November 7, 2013

~ Selamat Tinggal Baby Cots ~

Secara rasminya katil Adik semasa bayi dah berpindah hakmilik malam tadi kepada sepasang suami isteri untuk anaknya yang baru berusia 2 bulan. A couple of week ago, aku ada postkan ads nak let go baby cots tu di sini. Bila dah betul-betul di bawa pergi, sedih pulak rasanya sobs, sobss *mood drama*.  Lama juga la katil tu terperuk dalam bilik tido dengan harapan setinggi gunung akan ada lah 'adik' lagi selepas Adik. Tapi nak buat macam mana, semuanya ketentuan Allah, kita terima je lah kan? Selama 7 tahun menunggu masih juga belum diizinkan olehNya. Mungkin esok, mungkin lusa... berlapang dada je yang mampu. Teringat pujukan seorang kawan "Kadang-kadang Allah tak memberi apa yang kita mahu tapi yang pasti Allah memberi apa yang perlu dan terbaik untuk kita". Kena lah redha...

Ini lah katil yang berjasa tu. Cantik tak? Comel tak Kakk oopppsss heh heh. Purposely post  kat sini sebagai kenang kenangan. Adik duk dalam tu dari usia 2 bulan hingga lah ke 3 tahun. Di situlah most of the time Adik tido. Boleh dikatakan di situ lah juga Adik mula duduk, berdiri  dan bertatih. Adik akan berpaut di sekeliling untuk bangun dan berjalan, tak la asyik nak berdukung aje. Takde lah risau sangat nak tinggalkan Adik sementara nak mengemas rumah, memasak ataupun bila nature's call-->ke bilik air lerr. Letak je mainan atau buku-buku for distraction, sangat praktikal.

 Abang dulu pun macam tu juga. Belikan Abang satu katil yang hampir sama macam ni tapi berbeza dari kualiti dan material. Katil Abang dah dijualkan kepada jiran rumah sewa dulu (Kak Hanin) sebab masa tu sibuk nak berpindah rumah. Elok je selepas bertukar hakmilik, terus katil Abang transformed jadi girly stuff hahahaha Kak Hanin catkan putih dan lekatkan sticker bercorak bunga-bunga kaler pink. Sebabnya anak Kak Hanin tu gegurl !! Tak teringat pulak nak amik gambar time tu ye? Alaaa, blogs ni pun tak wujud lagi. Eh, tetiba lak teringat, apa la khabar Kak Hanin sekeluarga. Selepas  berpindah, masing2 dah lost contact, alahai.....


p/s:  ....gonna miss the baby cots :(



October 10, 2013

~ Selamat Ulang Tahun Kelahiran, Abang... ~

Assalammua'alaikum 
Specially for you dear, my other half.... 

SELAMAT ULANG TAHUN KELAHIRAN YANG KE-39
senyum ... :)
 Ya Allah, berikanlah suamiku kemudahan rezekinya.
Jika letaknya masih jauh, maka dekatkanlah.
Jika masih ada di langit, maka turunkanlah untuknya.
Jika tertahan didasar bumi hanya
Engkaulah yang mampu mengeluarkannya.
Ya Allah, berikanlah nikmat kesihatan yang baik untuknya.
Kau berkatilah dan rahmatilah  usianya, ibadahnya, 
rezeki yang diperolehinya
Agar semuanya membawa kebaikan bagi kami
sekeluarga, di dunia dan akhirat.
Amin Ya Rabbal Alamin..



p/s:  belum tua, tetapi dah tak berapa muda dah hehe :P

October 9, 2013

~#007 Wordless Wednesday~



p/s: err, salah soalan ke, salah jawapan ?

September 30, 2013

~Cuci Tandas Cara Aku~

Assalammua'alaikum...

Kalau stress biasanya uolls buat apa eh? shopping? makan? tidur? pergi spa?...aku pun buat juga semua tu  tapi ada satu lagi 'hobi pelik' aku time dilanda stress ni. Korang nak tau ke???he he he .... aku suker cuci toilet !!! Senang citer, kalau aku stress aje, toilet aku mesti bersih suci. Kalau toilet bersih aje, aku stress. Sebabnya??? Lepas tu akan kotor balik, dan aku kena cuci balik. Yang tak bestnya, aku sorang aje 'tenaga kerja' yang setia kat toilet rumah aku ni hhuuaaaaaaa......
 
Sebenarnya aku paling menyampah nak cuci tandas. Aku rasa tak adil, guna ramai-ramai, yg membersihkannya aku sorang aje!! Ini tidak adil, tidak adil tau!!! allooo cik kak, adil tak adil....by hook or by crook kena buat la jugak kan? Tak sanggup nak tunggu toilet tu sampai berlumut, berkerak kalau semua pakat-pakat buat tak tau aje.....

Tak suka nak sental sental bagai ni, penattt. Selalunya aku amik jalan mudah aje. Ini pun lepas tengok cara MIL aku buat. Dia amik cecair peluntur tu (tak kisah la brand clorox ke, dobi ke, ghimau ke, janji kotoran tu luntur dengan jayanya), dia jirus terus ke lantai & toilet bowl. Biarkan dalam beberapa jam, then MIL jirus dengan air sehingga hilang semua kotoran yg ada....walllaaa!! Ada lagi jalan mudah sebenarnya, beli je bahan kimia pencuci toilet kat kedai hardware......memang kuat kuasa membersihnya. Silap haribulan, tile pun boleh tanggal!! Aku seram sikit nak pakai bahan kimia tu ....

Pernah cuba cara MIL tapi aku surrender, tak tahan dengan bau cecair peluntur,  menyengat gilerrrr ko. Hidung ku yang tak mancung ni kembang kempis menahan bau. Terbatuk batuk, semacam keracunan la pulak aduihhh....lepas cuci toilet aje mesti pening-pening lalat. Bahaya ni wehh, tak pasal pasal aku yang 'bersih & suci' nanti. Maka....dengan inisiatif sendiri (ayat tak boleh blah he he he) aku pun improvised teknik MIL aku.   Aku amik satu bahagian (contohnya secawan la) cecair peluntur tu, then aku tambah dengan setengah bahagian pencuci lantai yg wangi2 tu dan aku cairkan dengan satu atau dua bahagian air. Faham ke tak ni puan-puan sekaliann?? hehehe.....aku amik sikit2 dan curahkan dekat tempat-tempat yg kotor. Time aku rajin, aku masukkan la bancuhan tadi ke dalam botol semburan. Aku spray kan ke dinding, atas dan bawah sinki, errr mana2 lah tempat yg boleh disembur. Biarkan beberapa jam, lepas tu jirus dengan air bersih2. Kesannya, toilet ku bersih dan wangiiiii, yeeaaaaaa.....senang bukan??


p/s: layan jer laa he he he......

September 26, 2013

~ Kopi-O Satu!! ~

Assalammua'alaikum


Dah breakfast ke? Sarapan apa, uolls minum kopi tak? Aku ni penggemar kopi, sangat-sangat suka minum kopi (kurang sikitttt je dari ketagih hehehe) Kalau sehari tak pekena kopi rasa macam life ku tak lengkap huhuhu. Setakat ni aku masih hadkan tak lebih dari 3 cawan/mug sehari. Cuma agak kurang selesanya, bila ramai kata, kopi punca kepada banyak penyakit. Senang citer, kopi ni memudaratkan kesihatan. Eh betul ke? Aku bukan tak nak percaya tapi prinsip aku mudah aje, apa-apa pun kalau kita ambil dalam jumlah yang berlebihan akan memudaratkan. Minum air kosong berlebihan pun ada kesannya kan? (kalau jumpa artikel pasal ni nanti aku share, ok...)

Sebenarnya nak share satu perkara je, tapi mukadimahnya punya la panjang lebar heh.. Terbaca satu artikel dari majalah kesihatan, menurut kajian saintis luar negara, perempuan yang minum 4 cawan kopi sehari dapat menurunkan risiko depresi sebanyak 20% !! Eh, biar betul !! Sebenarnya, tak la teruja sangat dengan penemuan tu, tapi aku kagum. Kagum, sebab hal ni orang tua kita yang tak well educated dan duduk kat kampung dah tau lama dah. Bukan la tau secara scienctifics tapi aware dengan kelebihannya...tak caya?

Ok, pernah dengar tak macam mana amalan berpantang wanita bersalin zaman dulu-dulu?? Based on cerita Mak aku, dulu-dulu wanita berpantang cuma dibenarkan minum kopi-o je. Atas alasan apa, Mak  takde la pulak citer, cuma Mak kata elok utk kesihatan dalaman. Aku pun takde lah nak bertanya lebih-lebih (tak kan nak paksa gak Mak huraikan. Dah Mak kata bagus terima je lah. Derhaka ooo lawan cakap Mak hehehehe). Kata Mak lagi, bukan tak boleh minum air lain cuma tak sepopular kopi-o. Bila aku baca artikel tu dan relatekan dengan apa yang Mak ceritakan, memang ada hubungkaitnya. Kan ke wanita dalam berpantang ni memang mudah depress, kemurungan posnatum, punca kepada penyakit meroyan etc.. Mungkin sebab tu kopi jadi pilihan, dan sebab itu la jawapan nya "elok untuk kesihatan" kan?

Tapi, aku masih juga nak tau, macam mana eh tok, nenek kita boleh tau kebaikannya kopi-o ni? Dan, pernah tak uolls terfikir, agaknya orang yang buat kajian ni sure merujuk kepada amalan wanita melayu dulu- dulu berpantang kan? he he he he.....apa lah yg aku merepek ni. Apa-apa pun, Masya Allah,  aku betul, betul kagum........no wonder there is a saying "orang tua lebih dulu makan garam".


p/s: tiada dulu, tiada sekarang :)

June 10, 2013

~ Monday Blues ..Tak Suka !! ~

Salam dan Hai..

Pagi ni anak-anak excited nak ke sekolah. Dah lama tak jumpa kawan-kawan katanya. Tapi aku? Kenapa la rasa berat bebenor nak ke makmal niii  Mata pulak rasa mengantuk, haihh . tak boleh jadi. Wake up !!!! 

I miss Saturday, I miss Sunday...miss u guys (erk, guys ke ???) so muuchh  and I hate Monday huhuhu ....


p/s: seronoknya kalau dapat cuti lagi seminggu kan...heh

June 8, 2013

~ Cuti Sekolah Dah Nak Berakhir ~

Cuti sekolah kali ni, kitaorg takde aktiviti outdoor pun. Duduk kat rumah aje, menjaga si abang yang baru berkhatan 27 May di Hospital Pusrawi Kajang *eh, skemanya intro aku.. he he he* Kebetulan pulak bersamaan dengan tarikh harijadi aku yang ke erkkk?? Maaaka nya tahun ni kitaorang declared birthday mama takde sambutan hokehh, no cake, no makan-makan huhuhuhu ...

Alhamdulillah tak sampai seminggu dah sembuh. Tak banyak ragam, sabar betul time berpantang. Urusan cuci luka aku serahkan 101% pada ayahnya. Kesian juga bila tengok dia makan nasi berlaukkan ikan aje tiap2 hari. Dah doktor pesan jaga makan kan, jangan makan telur, ayam, daging dan seafood.. alahh seminggu aje pun


Adik pulak asyik komplen "bosan la adik camni. duk kat rumah je". Biasanya bila cuti ada je lah aktiviti jalan-jalan. Paling-paling tidak pun, kitaorang berkelah. Dah sparing partner tak boleh nak lasak sangat, pagi-petang-siang-malam...dia berdua tengok TV...main game....ituuu je lar.  Dah le tak boleh nak ke mana-mana, aktiviti memasak pun terpaksa la dihadkan juga. Menghormati orang tengah berpantang... Mama pun dah jadi cam adik, terasa saaangattt la boringnya. Bila online aje, ligat blogwalking. Sekali tu terjumpa la beberapa blogs yang menarik. Yang akhirnya buat hidup aku jadi 'huru-hara'.  Blogs apa uolls nak tau? Blogs dekorasi dan susun atur rumah uuwaaa... menyesal jumpa blogs tu.

Bab-bab nak mencantikkan ruang ni walau sekecik-kecik ruang laci pun, aku memang fail!! Tak kreatif langsung ko. Bab-bab kraftangan semua nya aku keras tangan.  Bab dekor mendekor ke interior designing ke... ke laut wehhh!! Tapi aku suka dengan keadaan teratur dan bersih. Cukup serabut bila tengok barang bersepah... tetiba je boleh transform jadi puan tarzan dan badang he he he.... sebab apa??  bila dah senak mata memandang, aku mesti jerit "kemas ni sekarang. mama tak nak tengok ada kat sini, sini dan sini. sekarangggg !!!", dan pastu aku pulak jadi berganda-ganda kuat, boleh angkat semua barang haaa tak huru-hara tu?? Aku salute pada mereka yang kreatif dalam mengemas ni. Cer uolls tengok foto google bawah ni. Kemas kan? sebenarnya, sebenarnya kan, aku jeles, jeles dan jelessss.......


Ni la yang buat tido ku tak lena, mandi tak basah. Tengok orang susun cantikkk aje ko. Kenapa la tak pernah terfikir nak susun dan atur camtu. Bukan nak kena pakai barang mahal pun. Kalau dah kreatif, botol terpakai ke, kotak terbuang tu pun boleh jadi tempat penyimpanan yang cantik, janji kena rajin kan? Chupp! Satu lagi, nak kena kreatif la jugak, kan? Aku nak jugakkk... isshhhh!!

p/s: home sweet home ..

June 7, 2013

~ Agar-Agar Laici ~

Salam & Hai...

earrrghhhh.... dah berminggu tak update tetiba je citer pasal agar-agar, apa kes...

Alkisahnya... masa mengemas food storage kat dapur semalam, sambil2 tu tengok mana yang dah abis, yang dah rosak....mana yang perlu beli... terjumpa pulak satu tin laici ni yang lagi dua bulan nak expired.  

eeh? Ko tak caya ye aku mengemas ? Aku rajin laa... hehh  kalo tak caya cerr tengok kabinet yang aku dah kemas ni. Ok ke tak?  comel tak? Gambar sebelum kemas tu aku malu lupa nak upload....he he he


 Taddaaa ni la roper kabinet tempat menyimpan barang dapur kitaorang. Comel tak? comel tak? Belum ada rezeki lagi nak buat KC yang moden dan cantik. Plan tu ada, design pun dah siap scatched ... tapi tak perr, aku terima seadanya. Berjasa kabinet ni tau, dari mula kahwin sampai dah beranak pinak ni masih setia berbakti dengan aku... ewahhh *mode drama minggu ini, dah mai dah..*

Chup...chupp ko ni dah kenapa?? melalut sampai ke kabinet la pulak! Fokus, fokus oshanira. Ok, ok back to story agar-agar. Selepas jumpa laici tu... aku intai la dalam petiais ada pulak susu low fat HL  ni .. masih ada separuh kotak lagi.. 


Daripada laici tu akhirnya dibakul sampah kan nanti ...baik la ku transform kan kepada agar-agar. Takde la pembaziran berlaku ....membazir tu kan sahabat syaiton. I tak nakkkk..... nak kawan dgn manusia je.

Resipi biasa2 je pun..  Malu nak citer lebih2. Tetap ngengada nak post kat sini he he he untuk rujukan peribadi kot. Sure ko dah buat berkilo-kilo laici sebelum ni kan? Tapi aku first timer tau!! Kesian kat aku, nak buat macam mana kan? Kita redhoo aje lah he he he


Agar-agar Laici

Agar-agar serbuk (10g)
150g gula halus 150gm
200ml susu HL / susu cair
1 tin laici
150ml air laici
650ml air

 Cara Masak

Didihkan 650ml air, agar-agar serbuk dan gula.
Kisar isi laici dengan 150ml air laici sehingga halus.
Bila agar-agar dan gula telah larut, tunggu sehingga sedikit mendidih dan kecilkan api.
Masukkan laici yang telah dikisar dan susu, dan kacau semua bahan.
Bila adunan dah mendidih lagi, tutup api dan tuang di dalam acuan yang sesuai.


p/s: masih confuse dengan agar-agar dan puding...

May 17, 2013

~ SENYUM. Tak Perlu Kata Apa-Apa :) ~

Assalammua'alaikum,
Macam mana permulaan hari kita,
ada yang senyum tak ??

senyum seindah suria yang memancar cahaya :)
 
That's good!! Senyum lah kerana ... 
 
Senyum itu juga penawar ...

penawar minda dan rohani .


Bersyukurlah kerana Allah S.W.T telah menghadiahkan kita 
sebuah senyuman  
dan sesungguhnya...
 

Oleh itu, tak perlu la kata apa-apa lagi. 
Jom semua...




XOXO


p/s: senyum lah... supaya alam pun turut tersenyum :) :)

May 16, 2013

~ Happy 10th Birthday Raqib ..!! ~


Mama can hardly believe
that today, 
my once little boy
has grown up to be
a wonderful young man....

Muhammad Fahrur Raqib



Raqib & Adik-  you are always in my prayers :)
small family, simple celebration
 XOXO


p/s: with lots of love, today and everyday...
from mama, ayah &  Auni

April 26, 2013

~ Motherhood .. ~



p/s: syurga di bawah tapak kaki ibu...

April 19, 2013

~ MIKRO SIM KAD KU TERSANGKUT ~


Insiden dua hari lepas. Kes over excited  la ni hhmmm teruja nak mencuba gadget baru. Sampaikan tak perasan yang aku dah terrr masukkan mikro SIM kad ke dalam slot mini SIM kad. Bila MIKRO masuk dalam MINI... hasilnya SANGKUT lah kan? haihhh....careless sungguh!! Gambar-gambar ni semua ehsan pakcik Google. Dah gelabah tak sempat nak rakam apa-apa pun...

MIKRO dan MINI berposing heh

Lebih kurang camni lah slot gadget ku itu....


Macam biasa, aku memang mudah panik. Bila panik, mula lah tindakan di luar kawalan  he he he maka bermula la cubaan mencungkil sana, mencungkil sini. Konon-konon macam pakar la sangat aku ni... pakai pin la, jarum la, cutter blade la. Apa-apa aje la yang aku rasa muat dimasukkan dalam slot tu. Hasilnya ?? Mikro kad tu semakin terperosok jauh ke dalam slot.....oh TIDAKKK !!   *nanges*


Incik hubby pun tolong juga (dah heroin nya nanges, kena lah jadi hero kan? he he he he) berpeluh-peluh dia...kesiannnn.  Hasilnya ? Punnnn negatif...  haihh


Bila dah tenang sikit, baru lah datang idea yang lebih rasional. Terfikir nak cungkil dengan pencungkil gigi. Eh?? kalau cungkil gitu-gitu aje, bukan dapat apa pun kan? Aku pun belek, belek dan belek pencungkil gigi tu. Tenung macam tak pernah jumpa pencungkil gigi! Masa merenung tu  teringat pulak time tolong anak buat kerja seni . Pakai pencungkil gigi tu lah nak sapu gam. …eh, chup, chupp!! Pencungkil gigi + gam = AHHAAA !!! Dapat satu idea.....

pencungkil gigi yang berjasa heh..
 
gam UHU yang budiman heh..

BISMILLAHIRROHMANNIRRAHIM. Aku pun amik 2 batang pencungkil gigi tu. Potong rata-rata di bahagian hujung yang lebar sikit. Pastu aku sapu kan sikit gam UHU (kalau ada gam gajah lebih afdal he he he) kat bahagian tu. Pelan-pelan  masukkan hujung yang bergam tu ke dalam slot sehingga cecah pada hujung kad yang tersangkut. Satu di bahagian kiri, satu di bahagian kanan kad. Aku biarkan selama setengah jam, biar betul-betul kering. Lepas tu, sesi menarik pelan-pelan pencungkil gigi yang dah terlekat pada kad tersebut....hasilnya??  YEEAAYY . Kad keluar dengan sangat-sangat mudah. Simple sangat kan?* menari riang*
 

ALHAMDULILLAH  akhirnya, berjaya jugak kad yang tersangkut tu dikeluarkan. Buang masa dan air mata aku je nanges  sebelum 'misi menyelamat' ni he he he.  Satu pengajaran untuk aku juga, supaya lain kali tidak bertindak mengikut perasaan. Banyak bersabar, tenangkan diri dulu baru bertindak. Kalau gelabah, memang tak akan membuahkan hasil. Silap-silap jadi macam ‘tikus membaiki labu’... heh




p/s: Sindiran orang tua-tua 'sabar subur, tak sabar masuk kubur' ...

April 10, 2013

~ #006 Wordless Wednesday ~




p/s: sharing is caring isn't it ? heh... ;)

March 20, 2013

~#005 Wordless Wednesday~

Received an email from my girl friend,
 attached with this errr so-called equation....



p/s: this equation definitely was created by a man !!

March 18, 2013

~Yippee Horray !!~

"Dont count the days. Make the days count"

I've tried very hard but it is not working out for me. When it goes to hal-hal bercuti dan balik kampung ni, aku lah orang yang paling teruja. I'm starting to count the days since the moment of our air tickets were officially bought last month !! Mengalahkan anak-anak ha ha ha...  :D

Dalam hati dah lama menari riang mcm ni haaa .... :P

Yessss, the three of us (me, Raqib and Adik) are leaving to Bintulu this Saturday for spending the one-week school holiday with our family in Sarawak yeaaayy....incik hubby? mungkin akan menyusul jika masa dan keadaan mengizinkan :) It's not a big deal. Yang penting... kami balik kampung !!! Quite some time juga lar tak balik since Hari Raya Aidilfitri last year ? Patut lar dah rindu sangat rasanya ni ha ha ha......

Family + Home = Blessing :)

Till next entry....
xoxo



p/s: mood kerja dan belajar pun dah ke laut, yang ada cuma mood packing  ... :P

March 8, 2013

~ How Old Are You ? ~

Guess what I found today? 
-
-
-
-
  An online quiz that would reveal our true age on the inside !!! ehehe dah tak de keja kan? I suka, sukaaaa sangat  :)
Do you wanna know what my true age is? jeng, jeng, jeng......... 21 YEARS OLD !!!  18 tahun lebih muda dari usia sebenar? Awwww I'm so flattered...(dalam hati berbunga-bunga ni. Perasan? ada sikit laarr ) ha ha ha :P

What's Your True Age?

21 Years Old

You're 21 years old! You have broken free from your childhood and made your way into the adult world. Now that you can legally drink, you love going out and partying with your friends! You're still young enough to cut loose, but you're starting to get more responsibilities with work and relationships that have helped you mature. You just want to have a good time and enjoy your new found freedom!
5.3% of people that have taken this quiz have achieved this result.

(oppss... I don't drunk and I don't partying. A big NO !!)

Wanna try? Just click the above link
HAVE FUN Y'ALL!!!
p/s: The most wasted of all days is one without laughter....cheers!!  

January 23, 2013

~ A Change of Skin....Again?? ~

Have I ever mentioned  that I'm kinda a person who's easily get bored of anything? ha ha ha NO lah, not EVERYTHING ok. A bit of exaggerating  here. Actually, it goes to anything excluding my family members (love them forever) that look always the same for such a long time. Sound bad, eh? Yeaa.., I admit it. That's one of my bad side *sigh*

That's why I change the look of my blog (again!!) because the old one has bored me to death urrghh. Besides, I'm still in the new year mood. Well, guyss..it is new year!!  Something has to be new, right??? Just gimme a break ha ha ha.. 

So, that's it. A new skin of my blog!! Taadaaa... how is the new look ? Like it, or hate it?? Just let me know....

Chameleon uses different skin colors to hide.... I'm not!!! he he he
There is an inspiring quote:
“Your life does not get better by chance, it gets better by change.” 
–Jim Rohn

January 16, 2013

~ OKT ~



 A friend of mine showed me this cartoon and it is hilarious !! :D



p/s: OKT - Orang Kena Tuduh (accused person)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails