February 11, 2017

~Bits of Random~


Salam Sayang...!!!

Last weeked, I dah tulis panjang and saved as draft. Bila check semula, eehhh dah tak ada?? siapa amik?? WiFi sedut lah tu... jahat!! he he he

Pagi ni mendung, dah 3 hari hujan. Nak keluar jalan jalan pun tak kuasa. Coursemate dah off ke Bandung awal awal tadi dah. I tak nak follow sebab kawan dari Serpong plan nak visit weekend ni Insha Allah

Credit to pak Google
Last Saturday, kitaorang pergi ke Tanah Abang (TA)- pusat membeli belah secara borong (Gedung Grosir) di Jakarta yang terbesar Asia. It's about 20km from the place we're staying now. Konsep jualan sama seperti Kenanga Wholesale City kat Kuala Lumpur, kena beli borong. Ada kedai may not sell secara 'ecer' (single item) kerana dalam belian 3pcs paling minimum. Satu hal tentang TA ni, jumlah pengunjungnya sangat lah ramai, sesakkk sangat sangat lah. Kalau nak shopping janganlah bawa anak anak ke sini, boleh hilang nanti. Kalau dah masuk wing A memang susah nak jumpa wing B. I yang mak budak ni pun terkial kial nak cari jalan keluar. Kalau betul betul nak shopping, please arrange it on week days, jangan saja saja nak tunggu hari cuti. Nak ambil swafoto pun tak mampu, kiri kanan penuh orang, asyik terlanggar siku je. Nak naik ke aras lain kena cari elevator, jangan harap nak naik lif, lambat!!
Credit to Google - sesak kan??
TA ni ada beberapa blok dari A ke G, yang betul betul happening blok A dan Blok B lah. Lain aras lain bahan jualannya. Sebenarnya lebih praktikal, senang kita nak skip level yang tak masuk dalam wishlist shopping kita. Foodcourt ada di aras 8 Blok A. Oh ye, kat sini ada baaanyak ATM machine, jangan risau kalau dah terrr shop till drop tu... mini Maybank office pun ada. Sesetengah kedai akan terima je pembelian dalam Ringgit Malaysia. Kesilapan paling besar, sebab I dah tertinggal my credit kad. Kebetulan pulak ada yang berpesan bawa barang penting je. So, I ingat lah nak bawak cash money, passport, tapi benda yang paling penting pulak boleh tertinggal issshhh, keadaan sesak memudahkan pickpocketing juga. So kena hati hati ...
Es buah buahan,slurpp sedap ni tau!

Nasi ayam penyet di Tanah Abang, 
really love the taste of that spicy-sweet-sour soup...

Nak ke TA kitaorg naik UBER. Terkial kial nak installed apps UBER bagai nya. Kat Malaysia buat tak pandang aje semua ni, always take everythings for granted- ada kereta boleh ke mana mana. Nah, serve me right now, bila dah jauh di tempat orang baru terhegeh hegeh nak belajar guna apps tu. Tambang ke sana dalam IRD61,500 lebih kurang RM20, oklah tu. Time nak balik, kitaorg cadang nak naik teksi since banyak teksi ada kat main entrance TA. Cari teksi Bluebird (teksi bermeter) tak terjumpa pulak. So, at first fikir- any taxi will do lah konon. Bila tanya punya tanya maaak aiihhh, sekali tambangnya IDR250,000 oh no no no terima kasih pak!! Bukan sebab tak boleh nak bayar, 4X ganda kot dari tambang UBER ke TA tadi. Dah la teksi tak bermeter, tak nak kurang pulak tu, tak berbaloi. Alasan nya- sore sore gini macet bu, hhmmm takpe lah kot. Kitaorang decided balik naik UBER, rate petang lain sikit, dalam IDR74,000 tapi still much cheaper dari kadar teksi tadi kan?? :P 
Credit to Google- GoJek

Di sini pengangkutan awam bermotor- GoJek atau Grab sangat famous..laku keras. Sana sini semua menggunakan khidmat penghantaran bermotor. Nak pergi kerja, nak ke pasar, ke klinik... even untuk bantu membeli dan menghantar groceries pun boleh menggunakan GoJek ni. Katanya nak kemas rumah dan khidmat mengurut pun boleh... uissh multitasking betul!! Tempahan perkhidmatannya perlu online melalui apps Go-Jek atau GRAB nya. Mereka tak akan layan kalau kita tahan kat tepi-tepi jalan, perlu melalui sistem tempahan online. Pemandunya memakai windbreaker seragam hijau, senang nak cam.

Honestly, I belum berani nak menggunakan khidmat GoJek ni nak ke mana mana, dan tak mungkin akan guna kottt. Lebih rela berjalan kalau dah tak jumpa teksi. Dia punya skill merempit tu ya ampuun tak sanggup rasanya. Selit sana mencelah sini di tengah tengah jalan sesak, silap silap nanti I yang keras kejung duk atas motor tu, I surrenderrrr hahahahaha

Bye, XOXO


p/s: tunggu projek MRT Jakarta siap next year...

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails