Good morning..!!
|
hujan itu rahmat |
Pagi ni hujan lagi... dihujung minggu kebelakangan ni asyik hujan. Ada rasa sikit kurang sihat, telan paracetemol pun tak hilang sakit. Dah ler program next week banyak lectures dan akan visits ke lab BATAN Serpong dan Yogyakarta. Ya Allah, beri lah kesembuhan..
Rabu lepas warga Jakarta cuti (libur) kerana coblos- election day untuk pemilihan Gabenor DKI Jakarta. So,kitaorang rancang nak jalan jalan di hari cuti tu. Kali ni destinasi nya ke pusat bandar atau kota. Seawal jam 8 dah bersiap nak keluar, semangattt. Our first trip ke Ragunan - Kebun Binatang atau Zoo, nak melawat 'saudara' kata my coursemate :-D ..cadangnya nak naik angkot No.12, tapi dah beberapa yang lalu kita tahan, semuanya kata tak lalu Ragunan... ehh, dah kenapa? so, naiklah GRAB dengan tambang IDR19,000 untuk jarak 5km dari simpang Jalan Wijaya Kusuma ke Ragunan. Sampai je Ragunan... sekali lagi eehh, kenapa lengang ni? ada lah nampak few visitors tengah sibuk bergambar di entrance gate nya termasuk lah kitaorang ni hahaha... Zoo tutup untuk pembersihan rupanya!
|
tutup untuk pembersihan katanya |
|
posing dgn replika pun boleh la, 45-darjah tu mahal tau :D |
Ok, tak apa... next destination kita ke Jakarta Pusat, menuju ke Monas - monumen or tugu lambang keperkasaan perjuangan bangsa Indonesia. Kebetulan bus stop bersebelahan Ragunan aje, so... ke kota ke kitaa jomm!! Terus top up isian e-kad busway transjakarta tu sebanyak IDR50,000, mana lah tau kot la nanti banyak tempat nak singgah. Sekitaran lengang sangat, mungkin masih awal lagi atau mungkin juga warga Jakarta masih keluar mengundi. Sempat lagi lah nak posing-posing dalam bas... buat macam bas sendiri ehehe Perjalanan ke pusat bandar pun lancar je. Dari Ragunan ke Monas dalam 16km. Berbeza sangat antara Jakarta Pusat dan Jakarta Selatan terutama dari segi infrastruktur, umpama masuk ke dua dunia yang berbeza.
Bila sampai Halte Transjakarta Monas, tengok ramai je pengunjung berlegar di luar kawasan tapi dalamnya lengang je.. hhmmm tutup jugak ke? gigih la kitaorang cari entrance, semangat berkobar kobar ni nak 'mendaki' tugu Monas katakan... malangnya, Monas pun tutup jugakk. Laahai, ni baru betul-betul pick up line Maharaja Lawak - pagi-pagi pergi Monas, Monas tutupppp!! huhu.. takpe lah, belum rezeki nampaknya.
|
senangnya dalam hati, ini bas makcik yang punya :D |
|
cantik mural nya |
|
Tugu Monas |
Dah semua tutup, kitaorang pun tak tau nak ke mana lagi. Bila tanya pak guard, katanya "lain wisitas juga mungkin tutup ibuk, lagi libur"...kisahnya, wrong timing lah ni. Jalan jalan di hari mengundi, tak sangka macam ni sekali sambutannya. Tak kan nak balik je kan? belum pun habis setengah hari. Dalam tengah ligat fikir plan B, nampak pulak ada beberapa pengunjung tempatan tengah menunggu bas. Intai-intai signboard nya eh? City Tour laa... sembang- sembang dengan seorang mbak yang peramah, rupanya ada perkhidmatan double decker bus secara gratis (percuma) untuk tour keliling kota. Ini sudah cantikk, kira plan B lah ni. Kitaorang pun join laa tour keliling Jakarta Pusat. Kebetulan bas yang kami naiki tu ada pembantu tour yang menerangkan tempat, bangunan dan tugu bersejarah sepanjang tour, duduk pulak di tingkat atas. Boleh ambil gambar dengan selesa.. alhamdulillah.
|
City Tour Bus |
|
tiket layanan gratis (percuma) |
|
Patung Kuda Arjuna Wiwaha - 18 patung kuda mewakili 8 buah patung kuda, 10 buah biasan bayangan kuda |
|
Tugu pahlawan Betawi- Mohamad Husni Thamrin |
|
Patung Selamat Datang |
|
Bas Pink - untuk penumpang wanita sahaja tau! |
Leka memerhatikan pemandangan sekitar, dah terlepas pulak nak captured beberapa tugu bersejarah antaranya Patung Jenderal Sudirman dan Patung Pahlawan. Turun dari City Tour Bus, kami naik transjakarta ke Kota pulak. Niat asalnya nak ke Kota Tua. Bila sampai Halte Transjakarta Kota, dah berbelah bahagi perasaannya, nak jalan ke, nak makan. Perut pulak dah berbunyi, ye lah time dah hampir jam 2 petag. Kami pun jalan lah dari terminal Transjakarta Kota tu mencari kedai makan yang berdekatan. Lepas makan, sambung berjalan lagi sampai la ke Mangga Dua Mall. Terasa penat juga la sebab berjalan dalam cuaca agak panas. Dari terminal transjakarta Kota ke Mangga Dua, jaraknya dalam 1km. Mangga Dua Mall ni sama seperti Tanah Abang, bangunannya besar, ada wing kiri dan kanan,bertingkat tingkat dan meriah dengan pelbagai jenis jualan. Tapi banyak kedai yang tutup. Kiranya tidak lah sesesak Tanah Abang tempohari. Bahan jualan disini kebanyakannya barang elektronik dan pakaian moden. Kalau pakaian tradisional dan kain pasang banyak di Tanah Abang
|
Kami study peta jaringan ni nak cari jalan pulang ehe :D |
|
Terminal Transjakarta Kota |
|
Pintu masuk Mangga Dua |
|
Mangga Dua Mall - luas dan bertingkek tingkek kan :D |
Bila dah penat, mood nak bershopping pun ntah ke mana. Memang tak bercadang pun nak beli banyak, nanti susah kena angkut turun naik bas. Adalah beli beberapa helai t-shirt dan sehelai dua pasang telekung untuk kegunaan sendiri. Keluar dari kawasan tu pun dah dalam pukul 4.30 petang. Aduii penatnya rasa nak berpatah semula ke Halte Transjakarta Kota. Dah tak larat nak melangkah ni. Tanya pak polisi yang jaga traffic, dia suggest kami naik Mikrolet diseberang jalan, tambangnya IDR3,000 kalau mahu berjalan lumayan jauhnya bu. Dari Halte Transjakarta Kota, kami naik bas yang menuju ke Harmoni Central Busway. Transit di terminal Harmoni untuk tukar bas ke Halte Lebak Bulus.
|
Credit to Google image - mikrolet |
|
Pelbagai angkot beratur menunggu di luar Mall |
Cuaca elok je panas sepanjang hari di Jakarta Pusat. Bila menuju je masuk Jakarta Selatan dah start mendung dan hujan. Jalan pun dah sesak, lebih dari sejam setengah duduk dalam bas. Tiba je kat Halte Lebak Bulus, terus cari angkot No.12 tapi malangnya tak ada. Masa tu dah 7.30 malam. Perancangannya sebelum jam 8am dah boleh sampai rumah. Tunggu lagi, tapi tak juga kunjung tiba. Angkot yang lain dah 2-3 kali ulang-alik dah. Hari tu senang aje, kitaorang keluar dari terminal terus jumpa. Hari ni dah sejam menunggu, tak kan lah tak ada. Dah la hujan semakin lebat ni. Air hujan dah bertakung dekat kawasan terminal tu. Saya ni dah mandi hujan dah. My coursemate agak bernasib baik sebab dia bawak raincoat. Dah tak sabar menunggu, suggest kat coursemate, kita naik teksi je. Ada a fews yang parking kat terminal tu. Sebelum tu kitaorang check rate lah GRABCar sebagai aras perbandingan,dalam IDR20,000. Bila tanya teksi, dia charged IDR75,000. Sikit pun tak nak kurang!! Hhhmm takpelah, kita pun panggil GRAB. Satu hal lah pulak, kena tunggu lagi sebab GRAB tu diluar kawasan. Time macam ni memang jalan tengah sesak teruk, dekat 30 minit juga lah kena menunggu. Saya dah menggeletar sejuk sebab tudung, baju, kasut semua lencun, tempat berlindung pun takde... tebalkan muka tumpang berteduh bawah payung besar peniaga gorengan di tepi jalan. Hampir jam 9.00 barulah sampai rumah. Masha Allah penatnya tok reti nak cerita, rasa nak tercabut kaki, lenguh satu badan. Lepas mandi dan minum ala kadar, terus je tidur. Esok nya muka dah sembap, penat dan ditambah pulak dengan sakit kepala, serangan migrainnn :-((
XOXO
p/s: no pain, no gain