gelar aku Oshin…fuhhh…kembang semangkukkkk, … tengkiu MakSu!!.... bagi aku sengih 24/7 je

Aku pun dulu-dulu selalu bayangkan pompuan jepun ni semua macam Oshin ni …..ibarat pompuan timur terakhir lah kan? Dari segi pakaian, sikap, sifat semua penuh kelembutan. Tapi sekrg ni.... hhmmm ku tarik balik lah tanggapan ku itu....derang punya dressing style….mak aiihh, mmg trendy dan  berani mati nya fesyen. Org jepun ni susah nk jumpa yg gemuk. Dalam 100 mungkin sorang je kot, semua saiz S je.....ehehe nak-nak musim panas ni...pegi ofis pun boleh pakai bot ada labuci mcm nak perform konsert rock,  ko jgn main2.....kau ada? Ehehehehe……….. nextttt.

        (4)      Barang elektronik murah
Yang ni mmg stereotype .. kita selalu fikir, Jepun ni pengeluar barangan elektronik jadi for sure lah murah kan? alaahh umpama kerepok lekor pantai timur dgn KL lah. Dah tentu ler kat pantai timur dpt yg lebih murah & sedap kan? Sooo, ....tak heranlah kalau ramai yg mengirim belikan kamera, calculator, handphone.....apa2 electronic gadget yg ada….tapi yang tak bestnya ...pesan aje, ongkos nya mana ya ?? ehehehe………gurauu, jgn mareee.

Sebenar harganya tak lah banyak beza sgt kecuali kalau ada yg sale besar seperti new year sale baru lah dpt best price…selain daripada itu, kalo murah pun, mungkin murah sikit aje. Satu lagi style jepun ni, dia suka shopping online di auction/kedai internet. Jadi kalau pandai cari, mmg boleh dpt yg reasonable harganya, but still takde lah murah sgt, so-so je...

5)  (5) Senang  nak jumpa samurai, ninja, ultraman, doraemon 
Watchaaaaa…ehehehe, yg ni for sure bukan masalah steoretype tapi masalah pengaruh  TV di kalangan kanak2….apa sayang ingat makhluk2 ni berkeliaran kat bandar jepun ni ke? ?? alahai sayanggg oii………nak cari patung nya pun susah , apatah lagi nk jumpa.
Apa2 hal pun….org jepun ni mmg suka dgn karakter kartun, kalau tengok iklan derang, education material, posting, buku etc mmg akan diselitkan dengan karakter yg ceria. Komik mmg banyakk. Mungkin itu salah satu cara Nihon ni nak release kan tension or stress kerja derang kot. Kan ke derang ni antara bangsa yg dikategorikan sbg workaholic…..? Sbb tu kartun /animasi ni byk dari Jepun  ......

OKlah semua......cukuplah tu dulu yer buat masa ni, ...pening pulak  korang baca pjg2 karang. Kalau ada apa2 lagi akan ku tambah di lain N3.. till now, enjoy weekend…………c u again!



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails