October 5, 2011

Bila Semuanya Berebut Naik..


1, 2 kita lompat, siapa cepat, dia dapat.
Saja aku ajak anak2 & En hubby ronda pasar malam BSP petang semalam. Bukannya nak membeli sangat pun. Saja suka-suka. Lagipun dah lama rasanya tak ke sana.

Sambil jalan, sambil la jengah gerai- gerai biasa kami ‘tapau’ food kesukaan masing-masing. Sambil jengah,sambil jeling kat tag harga. MAK AIIHH terlopong sekejap. Terkejut hahh bila belek tang harga. Nak kata, hampir semua barang yg dijual dah naik harga !!! Paling koman pun naik 50sen.  Itu baru satu item,  kalau 2-3 jenis? dah berapa hengget tu? Hiisshh tak boleh jadi ni...

Ni semua pasal ura-ura kenaikan gaji gomen dalam belanjawan 2012 tu la. Itu baru ‘bunga-bunga cerita’, belum announce pun lagi. Ada  ke tidak kenaikannya tu nanti. Semua peniaga dah bertindak dulu..

Ini baru citer bisnes pasar malam. Belum lagi citer harga barang kat kedai makan, kedai runcit, pasaraya. Semuanya berlumba-lumba nak naik. Dan pastinya, kenaikan harga kali ni bukan yang pertama untuk tahun ni. Macam mana lah ‘rakyat dapat menikmati limpahan ekonomi negara’ seperti yg TPM war2kan tu? Cer citer kengkawan. Cer citer.
 Image and video hosting by TinyPic

October 3, 2011

please be responsible...

jangan jadi hamba hutang
Salam uolls. Hari ni ada satu topik hot yg ku nak share sikit. Pasal berhutang.  Pasti sesiapa pun pernah berhutang kan? Ada yang berhutang nak dapatkan keperluan utama i.e rumah, kereta, pinjaman pelajaran dsb. Tak kurang juga yang berhutang utk dapatkan benda yang remeh temeh. Itu hak masing-masing, janji si pemiutang tahu adab berhutang. Jangan jadi ‘kacang lupakan kulit’. Dah berhutang tapi  terlupa atau buat-buat lupa nak bayar balik.

Secara peribadi, aku mmg tak suka berhutang. TAPI bila terpaksa berhutang,  akan ku pastikan berbayar balik  semuanya sebab aku tak suka nak fikirkan pasal hutang ni lama-lama. Selagi berhutang, selagi tu ler aku perlu ingat untuk langsai kan hutang.. lecehh. Lagi cepat dapat bayar, lagi bagus. Yang buat aku hot sesangat dalam 2-3 hari ni pun pasal hutang la. Ada sorang kawan ni dah buat pinjaman  pembelian barang keperluan peribadi (dalam bahasa mudahnya, dia dah BERHUTANG), dan aku pulak antara penjamin-penjaminnya. Masa nak cari aku utk jadi penjamin,bukan main lagi la kau. Tapi bila dah dapat, bukannya reti nak bayar balik. Pinjaman tu dah tertunggak berbelas tahun lamanya. Dari hidup bujang sampai dah beranak pinak. Langsung takde usaha nak membayar balik. Kalau pun kau tak mampu nak bayar penuh, bayar  lah sikit-sikit . Sure dah boleh settle hutang tu beb !!

Kenapa aku hot? Mmg ler dia tak berhutang directly dengan aku, tapi masalahnya sekarang ni, sebagai penjamin, aku pulak menerima tempias padahnya. Dah ler hutang tertunggak berbelas tahun. Tak pernah berbayar sesen pulak tu! Sekarang ni si penjamin a.k.a aku ni pulak yang dapat 'surat cinta' - last warning letter (tanpa prejudis). Tak pasal2 diarah utk menjelaskan tuntutan dengan PENUH!! Dalam tempoh yang telah ditetapkan pulak tu.... kalau tak, akan disenaraikan hitam dari agensi kerajaan dan swasta. Blacklist tu ADUHHH…masssak  aku dibuatnya!!! Tak pasal-pasal je bole jadi bad record fail perkhidmatan aku hishhh si peminjam senang2 dapat apa yg dia nak , dah tu boleh lepas camtu je. Aku pulak yg kena tanggung beban hutang dia, soooo unfair!! Kalau seratus dua boleh ler tahan lagi ni dah main ribu-riban jumlahnya. Pening , aku pening ni. Mcm mana nak settle kan hal ni huh? Bukan tak pernah cuba cari dia selama ni. Dengarnya dah berhijrah ke luar negara. Agaknya sebab tu la pihak undang-undang tak dapat nak contact dia kot? Sekrg ni, aku kena cari jugak dia or keluarga or even saudara mara dia sampai dapat. Harapnya dapat lah berjumpa dan biarlah dia atau mereka nak bertanggungjawab nanti. Pleaaasee lah kawan.... jgnn lah menganiaya sesama kawan mcm ni. Dosa orang yang MENGANIAYA org lain ni tidak akan terampun selagimana dia (orang yang teraniaya itu) memaafkan kesalahan kita” dan Rasulullah  s.a.w pernah bersabda : "Berhati-hatilah kamu dalam berhutang, sesungguhnya hutang itu mendatangkan kerisauan di malam hari dan menyebabkan kehinaan di siang hari" [Riwayat al-Baihaqi].

Oklah semua. Mohon maaf kalau ada sesiapa yang berkecil hati dengan entri kali ini. Tengah emo sesangat ni, harap memahami. Wassalam

September 15, 2011

~ Back To School ~

Salam semua. I’m back ...!! Back to school ehehe.Now aku dah tukar status  seorang pelajar.  Alhamdulillah, aku dah selamat mendaftar di Pusat Pengajian Siswazah UKM pada 06.09.2011.  Makkk aihh …giler skema aku rasa bila dah jadi pelajar ni ahakkks. Selepas 15 thn berhijrah ke alam 'penggajian', dan sekarang aku kembali ke alam pengajian. Dan aku antara pelajar ‘bukan remaja’ yg mendaftar hari tu ehehe…hallaaa ku tak kisah pun.Yang penting aku teramat bersyukur dengan apa yang dikurniakan dan bangga dengan apa yg aku lakukan untuk diri ku. Walaupun tersasar dari apa yg dirancangkan, yelah…kita hanya merancang tapi DIA yang menentukan. Aku percaya semuanya dah tertulis dan pasti ada hikmah di sebaliknya . Redha, terima seadanya.... berharap apa yang aku cita-citakan selama ini pasti akan tercapai, InsyaALLAH. Semoga semuanya dipermudahkan Allah S.W.T.
Image and video hosting by TinyPic

September 12, 2011

Final Destination


Sejak  'pemergian' jiran ku, aku  jadi slightly pendiam dan banyak berfikir. Nak kata terkejut, mungkin juga aku terkejut. Nak kata tak percaya pun, ya…mungkin aku susah nak percaya. Terkesan sungguh rasanya dengan apa yang berlaku. Semuanya berlaku tanpa dijangka. Pergi nya atas urusan kerja tapi kembali nya cuma sekujur jasad yang tak bernyawa. Pergi nya beliau meninggalkan keluarga tanpa pesan, meninggalkan anak-anak yang masih kecil, masih mentah untuk memahami apa yang berlaku. 2 daripada 3 orang anak arwah seusia anak-anak ku.
Ya... mati itu pasti, itu yang kita harus percaya. Dah tentu takde yang kekal di dunia ni selain Allah SWT. Bukan aku menidakkan janji Allah yang satu itu... cuma aku seolah baru tersedar dari mimpi… mimpi yg tak berpenghujung yang aku cipta sendiri selama ini. Aku masih ada  ayah, ibu, atuk, nenek, suami, adik-beradik, anak-anak , makcik, pakcik, sepupu sepapat  yang sgt2 aku sayangi, alhamdulillah syukur padaMu Ya Allah. Memberi aku peluang hidup bersama mereka selama 37 tahun. Bukan aku tak pernah kehilangan kawan2, seingat aku dah hampir 10 orang kawan seusia ku pergi kerana sakit, eksiden etc. Cuma kali ini penerimaan ku agak berlainan sikit, sungguh2 terkesan. Mungkin kerana arwah ni antara jiran terawal yang kami sekeluarga kenal. Mungkin juga kerana sikap periang dan mesra arwah.  Mungkin juga simpati kerana arwah anak yatim piatu, abang sulung yang bertanggungjawab menjadi tonggak keluarganya ....mungkin itu, mungkin ini....wallahualam. Yang pasti..... sejak pemergian arwah  aku kerap bertanya pada diri sendiri what if salah seorang ahli keluarga ku meninggalkan aku seperti ini? What if, aku yang meninggalkan keluarga ku? Bersedia kah aku? Cukup kah persediaan ku? Bagaimana dengan anak-anak ku? Allahuakbar…rasanya aku belum pasti kuat untuk menghadapi dugaan seberat itu. Usahkan nak berdepan dengan situasi sebenar,  nak membayangkan nya pun aku belum mampu. Aku tak nak bayangkan segala kemungkinan yang akan berlaku. Biarlah...
Aku mmg kagum dengan kekuatan dan ketabahan sahabatku Ayu, sebagai seorang isteri yg menghadapi saat sukar dan dugaan seberat ini. Juga... sebagai ibu yg perlu berdepan dengan  anak2 yg bertanya ‘mama, bila abah nak balik?’   Sedangkan aku?…..cuma jiran yang mungkin pernah bertegur sapa sesekali, juga amat merasa kehilangan arwah. Masih terbayang kelibat arwah menyiram tanaman nya membersihkan halamannya , 'memandikan' pokok2 bunga nya setiap pagi sebelum bersahur ramadhan yg lepas, setiap petang berbasikal sekeliling taman bersama anak-anak  nya... Sebak rasanya bila terdengar suara anak2nya menangis setiap hari tanpa penat kerana rindukan kepulangan arwah abah nya, sayu rasa hati bila mendengar cerita Ayu anaknya kerap bertanya ‘abah nak balik ya ?’ saban  kali majlis tahlil di adakan. Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim, Kau bagi lah kekuatan, Kau kurniakan ketabahan di jiwa anak –anak kecil itu. Moga setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya untuk arwah dan keluarga. Amin Ya Rabal Alamin
 Andai ku tahu….
Kapan tiba ajalku…
Ku akan memohon tuhan tolong panjangkan umurku…
Andai ku tahu…
Kapan tiba masaku…
Ku akan memohon tuhan jangan kau ambil nyawaku…
Aku takut akan semua dosa dosaku…
Aku takut dosa yg terus membayangiku…
Andai ku tahu…
Malaikatmu kan menjemputku…
Izinkan aku mengucap kata taubat padamu…
Aku takut akan semua dosa dosaku…
Aku takut dosa yg terus membayangiku…
Ampuni aku dari segala dosa dosaku…
Ampuni aku menangis ku bertaubat padamu…
Aku manusia yang takut neraka…
Namun aku juga tak pantas disurga…
Andai ku tahu….
Kapan tiba ajalku…
Izinkan aku mengucap kata taubat padamu…
Aku takut akan semua dosa dosaku…
Aku takut dosa yg terus membayangiku…
Ampuni aku dari segala dosa dosaku…
Ampuni aku menangis ku bertaubat padamu…
 
...andainya kita semua tahu kan???

September 6, 2011

Takziah Ayu ..

Takziah untuk Ayu,  jiran oshanira di atas kepulangan suami tersayang ke rahmatullah awal pagi tadi. Moga Allah mengampunkan dosa-dosanya, di cucuri rahmat ke atas rohnya, dan di tempatkan bersama golongan hamba-hambanya yang beriman. 

Berat mata kami memandang, berat lagi bahu mu memikul. Moga Ayu dan anak-anak tabah mengharungi hari-hari mendatang tanpanya. 

Al Fatihah buat allahyarham Mohamad Jamadi Atan....


 Image and video hosting by TinyPic

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails