June 8, 2013

~ Cuti Sekolah Dah Nak Berakhir ~

Cuti sekolah kali ni, kitaorg takde aktiviti outdoor pun. Duduk kat rumah aje, menjaga si abang yang baru berkhatan 27 May di Hospital Pusrawi Kajang *eh, skemanya intro aku.. he he he* Kebetulan pulak bersamaan dengan tarikh harijadi aku yang ke erkkk?? Maaaka nya tahun ni kitaorang declared birthday mama takde sambutan hokehh, no cake, no makan-makan huhuhuhu ...

Alhamdulillah tak sampai seminggu dah sembuh. Tak banyak ragam, sabar betul time berpantang. Urusan cuci luka aku serahkan 101% pada ayahnya. Kesian juga bila tengok dia makan nasi berlaukkan ikan aje tiap2 hari. Dah doktor pesan jaga makan kan, jangan makan telur, ayam, daging dan seafood.. alahh seminggu aje pun


Adik pulak asyik komplen "bosan la adik camni. duk kat rumah je". Biasanya bila cuti ada je lah aktiviti jalan-jalan. Paling-paling tidak pun, kitaorang berkelah. Dah sparing partner tak boleh nak lasak sangat, pagi-petang-siang-malam...dia berdua tengok TV...main game....ituuu je lar.  Dah le tak boleh nak ke mana-mana, aktiviti memasak pun terpaksa la dihadkan juga. Menghormati orang tengah berpantang... Mama pun dah jadi cam adik, terasa saaangattt la boringnya. Bila online aje, ligat blogwalking. Sekali tu terjumpa la beberapa blogs yang menarik. Yang akhirnya buat hidup aku jadi 'huru-hara'.  Blogs apa uolls nak tau? Blogs dekorasi dan susun atur rumah uuwaaa... menyesal jumpa blogs tu.

Bab-bab nak mencantikkan ruang ni walau sekecik-kecik ruang laci pun, aku memang fail!! Tak kreatif langsung ko. Bab-bab kraftangan semua nya aku keras tangan.  Bab dekor mendekor ke interior designing ke... ke laut wehhh!! Tapi aku suka dengan keadaan teratur dan bersih. Cukup serabut bila tengok barang bersepah... tetiba je boleh transform jadi puan tarzan dan badang he he he.... sebab apa??  bila dah senak mata memandang, aku mesti jerit "kemas ni sekarang. mama tak nak tengok ada kat sini, sini dan sini. sekarangggg !!!", dan pastu aku pulak jadi berganda-ganda kuat, boleh angkat semua barang haaa tak huru-hara tu?? Aku salute pada mereka yang kreatif dalam mengemas ni. Cer uolls tengok foto google bawah ni. Kemas kan? sebenarnya, sebenarnya kan, aku jeles, jeles dan jelessss.......


Ni la yang buat tido ku tak lena, mandi tak basah. Tengok orang susun cantikkk aje ko. Kenapa la tak pernah terfikir nak susun dan atur camtu. Bukan nak kena pakai barang mahal pun. Kalau dah kreatif, botol terpakai ke, kotak terbuang tu pun boleh jadi tempat penyimpanan yang cantik, janji kena rajin kan? Chupp! Satu lagi, nak kena kreatif la jugak, kan? Aku nak jugakkk... isshhhh!!

p/s: home sweet home ..

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails