February 18, 2017

~Sore di Jakarta~

Cerita yang tertangguh ...

Last Monday, program kursus selesai 30 minit awal dari biasa. Pengajar jemputan perlu balik awal sebelum traffic jam. Dari terus balik ke bilik, my coursemate planned nak jalan jalan ke Pondok Indah Mall- sebuah shopping complex besar dan mewah terletak dipinggiran kota Pondok Indah di Selatan Jakarta ni. Lebih kurang 7km dari Pusat Teknologi Bahan Galian Nuklir.
Credit to Google image
Pondok Indah Mall ni ada dua bangunan di kiri dan kanan laluan utama dan di hubungi oleh a pass over atau sky walk. Tahap keselamatannya sangat tinggi. Entrance nya saja ada skuad polis bersama anjing pengesan menunggu untuk scan pengunjung Mall. Tak ubah seperti KLCC mewahnya, banyak international designer label stores, harga pun lumayan ya bu... mampu  windows shopping je B-)
Street Gallery @ Pondok Indah Mall

Dah puas window shopping, nak balik tu hujan lah pulak. GrabCar memang tak dibenarkan masuk ke kawasan mall. Kena tunggu di luar. Hhmm, memang tak lah nak menunggu dan berhujan di tepi jalan kan? So, my coursemate cadang kitaorang naik busway transjakarta. Mula mula tu risau juga, nak naik bas ke? Sure? nak bersesak sesak time macam ni? But, we have no choice... Kebetulan bus stop nya dah bersebelahan Mall, kami zassss je lah 
 Ada banyak jenis kad, pilih yang ini sebab ada banyak aplikasinya
Credit to Google again - maaf tak ada personal photo sebab dah bersesak sesak 

Mula mula kitaorang beli kad elektronik (kartu bus) dulu di bus stop atau Halte Pondok Indah tu. Kad tu bernilai IDR40,000 dan di dalam kad tu dah tersedia jumlah isian IDR20,000 untuk sebarang electronic transactions. Oh ye, kad tu bukan sahaja digunakan untuk membayar tiket bas, tapi boleh juga untuk membayar tiket tren kota dan berbelanja di mana mana stores yang ada kerjasama dengan bank-bank yang mengeluarkan kad tersebut. Satu kad aje dah memadai. Untuk bayaran tiket bas, hanya perlu tap-in dan tap out di gate pengimbas pintu masuk bus stop mengikut jumlah penumpang. Kalau ada 10 orang kawan, 10 kali lah kena lalukan di mesin pengimbas tu. Yang menariknya, tambang yang dikenakan cuma IDR3,500. Selagi tak keluar dari terminal, ataupun hanya transit untuk ke terminal lain, sejauh mana pun perjalanan tetap dengan kadar tersebut :-)
Busway Transjakarta 
Pemandangan dalam bas  yang sangat selesa
Kagum sebab bas nya sangat moden dan canggih, seating arrangement pun dah seperti dalam LRT. Ada ruang khusus untuk penumpang wanita, pink in color gituu. Dari Halte Pondok Indah 1 nak ke Halte Lebak Bulus jaraknya hanya  7km tapi disebabkan jalan sesak, perjalanan mengambil masa lebih sejam!! Naik pening pulak rasanya duk dalam bas yang literally nya merangkak ni huhuhuh... once reached at Halte Terminal Bulus, kitaorang terus cari 'angkutan atau angkot' -satu khidmat transporation umum berbentuk van kecil  (tidak berpintu) dinaiki bersama sama penumpang lain. Untuk ke kawasan penginapan, kami kena cari angkot No. 12. Angkutan ni akan berhenti di mana-mana tepi jalan untuk mengambil atau menurunkan penumpang Perjalanan dari Halte Lebak Bulus ke tempat penginapan di Wijaya Kusuma dalam 13km. Mungkin kerana dah malam, jalan agak kurang sesak, perjalanan jadi lancar. Dalam 20 minit je dah sampai rumah. Tambang dalam IDR5,000 seorang.
 
Angkot yang comel B-)
Alhamdulillah... syukur satu pengalaman yang berwarna warni. Penat tu memang penat, tapi  berbaloi. Pengalaman yang berharga. Bukan niat untuk menunjuk nunjuk, sekadar perkongsian cerita saya yang tak seberapa. Di usia usia sekarang ni, I dah  jadi seorang yang pelupa. Satu cara terbaik, ialah by sharing my experiences in this decent blogs. Sebagai reference di kemudian hari juga nanti. Sesiapa yang sudi membaca dan jadikan ini sebagai rujukan, saya halalkan...:=)

XOXO

p/s: sometimes you will never know the value of a moment, until it becomes a MEMORY

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails