December 3, 2012

~ Kuih Kaswi Gandum ~

Assalammua'alaikum

Lama sungguh tak update. Hampir lupa password nak sign in tadi, boleh gitu? Sibuk sikit dengan labwork lately. Cabaran research ni biasa lah, kadang2 ujikaji tu menjadi, ada masanya bila alat meragam, ujikaji pun buat perangai. Memang menguji kesabaran (sikit) tapi takde lah sampai give-up. Yang penting, kalau nak habiskan masters, kena lah siapkan juga walau apa pun masalah yang timbul. Pelbagai dugaan dah dalam usaha nak menyiapkan masters ni, moga dipermudahkan lagi hari-hari mendatang ni. Hasbunallah Wa Ni'mal Wakil - Cukuplah Allah sebagai penolong kami dan DIA adalah sebaik-baik pelindung....Amiin

Hari ini merajinkan diri sebab nak post kaedah step by step kuih tradisional yang dah lama aku teringin  nak buat sendiri.  Anak-anak suka kuih ni. Mak mertua selalu juga buat kaswi ni dan aku tukang makan aje heh.. Sesekali teringin gak nak merasa hasil dari air tangan sendiri. Masalahnya ....aku tak konfiden! Rasa macam susah aje. Gula merah dah banyak kali aku beli, tapi semuanya 'selamat' ku buat agar-agar gula merah la, bubur kacang la. Bukan apa..alasannya, 1) tak pernah buat sendiri (of course la he he). Ntah kenapa, bila bab nak buat kuih tradisional ni, aku jadi penakut. Psycho betul la perkataan 'tradisional' ni.  Dan alasan ke-2) aku tak pernah tengok secara live orang buat kuih ni dari mula sampai akhir dengan sukatan matriks yang tepat he he mak mertua aku buat pun cara tradisional, main agak2 je bahan dan sukatannya. Aku tak yakin sikit bab main agak2 ni, tak pandai la (alasan) Ilmu belum penuh di dada, takut nanti, bancuh kuih kaswi jadi kek coklat, sapa susah? Bila belek-belek resipi kat internet, dah jadi satu masalah pulak. Macam-macam versi ada. Akhirnya nekad pilih resipi kuih kaswi gandum kak Hanieliza klik sini . Mohon share ye kak liza.

Tujuan posting step by step ni bukan lah nak menunjuk2. Senang nak belek semula bila perlu nanti. Biasalah dapur amatur ni, macam ujikaji makmal juga. Ada masanya menjadi, ada masanya tak menjadi. Sebelum kuih kaswi jadi kek coklat, jom la kita ber'kaswi' he he he

Bahan-bahan
A) Bahan Sirap
5 cawan air
1 cawan gula merah
1 cawan gula pasir 
1 helai daun pandan - (saya tambah)
1 sudu teh browning/gula hitam - (saya tambah, supaya warna kuih sedikit hitam)

B) Bahan Kuih
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung ubi/jagung
1 sudu kecil air kapur kuih (optional) - (saya masukkan kapur kuih)
Kelapa parut (muda/putih saja) - (saya gaulkan dengan garam dan kukus 2-3minit)
Sedikit garam

Nota kaki: buat separuh adunan, menghasilkan 28 biji kuih kaswi (bersaiz acuan kuih lompang)

Cara:
Masukkan semua bahan A dalam periuk. Didihkan sehingga gula larut dan sejukkan.


Panaskan kukusan. Sapu dan ratakan sedikit minyak dalam acuan/loyang yang nak digunakan. Saya gunakan acuan kuih lompang.


Masukkan tepung gandum dan tepung tubi dalam bekas adunan. 


Bancuh semua bahan (sirap, tepung dan kapur kuih) dan tapiskan. Tuangkan dalam acuan. 


Kukus sehingga masak (antara 10-12 minit). Keluarkan dari periuk kukus dan biarkan sejuk sebelum dikeluarkan dari acuan.

 

Kelapa muda digaulkan sedikit garam dan dikukus sekejap (anggaran 2-3minit). Lumurkan kuih bersama dengan kelapa tadi.






p/s:  sedap. mudah je nak buat kuih kaswi ni. rugi kalau tak cuba...

September 29, 2012

~ Sembang Petang ~



Hari Rabu, 1.30 petang…
Balik sekolah

Anak   : Ma,  rasanya abang dah puasa 7 jam lar hari ni?
Mama  : Ye ke ? abang memang niat nak puasa ke hari ni?
kalau makan dengan sudu boleh la kan? heh....
Anak   : Tak laaah …. Tapi kan ma … hari tu kan, duit belanja abang RM2. Tapi dah kena potong RM1 (intro panjang, ini mmg kepakaran dia…heheh) …tapi hari ni kan Ma, dari RM1 tu kena potong lagi RM1…
Mama  : (okayyy berita paham, roger and out.  kes terlupa nak bagi duit belanja lagi la ni haisshh) …..Laaaa ye ke, kesiannya. Ayah tak bagi duit ke pagi tadi?
Anak   : Takde. Ayah lupa jugak la tu kot.  Tak pe lar ma. Boleh la abang kurus sikit.... (eechecheceee ayatt … cer uolls teka, ni ayat merajuk ke, ayat menyindir ni?)
kesian baby nih...kecik2 dah stress...
Mama  :  Sorry ye… betul-betul  lupa la tadi. Tu la, lenkali abang jangan ajak mama bersembang  sakan pepagi ,  kan dah leka (alasannn heh..)
 
p/s: kebelakangan ni senang benar diserang penyakit lupa …

September 15, 2012

~ Laksa dan Diet ~

ehsan google
Laksa la pulokkk!!! Tak habis2 lagi citer pasal food. Nak buat macam mana, sekarang ni kan musim ‘makan-makan’ setiap minggu ada je jemputan kenduri kahwin, open house raya sana-sini. Sampai dah tak tau nak makan apa. Rezeki Allah SWT, Alhamdulillah.

Sehari dua ni aku makan laksa asam pagi-petang, siang-malam. Kesnya... dah terrr masak (ye ke 'terrr' tu? ahakss!) satu periuk atas permintaan anak dara cilik aka Adek yang tiba-tiba jadi penggemar laksa. Selera baru kot .. selepas balik open house pengasuh nya minggu lepas. Bukan tak pernah jamu laksa sebelum ni. Ada yang aku masak sendiri, ada yang beli. Semuanya dia reject kononnya takk shedapp laa, Adek tak suka ikan!!!! Apa tak nya, faveret dia cuma telur, sosej dan ayam je. Ntah apa seleranya kali ni, jadi penggemar laksa pulak.  Tengah2 malam boleh request minta mama masak laksa haruu! Sekali makan tak cukup semangkuk, menambah nambah. Aku?? of course la sukerrr sgt sebab dah ada geng makan laksa heh heh heh lagipun aku nak sangat Adek makan ikan daripada hadap processed food je.

Aku mmg peminat tegar laksa. Tak kira la, subuh ke, tgh malam ke, boleh je on makan laksa ni. Paling suka jenis laksa asam… lagi masam & pedas lagi best!! Yang penting, kuah mau pekat maa….!!! Kebanyakan yang jual tu, cayorrr jer kuahnya. Masam je lebih, ikan nya sorok kat mana kak???

Kali ni bukan nak citer pasal resipi laksa. Malu la aiii, baru je menuntut ilmu dengan cik temah hihihih  Kali ni nak share info pasal berdiet dengan laksa ewaahhh boleh ke berdiet tuu??? Kalu sekali hadap mau 2-3 mangkuk hahahaha sebenarnya boleh sesangat, cuma disiplin kena tinggi, faham nutrisi2 yang ada. Semangkuk laksa tu dah lengkap nutrisinya untuk berdiet ada karbo, protein dan lemak. Secara kasarnya semangkuk hidangan laksa asam tu (bukan laksa kuah lemak macam laksam etc.) anggaran beratnya 450g, mempunyai tenaga  kira-kira 413 kcal.  Aku dapat info ni pun dari blog dhieranottie . So, for those yang bersaiz mcm aku ni boleh la makan 2-3 mangkuk laksa sehari eewahhhh just nice laa tu tak? (yer la tu kan?…..mcm tak cukup je rasanya 2-3 mangkuk  ni hihihih) Mind you makan laksa je tau… lepas tu dah tak boleh makan menu lain dah !!!

Sapa cakap laksa ni kategori makanan kampung? hiisshhhh rugi ... banyak khasiatnya. Kalau uolls tak caya cer baca kat blog susu sejat ni - Berdiet dengan Laksa . Setiap bahan dalam laksa tu ada khasiatnya. So apa lagi, jom la kita makan laksa !! ( perhatian, ini bukan entry berbayar oleh persatuan laksa sedunia hokay heh heh heh)


p/s: bila la nak berdiet ni.....huhuhu

September 11, 2012

~ Kaca Mata Oo Kaca Mata ~



Assalammua’alaikum :)

ehsan carian google ... :)
Mood aku untuk memblog ni dah macam biskut choc fudge… ‘kejap ada, kejap takde.’ Bila rajin, berderet la entry dengan segala benda ku nak share. Bila kurang rajin (heh.. bahasa sopan utk MALAS) berminggu2, kadang berbulan2 aku tak update blog ni. Menulis kena ikut mood tau. Memandangkan hari ni aku sedikit rajin dan happy lalalala sebab baru balik dari jamuan lunch raya kawan seofis. So... daripada aku krooohhh pengsan di petang hari ni, baik aku menghapdet apa yang patut hahahahaha. Petang ni aku nak citer pasal cermin mata aka spek atau bahasa buku nya KACA MATA. 

Pagi ahad lepas, anak bujang aku aka abang dah start kena pakai spek. Dejavu ko.... sebab, aku dulu pun mula pakai spek at the age of 9 juga. Suratan atau kebetulan tu, echecheh.....teringat time mula pakai spek dulu, bukan main lagi uoll... berbunga-bunga setaman rasanya. Ye laa cer uolls bygkan dan baca ayat lepas ni dengan nada eksen..."aku ada spek, ko tak der kan?" haaa lebih kurang gitu la wahahaha ... mula2 jer eksen, lama kelamaan aku bosan. Rasa nak buang aje spek tu, rimas. Tapiiii.... aku takde choice....kena pakai juga. Dah rabun ko, lagi nak degil2, sendiri yang susah nanti.....!!
  
bila justin pakai nampak ok je haish..
But, ai tell you... pakai spek ni sgt2 la TAK BEST!!! Aku heran la sekarang ni dah mcm trend pulak, siap suka2 nak pakai walopun takde masalah mata rabun ke silau ke. Aku paling tak suka bila time pakai tudung. Jadi tak kemas bentuk tudung rasanya kembang je eeiii tak lawaa.....huhuhuh (macam ler kalau tak pakai spek, boleh jadi lawa, puh rah san!!) Nak pulak time tu, ayah belikan bingkai plastik yg tebal tu. Alaaa yang macam Adibah Amin pakai dalam movie Adik Manja tuu. Dari jauh lagi org dah cam spek aku , nampak nerd je isshhhh. Sampai sekrg aku terfikir, nape ler aku sanggup pakai spek bingkai tebal sampai kemek2 hidung aku dibuatnya. Eh, don’t get me wrong ok. I’m not complaining here, cuma teringat kenangan silam. Lagipun jenis tu je yg murah dan termampu ayah beli kan, kena lah redho. Anak yang baik kena lah terima seadanya kan? ehehehe walaupun sekarang ni, aku tak berapa nak rela tengok gambar2 aku time tu huhuhu....

cute kan?
Tak sangka pulak, anak aku sekarang dah masuk kumpulan specky ni . Teringat pulak kat satu local band boy tahun 90an dulu  kalau tak silap kumpulan ‘Budak KacaMata’...eerr hidup lagi ke group tu? hihi abaikan.... Asalnya aku fikir si abang ni ada masalah silau. Tiap kali bergambar mesti ter captured dia tengah mengerutkan dahi, mengecik/mengenyit mata. Tak pernah sangka pun dia ada masalah rabun. Pernah juga dia komplen ‘apa lah dakwat cikgu abang tu selalu je habis, tulisan asyik blur je’… laa habis dakwat ke, cikgu? Mana la aku nak expect dia rabun. Ingatkan betul la white board marker cikgu dah kering,...alahai kesiann anakku. Tapi takpelah… pakai spek pun cute jugak kan? Cer tengok Harry Potter nih…. cute apa , sejuk mata mama memandang …heh


p/s: syukur alhamdulillah, masih boleh melihat :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails