Salam petang sabtu semua!!! Sedar tak sedar dah sebulan ku tak jengah blog ni. Rindu rasanya nak menulis, macam2 benda dah berlaku , cuma tak sempat nak karang je...
Oklah. Hari ni nak kongsi citer sikit pasal gigi ...penah sakit gigi kan? Orang kata, antara sakit yang paling sakit di dunia ni adalah sakit gigi. Tambah kalau sakitnya menyengat sampai tarik urat-urat kepala dan berdengung tinge ni ....uisshh sakit tu. Citernya gini ...dah berapa malam tak bole tidur sbb sakit gigi ni lerr, nak makan pun susah. Rasa cam gigi geraham tu dah retak dan berlubang. Selalunya bila lepas gosok gigi elok jer tapi kali ni berlarutan 2-3 hari. Dipendekkan citer, ku buatlah appointment untuk tampalan. Sementara nak menunggu tu, rasa cam kena ribut, berdengung2 tinge ni. Kalau ada yang buat perangai masa tu , silap2 bole kena debik free hahaha...
Bila doktor periksa ghopanya takde pun masalah gigi berlubang, cuma infection gusi. Lerrrr tu je ker??? Tak thrill langsung entri ni ehehehe.......tungguuuu, ada lagi citernya. Lepas godek punya godek, doktor ternampak satu geraham tu yang dah teruk sangat...dah tinggal 1/3 jer lagi, mmg nak kena extraction...HAH?? pe benda extraction ni?? Ehehehe bahasa mudahnya...CABUT lah tu. Time kena injek bius tu belum sempat rasa takut lagi. Pastu kena tunggu few minutes pulak, nak bagi betul2 kebas, time tu mula lah fikir macam2, goyang2 kaki sikit, cuit2 hidung sikit nak cover line konon...mmg ku tak senang duduk... tambahan tengok nurse tu tengah prepare alat2 utk extraction ….uissshhh seram ko!! sebelum tu, doktor dah explain awal2, gigi geraham yang nak dicabut ni geraham molar, ‘liat’ sikit nak cabut sbb akarnya bercapah. Bertambah kecut ler perut aku.Tambahan tgh ‘operasi’ tu siap dgn sound effect nya KREOKKK, KRUKKK, KREKKK uisshhhh, doktor pulak kejap2 tukar tools nya, kejap kecik…besar….panjang….lonjong mcm2 rupa bentuk. Ya Allahhhh, seriau!!! Serious aku tak suka situasi mcm tu... terfikir je, kalu tak nak teruskan extraction ni , aci tak? .....huhuhuh sure tak boleh kan?? Walaupun tak sakit time tu tapi terseksa sungguh ku rasa. Sorang nurse tu pegang kepala aku bagi stabil sebab doktor tu tgh cuba mcm2 skill nak cabut, tolak kiri-kanan, depan-belakang, tetap tak boleh. Kadang2 serpihan gigi yang patah terpelanting ...lenguhnya rahang ku Ya Allahhhhh, Dia je Yang Maha Mengetahui. Memang kena nganga luas2... nak bagi ruang yang cukup untuk doktor 'kerja' kan gigi tu huhuhu. Ku rasa 10 minit 'disiksa' tu macam 10 jam!! AKHIRNYA ....tercabut lah jugak TAPIIII gigi tu dah ‘tapau’ bersama gusi dan tulang gusi ku sekali, di ulangi...GUSI dan TULANG GUSI sekali.....uuwwwaaaaaaa SAKITTT!!!! Walaupun kebas still ku boleh rasa sakit nya tau!! Luka mmg besar sangattt sbb tulang gusi dah tercabut dan kesannya ....luka tu kena jahit 3 jahitan. Tangan doktor penuh darah, mulut ku dah tentu banyak darah, sampai pipi aku pun ada tompokan darah. Ya Allah Ya Rabbi aku rasa cam serik nak cabut gigi. Really, really a nightmare lah !!! Pasni, lagi 5 hari kena buka jahitan pulak adohaiii ....belum berakhir mimpi ngeri ni rupanya.
Before balik doktor bekalkan aku pain killer , pesannya lepas 1 jam ku kena telan pil tu siap2 sebelum kebas tu berkurang, nnt sakit dan jangan berkumur dalam masa 3 jam iisshh. So, malam tadi, aku jadi ‘bisu’ ...just gigit kapas which every 10 minit ku kena tukar...mmg lencun dgn darah...nak buka mulut, nak berludah pun siksa rasanya. Non-stop bleeding walaupun dah lebih 3 jam. Minum kena pakai straw huhuhu sedih rasanya bila teringatkan struktur tulang gusi ku dah tak normal, mujur ler gigi geraham. Sepanjang malam tadi 2 kali ku telan pain killer. Even sekarang ni pun masih lagi terasa sakit, cuma dah boleh lah tahan sikit berbanding semalam.....uissshhh serious buat AKU SERIKKK..!!!
adoyaiii....tersiksa dengar....sure jem rahang mu kiah kalo dah saploh minit nganga....huhuhu...
ReplyDeletesakit ya kak... pnah pina cabut gigi.. tp siklah seteruk ya.. aduu...sakit x terasa lh ya.... isk2..ksian kakak..
ReplyDelete