Assalammua’alaikum.. Buat apa tu? Sedang menghitung hari ke ? Hitung jangan tak hitung dikk. Bukan selalu dapat jadi raja sehari ni. Pheeewiitttt!!! Tapi sehari je tau. Jangan berlebih dan berKALI pulak!! Ooppsss ada ler yg marah kat saya ni nanti. TAPI kalau dah jodoh tu ada, siapa lah kita untuk menidakkannya ye dak??… tak salah berulang kali jadi 'raja' (amboiii senyum lebar ye, sesapa yang berkenaan tu), asalkan lurus nawaitunya...
Dalam seminggu dua kebelakangan ni, dah banyak kenduri kahwin berlangsung. Jemputan sedara-mara, sahabat handai, kejiranan semua ada. Mcm biasa laa, dah hujung-hujung tahun ni. Memang sesuai la utk melangsungkan majlis walimatul urus. Sebab tu la adanya terma ‘musim perkahwinan’. Kahwin pun ada musim jgk ke??? Hishhh of course laaaa …..bukan buah aje yang bermusim, kahwin pun nak kena ada musim. Timing kena betul, biar semua dapat together and gather di saat yang terindah tu nanti (eewaahh ayat ku...huhuhu).
Lebih-lebih lagi sepanjang cuti sekolah ni nanti. Makin banyak majlis yang nak diraikan. Semakin banyak la jemputan yang diterima. Kekadang tu sampai 2-3 jemputan sehari. Alhamdulillah, terima kasih banyak kerana sudi menjemput. Itu lah rutin dihujung minggu kita bila tiba musim perkahwinan ni....ye dak? Serba-salah juga bila ada jemputan yang tak dapat dipenuhi. Bukan tak sudi, ada kalanya timing tak kena, overlapped dengan program lain. Ada kala tu sebab lokasinya agak jauh. Apakan daya, bukan takat tangan aje tapi kaki pun tak sampai ehehe. Insha-Allah, di lain kali jika dipanjangkan umur kita ye. Asalkan tak serik nak menjemput lagi :D...
"Semoga Allah memberi berkat kepadammu dan atasmu serta mengumpulkan kamu berdua (pengantin lelaki dan perempuan) dalam kebaikan"
No comments:
Post a Comment