January 24, 2011

Setelah Di Baling Batu....

Salam semua ....dah tengahari ni, uolls lunch apa? di mana? Hari ni macam takde selera sikit, ... sebenarnya perut dah berkaraoke , tapi still tak tau nak isi dgn apa ...hhmm biar lah sesekali berdiet, yer tak? Tengah belek2 emel tadi, terbaca satu story ni. Wonderful story. So, aku decide nak post kat sini. Tambahan plak hari ni vitamin R ku terlebih sikit hahaha...dah caj sepanjang dua hari bercuti, jadi ku dah terjemahkan  story asalnya ke bahasa ibunda. Bersemangat - bahasa jiwa bangsa ahkak hari ni...ahakss!!....jom layan

Seorang eksekutif muda yang sukses dalam kerjayanya, dalam perjalanan ke satu taman sambil memandu laju Mercedes barunya. Ligat matanya memerhati kanak-kanak yang keluar-masuk dari kawasan itu dan memperlahankan keretanya sekira ada kelibat kanak-kanak disitu. Ketika itu, tiada seorang kanak-kanak  pun yang kelihatan. Tapi sebiji batu telah menghentam pintu keretanya dengan tiba-tiba !!  Lantas dia menekan brek dan mengundur keretanya. Dia sangat, sangat marah.... sejurus keluar dia menarik tangan seorang budak lelaki yang berada di situ dan menolaknya badan kecil itu ke keretanya sambil menengking Apa semua ni?? Siapa kau? Tengok, apa yang  kau dah buat? Itu kereta baru, kau tau tak!! Kenapa kau baling batu?” Budak itu menggeletar dan menangis sambil meminta maaf "Tolong bang ... tolong, saya minta maaf. Saya tidak tahu nak buat apa lagi dah," dia merayu. "Saya baling batu tu sebab saya risau tak ada sesiapa yang akan berhenti". Dengan air mata mengalir laju dipipinya, budak itu menunjuk ke arah parkir yang berhampiran... "Tu abang saya. Dia terjatuh dari kerusi roda dan berguling ke tepi jalan. Saya tak mampu nak mengangkatnya" Dengan teresak-esak, budak itu merayu. "Boleh tak abang bantu saya?" Eksekutif tu tergamam. Tanpa berkata-kata, dia berjalan menghampiri pemuda itu lantas mengangkatnya kembali duduk di kerusi roda. Dia  mengeluarkan saputangan dan mengelap luka-luka di badan pemuda malang itu. Bila keadaan dah reda, budak itu menghampiri dia. "Terima kasih bang, terima kasih. Semoga Allah memberkati hidup abang” ucap budak tadi sepenuh hati. Terkedu... dia hanya mampu merenung sayu wajah budak itu yang sedang menolak perlahan kerusi roda abangnya menuju ke seberang jalan. Dia bergerak perlahan dan menuju ke Mercedesnya. Kerosakan pada pintu kereta barunya memang jelas tapi dia tidak pernah kisah untuk membaiki pintu yang telah kemek itu. Baginya, kerosakan itu akan sentiasa mengingatkannya kepada satu mesej yang berharga: Jangan menjalani kehidupan ini terlalu pantas sehinggakan seseorang perlu membaling batu untuk mendapatkan perhatian mu. 
 
Ingatlah, bahawa Allah itu sentiasa  berada dekat dengan kita. Dia berbisik dalam jiwa dan, berbicara dalam hati kita walaupun selalunya kita tak nak mendengar semua tu. Kita butakan hati, pekakkan telinga kerana beranggapan kita takde masa untuk semua itu. Sehinggalah ke saat  ‘dibaling batu’ baru lah  kita tersedar dari kealpaan. Apa pun, semua itu adalah pilihan masing-masing.....jumpa lagi. Wassalam

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails