November 14, 2011

Musim Perkahwinan


Assalammua’alaikum.. Buat apa tu? Sedang menghitung hari ke ? Hitung jangan tak hitung dikk. Bukan selalu dapat jadi raja sehari ni. Pheeewiitttt!!! Tapi sehari je tau. Jangan berlebih dan berKALI pulak!! Ooppsss ada ler yg marah kat saya ni nanti. TAPI kalau dah jodoh tu ada, siapa lah kita untuk menidakkannya ye dak??… tak salah berulang kali jadi 'raja' (amboiii senyum lebar ye, sesapa yang berkenaan tu), asalkan lurus nawaitunya...

Dalam seminggu dua kebelakangan ni, dah banyak kenduri kahwin  berlangsung. Jemputan sedara-mara, sahabat handai, kejiranan semua ada. Mcm biasa laa, dah hujung-hujung tahun ni. Memang sesuai la utk melangsungkan majlis walimatul urus. Sebab tu la  adanya terma ‘musim perkahwinan’. Kahwin pun ada musim jgk ke??? Hishhh of course laaaa …..bukan buah aje yang bermusim,  kahwin pun nak kena ada musim. Timing kena betul, biar  semua dapat together and gather di saat yang terindah tu nanti (eewaahh ayat ku...huhuhu).

Lebih-lebih lagi sepanjang cuti sekolah ni nanti. Makin banyak majlis yang nak diraikan. Semakin banyak la jemputan yang diterima. Kekadang tu sampai 2-3 jemputan sehari.  Alhamdulillah, terima kasih  banyak kerana sudi menjemput. Itu lah rutin dihujung minggu kita bila tiba musim perkahwinan ni....ye dak? Serba-salah juga bila ada jemputan yang tak dapat dipenuhi. Bukan tak sudi, ada kalanya timing tak kena, overlapped dengan program lain. Ada kala tu sebab lokasinya agak jauh. Apakan daya, bukan takat tangan aje tapi kaki pun tak sampai ehehe. Insha-Allah, di lain kali  jika dipanjangkan umur kita ye. Asalkan tak serik nak  menjemput lagi :D...
"Semoga Allah memberi berkat kepadammu dan atasmu serta mengumpulkan kamu berdua (pengantin lelaki dan perempuan) dalam kebaikan"
  
 Image and video hosting by TinyPic

October 11, 2011

Happy Belated Birthday to you


..slow and fuzzy misses the date
Seperti biasa, bila bangkit dari tido aku akan belek text di henfon. Kot la ada urgent message yang dah masuk time aku tido. Mata terpandang tarikh kat penjuru skrin. ALAMAKKK!! Aku dah terlupa sesuatu! la !! Aduhhhaiii macam mana la aku bole terlupa ni??? Tak patut, issh tak patut....10.10.2011 was my hubby nya birthday!!! 
..f
 Adoiii kesiannya kat hubby. Patut ler tak ceria + diam aje dia dari petang semalam. Rasa berdosa sangat ni huhuhu. Minta ampun, minta maaf ye abang. Serius ni. Memang betul  tak disengajakan. Malu pulak rasanya. Encik hubby tak pelupa macam aku ni. Selamat Hari Jadi yang ke-37, abang. Semoga sentiasa dilimpahi rahmat Allah S.W.T dan mendapat keberkatan usia hendaknya. Amin Ya Rabal Alamin
 Image and video hosting by TinyPic

October 9, 2011

Lawak Bajet 2012

 Masa dok godek Forum Putra Mahkota sat tadi, aku terjumpa kartun ni. Cukup lawak untuk menceriakan pagi aku kehkehkeh ...
 Image and video hosting by TinyPic

October 8, 2011

Sarapan Aidilfitri SRA 2011


ehsan forum Putra-Mahkota
~ antara tetamu yang hadir ~
Pagi tadi aku, encik hubby, Raqib  dan Auni ke Majlis Sarapan Aidilfitri anjuran Sekolah Rendah Agama (SRA) BSP. Mesti uolls tertanya kan, nape la sambutan selepas Syawal lak? Hihi ...sebenarnya nak memberi laluan guru-guru dan murid-murid  dengan persediaan Penilaian Sekolah Rendah Agama (PSRA) 2011 yang berlangsung baru-baru ini. Oklah tu kan? Lepas dah penat  mengajar dan belajar, baru la ada 'feel' nak makan-makan....ehehe

~ mee goreng 'mamak' ~
Walaupun dah seminggu Syawal berlalu tapi aura raya itu tetap ada. Aku sempat sediakan mee goreng simple  aje untuk sumbangan juadah.  Itu je yang terdaya, mood memasak kureng. Maklum la 'mamak' tak sihat, bak kata Auni. Ikut kan hati nak bawa biskut raya je tapi anak ku tak setuju. Malu le kalu bawak biskut je...hehe siann. Harap-harapnya ok la rasa mee goreng 'mamak' demam tu ye...ehehehe
~ adik, ini la meja abang... ~
Banyak juga juadah yg dihidangkan. Ada nasi lemak, nasi impit, lontong, lemang, rendang, kuah kacang, kuih muih, biskut raya.  Memang macam raya lah. Boleh rambang mata dibuatnya.  Terima kasih banyak-banyak SRA. Tahun depan boleh la adakan program mcm ni lagi yer. Jangan lupa jemput  kami lagi...ehehe
~ sesi 'melawat kawasan' ~
 Image and video hosting by TinyPic

October 7, 2011

demam lagi


Bos... boleh MC tak?
Sejak dari petang semalam, kepala ni rasa biol je, berdengung-dengung. Rasa cam dalam tong drum bertutup (hihihi... mcm la aku pernah duduk dalam tu) Sendi pulak rasa lenguh-lenguh ni. Kejap bersin, kejap batuk, kejap srrooottt, srrreeeettt. Nak telan makanan pun semua tak best. Tekak sakit huhuhu. Lepas telan panadol terus aje aku rehat sementara menunggu kelas petang. Alangkah best nya kalu takde kelas hari ni. Boleh aje  terus berkelubung dan zzzZZZzzz……verangan !!
  Image and video hosting by TinyPic

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails