Secara rasminya katil Adik semasa bayi dah berpindah hakmilik malam tadi kepada sepasang suami isteri untuk anaknya yang baru berusia 2 bulan. A couple of week ago, aku ada postkan ads nak let go baby cots tu di sini. Bila dah betul-betul di bawa pergi, sedih pulak rasanya sobs, sobss *mood drama*. Lama juga la katil tu terperuk dalam bilik tido dengan harapan setinggi gunung akan ada lah 'adik' lagi selepas Adik. Tapi nak buat macam mana, semuanya ketentuan Allah, kita terima je lah kan? Selama 7 tahun menunggu masih juga belum diizinkan olehNya. Mungkin esok, mungkin lusa... berlapang dada je yang mampu. Teringat pujukan seorang kawan "Kadang-kadang Allah tak memberi apa yang kita mahu tapi yang pasti Allah memberi apa yang perlu dan terbaik untuk kita". Kena lah redha...
Ini lah katil yang berjasa tu. Cantik tak? Comel tak Kakk oopppsss heh heh. Purposely post kat sini sebagai kenang kenangan. Adik duk dalam tu dari usia 2 bulan hingga lah ke 3 tahun. Di situlah most of the time Adik tido. Boleh dikatakan di situ lah juga Adik mula duduk, berdiri dan bertatih. Adik akan berpaut di sekeliling untuk bangun dan berjalan, tak la asyik nak berdukung aje. Takde lah risau sangat nak tinggalkan Adik sementara nak mengemas rumah, memasak ataupun bila nature's call-->ke bilik air lerr. Letak je mainan atau buku-buku for distraction, sangat praktikal.
Abang dulu pun macam tu juga. Belikan Abang satu katil yang hampir sama macam ni tapi berbeza dari kualiti dan material. Katil Abang dah dijualkan kepada jiran rumah sewa dulu (Kak Hanin) sebab masa tu sibuk nak berpindah rumah. Elok je selepas bertukar hakmilik, terus katil Abang transformed jadi girly stuff hahahaha Kak Hanin catkan putih dan lekatkan sticker bercorak bunga-bunga kaler pink. Sebabnya anak Kak Hanin tu gegurl !! Tak teringat pulak nak amik gambar time tu ye? Alaaa, blogs ni pun tak wujud lagi. Eh, tetiba lak teringat, apa la khabar Kak Hanin sekeluarga. Selepas berpindah, masing2 dah lost contact, alahai.....
p/s: ....gonna miss the baby cots :(
No comments:
Post a Comment