October 3, 2011

please be responsible...

jangan jadi hamba hutang
Salam uolls. Hari ni ada satu topik hot yg ku nak share sikit. Pasal berhutang.  Pasti sesiapa pun pernah berhutang kan? Ada yang berhutang nak dapatkan keperluan utama i.e rumah, kereta, pinjaman pelajaran dsb. Tak kurang juga yang berhutang utk dapatkan benda yang remeh temeh. Itu hak masing-masing, janji si pemiutang tahu adab berhutang. Jangan jadi ‘kacang lupakan kulit’. Dah berhutang tapi  terlupa atau buat-buat lupa nak bayar balik.

Secara peribadi, aku mmg tak suka berhutang. TAPI bila terpaksa berhutang,  akan ku pastikan berbayar balik  semuanya sebab aku tak suka nak fikirkan pasal hutang ni lama-lama. Selagi berhutang, selagi tu ler aku perlu ingat untuk langsai kan hutang.. lecehh. Lagi cepat dapat bayar, lagi bagus. Yang buat aku hot sesangat dalam 2-3 hari ni pun pasal hutang la. Ada sorang kawan ni dah buat pinjaman  pembelian barang keperluan peribadi (dalam bahasa mudahnya, dia dah BERHUTANG), dan aku pulak antara penjamin-penjaminnya. Masa nak cari aku utk jadi penjamin,bukan main lagi la kau. Tapi bila dah dapat, bukannya reti nak bayar balik. Pinjaman tu dah tertunggak berbelas tahun lamanya. Dari hidup bujang sampai dah beranak pinak. Langsung takde usaha nak membayar balik. Kalau pun kau tak mampu nak bayar penuh, bayar  lah sikit-sikit . Sure dah boleh settle hutang tu beb !!

Kenapa aku hot? Mmg ler dia tak berhutang directly dengan aku, tapi masalahnya sekarang ni, sebagai penjamin, aku pulak menerima tempias padahnya. Dah ler hutang tertunggak berbelas tahun. Tak pernah berbayar sesen pulak tu! Sekarang ni si penjamin a.k.a aku ni pulak yang dapat 'surat cinta' - last warning letter (tanpa prejudis). Tak pasal2 diarah utk menjelaskan tuntutan dengan PENUH!! Dalam tempoh yang telah ditetapkan pulak tu.... kalau tak, akan disenaraikan hitam dari agensi kerajaan dan swasta. Blacklist tu ADUHHH…masssak  aku dibuatnya!!! Tak pasal-pasal je bole jadi bad record fail perkhidmatan aku hishhh si peminjam senang2 dapat apa yg dia nak , dah tu boleh lepas camtu je. Aku pulak yg kena tanggung beban hutang dia, soooo unfair!! Kalau seratus dua boleh ler tahan lagi ni dah main ribu-riban jumlahnya. Pening , aku pening ni. Mcm mana nak settle kan hal ni huh? Bukan tak pernah cuba cari dia selama ni. Dengarnya dah berhijrah ke luar negara. Agaknya sebab tu la pihak undang-undang tak dapat nak contact dia kot? Sekrg ni, aku kena cari jugak dia or keluarga or even saudara mara dia sampai dapat. Harapnya dapat lah berjumpa dan biarlah dia atau mereka nak bertanggungjawab nanti. Pleaaasee lah kawan.... jgnn lah menganiaya sesama kawan mcm ni. Dosa orang yang MENGANIAYA org lain ni tidak akan terampun selagimana dia (orang yang teraniaya itu) memaafkan kesalahan kita” dan Rasulullah  s.a.w pernah bersabda : "Berhati-hatilah kamu dalam berhutang, sesungguhnya hutang itu mendatangkan kerisauan di malam hari dan menyebabkan kehinaan di siang hari" [Riwayat al-Baihaqi].

Oklah semua. Mohon maaf kalau ada sesiapa yang berkecil hati dengan entri kali ini. Tengah emo sesangat ni, harap memahami. Wassalam

2 comments:

  1. waaaa mekkkk...
    so sad. nak tak nak mu plak kena nego ngan pemberi pinjaman in how to settle... cam besa dengar je... coz, ku penah kena... but, darah daging sendrik, so... tetiba kena bayaq mende yang kite tak penah amek. paham paham paham

    ReplyDelete
  2. ...bayar tetap kena bayar kmaz, cuma boleh nego dari segi amt of payment je dan urusan pembersihan nama dari senarai blakclisted. Lagipun peminjam mmg dah 'cuci tgn' ni...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails