January 24, 2011

Setelah Di Baling Batu....

Salam semua ....dah tengahari ni, uolls lunch apa? di mana? Hari ni macam takde selera sikit, ... sebenarnya perut dah berkaraoke , tapi still tak tau nak isi dgn apa ...hhmm biar lah sesekali berdiet, yer tak? Tengah belek2 emel tadi, terbaca satu story ni. Wonderful story. So, aku decide nak post kat sini. Tambahan plak hari ni vitamin R ku terlebih sikit hahaha...dah caj sepanjang dua hari bercuti, jadi ku dah terjemahkan  story asalnya ke bahasa ibunda. Bersemangat - bahasa jiwa bangsa ahkak hari ni...ahakss!!....jom layan

Seorang eksekutif muda yang sukses dalam kerjayanya, dalam perjalanan ke satu taman sambil memandu laju Mercedes barunya. Ligat matanya memerhati kanak-kanak yang keluar-masuk dari kawasan itu dan memperlahankan keretanya sekira ada kelibat kanak-kanak disitu. Ketika itu, tiada seorang kanak-kanak  pun yang kelihatan. Tapi sebiji batu telah menghentam pintu keretanya dengan tiba-tiba !!  Lantas dia menekan brek dan mengundur keretanya. Dia sangat, sangat marah.... sejurus keluar dia menarik tangan seorang budak lelaki yang berada di situ dan menolaknya badan kecil itu ke keretanya sambil menengking “Apa semua ni?? Siapa kau? Tengok, apa yang  kau dah buat? Itu kereta baru, kau tau tak!! Kenapa kau baling batu?” Budak itu menggeletar dan menangis sambil meminta maaf "Tolong bang ... tolong, saya minta maaf. Saya tidak tahu nak buat apa lagi dah," dia merayu. "Saya baling batu tu sebab saya risau tak ada sesiapa yang akan berhenti". Dengan air mata mengalir laju dipipinya, budak itu menunjuk ke arah parkir yang berhampiran... "Tu abang saya. Dia terjatuh dari kerusi roda dan berguling ke tepi jalan. Saya tak mampu nak mengangkatnya" Dengan teresak-esak, budak itu merayu. "Boleh tak abang bantu saya?" Eksekutif tu tergamam. Tanpa berkata-kata, dia berjalan menghampiri pemuda itu lantas mengangkatnya kembali duduk di kerusi roda. Dia  mengeluarkan saputangan dan mengelap luka-luka di badan pemuda malang itu. Bila keadaan dah reda, budak itu menghampiri dia. "Terima kasih bang, terima kasih. Semoga Allah memberkati hidup abang” ucap budak tadi sepenuh hati. Terkedu... dia hanya mampu merenung sayu wajah budak itu yang sedang menolak perlahan kerusi roda abangnya menuju ke seberang jalan. Dia bergerak perlahan dan menuju ke Mercedesnya. Kerosakan pada pintu kereta barunya memang jelas tapi dia tidak pernah kisah untuk membaiki pintu yang telah kemek itu. Baginya, kerosakan itu akan sentiasa mengingatkannya kepada satu mesej yang berharga: Jangan menjalani kehidupan ini terlalu pantas sehinggakan seseorang perlu membaling batu untuk mendapatkan perhatian mu. 
 
Ingatlah, bahawa Allah itu sentiasa  berada dekat dengan kita. Dia berbisik dalam jiwa dan, berbicara dalam hati kita walaupun selalunya kita tak nak mendengar semua tu. Kita butakan hati, pekakkan telinga kerana beranggapan kita takde masa untuk semua itu. Sehinggalah ke saat  ‘dibaling batu’ baru lah  kita tersedar dari kealpaan. Apa pun, semua itu adalah pilihan masing-masing.....jumpa lagi. Wassalam

January 15, 2011

~ SERIOUS ..AKU SERIK !!! ~



Salam petang sabtu semua!!! Sedar tak sedar dah sebulan ku tak  jengah blog ni. Rindu rasanya nak menulis,  macam2  benda dah berlaku , cuma tak sempat nak karang je...

Oklah. Hari ni nak kongsi citer sikit pasal gigi ...penah sakit gigi kan? Orang kata, antara sakit yang paling sakit di dunia ni adalah sakit gigi. Tambah kalau sakitnya menyengat sampai tarik urat-urat kepala dan berdengung tinge ni ....uisshh sakit tu. Citernya gini ...dah berapa malam tak bole tidur sbb sakit gigi ni lerr, nak makan pun susah.  Rasa cam gigi geraham tu dah retak dan berlubang. Selalunya bila lepas gosok gigi elok jer tapi kali ni berlarutan 2-3 hari. Dipendekkan citer, ku buatlah appointment untuk tampalan. Sementara nak menunggu tu,  rasa cam kena ribut, berdengung2 tinge ni. Kalau ada yang buat perangai masa tu , silap2 bole kena  debik free hahaha...

Bila doktor periksa ghopanya takde pun masalah gigi berlubang,  cuma infection gusi. Lerrrr tu je ker???  Tak thrill langsung entri ni ehehehe.......tungguuuu, ada lagi  citernya. Lepas godek punya godek, doktor ternampak satu geraham tu yang dah teruk sangat...dah tinggal 1/3 jer lagi, mmg nak kena extraction...HAH?? pe benda extraction ni?? Ehehehe bahasa mudahnya...CABUT lah tu. Time kena injek bius tu belum sempat rasa takut lagi. Pastu kena tunggu few minutes pulak, nak bagi betul2 kebas, time tu mula lah fikir macam2, goyang2 kaki sikit, cuit2 hidung sikit nak cover line konon...mmg ku tak senang duduk... tambahan tengok nurse tu tengah prepare alat2 utk extraction ….uissshhh seram ko!!  sebelum tu, doktor dah explain awal2, gigi geraham yang nak dicabut ni geraham molar, ‘liat’ sikit nak cabut sbb akarnya bercapah.  Bertambah kecut ler perut aku.Tambahan tgh ‘operasi’ tu siap dgn sound effect nya  KREOKKK, KRUKKK, KREKKK uisshhhh, doktor pulak kejap2 tukar tools nya, kejap kecik…besar….panjang….lonjong mcm2 rupa bentuk. Ya Allahhhh, seriau!!! Serious aku tak suka situasi mcm tu... terfikir je, kalu tak nak teruskan  extraction ni , aci tak? .....huhuhuh sure tak boleh kan?? Walaupun tak sakit time tu tapi terseksa sungguh ku rasa.  Sorang nurse tu pegang kepala aku bagi stabil sebab doktor tu tgh cuba mcm2  skill nak cabut, tolak kiri-kanan, depan-belakang, tetap tak boleh. Kadang2 serpihan gigi yang patah terpelanting ...lenguhnya rahang ku Ya Allahhhhh, Dia je Yang Maha Mengetahui. Memang kena nganga luas2... nak bagi ruang yang cukup untuk doktor 'kerja' kan gigi tu huhuhu. Ku rasa 10 minit  'disiksa' tu macam 10 jam!! AKHIRNYA ....tercabut  lah jugak TAPIIII gigi tu dah ‘tapau’ bersama gusi dan tulang gusi ku sekali, di ulangi...GUSI dan TULANG GUSI sekali.....uuwwwaaaaaaa SAKITTT!!!! Walaupun kebas still ku boleh rasa sakit nya tau!! Luka mmg besar sangattt sbb tulang gusi dah tercabut dan kesannya ....luka tu kena jahit 3 jahitan. Tangan doktor penuh darah, mulut ku dah tentu banyak darah, sampai pipi aku pun ada tompokan darah. Ya Allah Ya Rabbi aku rasa cam serik nak cabut gigi. Really, really a nightmare lah !!! Pasni, lagi 5 hari kena buka jahitan pulak adohaiii ....belum berakhir mimpi ngeri ni rupanya.

Before balik doktor bekalkan aku pain killer , pesannya lepas 1 jam ku kena telan pil tu siap2 sebelum kebas tu berkurang, nnt sakit  dan jangan berkumur dalam masa 3 jam iisshh. So, malam tadi, aku jadi ‘bisu’ ...just gigit kapas which every 10 minit ku kena tukar...mmg lencun dgn darah...nak buka mulut, nak berludah pun siksa rasanya. Non-stop bleeding walaupun dah lebih 3 jam. Minum kena pakai straw  huhuhu sedih rasanya bila teringatkan struktur tulang gusi ku dah tak normal, mujur ler gigi geraham. Sepanjang malam tadi 2 kali ku telan  pain killer. Even sekarang  ni pun masih lagi terasa  sakit, cuma dah boleh lah tahan sikit berbanding semalam.....uissshhh  serious buat AKU SERIKKK..!!!

December 15, 2010

REHAT SEKEJAP...

Salam semua... dah petang dah pun. Badan pun dah penat, otak pun dah tepu, mmg kena rehat sekejap ni. Sambil2 tu meh kita berkongsi tips nak? Memandangkan emosi ai pun kurang stabil, asyik ‘berasap’ aje, mujur ai tak transform jadi naga tau !!! Walhal isunya..isu biasa2 je, bole ignore bin dunno je.... tapi dah buat aku marahhh sangat ni So, jom kita share tips kawal marah, bole gak  kurangkan HOT ahkak ni ggrrrrrr...
          1) MENGUBAH POSISI– Rasulullah s.a.w bersabda: “Apabila salah seorang di antara kamu marah, dan ketika itu ia dalam kedudukan berdiri, maka hendaklah ia duduk. Kerana hal itu akan menghilangkan marahnya. Dan kalau tidak, maka hendaklah ia berbaring.” (Riwayat Muslim)
          2) BERWUDUK – Rasulullah s.a.w bersabda: “Marah itu datangnya daripada syaitan, dan syaitan itu diciptakan daripada api, sedangkan api itu hanya dipadamkan dengan air. Oleh itu apabila salah seorang di antara kamu marah, maka hendaklah ia berwuduk” (Hadis Riwayat Abi Daud) .
          3) Banyakkan BERISTIGHFAR di dalam hati
          4) MENDIAMKAN DIRI lebih baik dari berkata-kata yang boleh mengeruhkan lagi keadaan
          5) Bawa BERTENANG tapi jangan bertendang yer ehehehe tarik nafas dalam2
          6) SENYUM seikhlas boleh, sedekah tu.....
          7) MELUAHKAN perasaan dan masalah. Cari individu yang terbaik untuk luahkan  bukan yang boleh jadi ‘firestone’ tau!! :)
         8) Sentiasa BERFIKIRAN POSITIF. Lakukan kerja kita, biar Allah laksanakan kerja-Nya.
         9) BERDOA kepada Allah, minta dijauhkan daripada syaitan pemangkin kepada amarah tu…
Oklah uolls, nnt kita share tips lain pulak yer? Sharing is caring....keeps blogging!! Wassalam

December 13, 2010

~ bila 'dalam hati ada taman'...uwaaa ~

Salam semua.Ahhh…Ahhh Chooo!!! Huh!! Tebal gilerr  sawang kat blog ni...anak sapa ler yang malas kemas rumah ni yer? ehehe dah byk minggu jugak aku tak hapdet apa2 entri, bukan  tu jer, nak ber’blogwalking’ pun tak sempat...nak kata busy sgt pun, belum ler  ahkak ni busy taraf pak or mak menteri lagi AHAKSS cuma tak terkejar masa aje (chup!!...boleh ke masa tu di kejar wehh??) Sebenar2nya lot of things took place at one time, tu yg tak sempat2 nak menjengah blog ni... kena lah buat ikut priority kan? Dalam apa2 hal pun family always come first....always!!
Pagi ni terasa sunyi semacam je, dah seminggu meriah dengan suara ‘paknek’ dan ‘usu’ melayan kerenah anak-anak aku. Alih-alih pagi ni sunyi sepi, sedih rasanya.  Ayah dan adik dah pun balik kampung pagi semalam. Terasa sangat sunyinya ni ooiii dah ler cuma dpt jumpa setahun sekali, time raya. Ayah dgn adik ni pun dah lama tak berpeluang ke sini, last visit pun in 2006. Hhhmm takperlah kan? asalkan tiap2 tahun aku dpt balik kampung ziarah family di seberang lautan sana pun, syukur alhamdulillah. Moga semua nya diberi kesihatan yang baik, dan dipanjangkan umur oleh Allah SWT untuk berjumpa lagi .Wassalam
Image and video hosting by TinyPic

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails