December 3, 2012

~ Kuih Kaswi Gandum ~

Assalammua'alaikum

Lama sungguh tak update. Hampir lupa password nak sign in tadi, boleh gitu? Sibuk sikit dengan labwork lately. Cabaran research ni biasa lah, kadang2 ujikaji tu menjadi, ada masanya bila alat meragam, ujikaji pun buat perangai. Memang menguji kesabaran (sikit) tapi takde lah sampai give-up. Yang penting, kalau nak habiskan masters, kena lah siapkan juga walau apa pun masalah yang timbul. Pelbagai dugaan dah dalam usaha nak menyiapkan masters ni, moga dipermudahkan lagi hari-hari mendatang ni. Hasbunallah Wa Ni'mal Wakil - Cukuplah Allah sebagai penolong kami dan DIA adalah sebaik-baik pelindung....Amiin

Hari ini merajinkan diri sebab nak post kaedah step by step kuih tradisional yang dah lama aku teringin  nak buat sendiri.  Anak-anak suka kuih ni. Mak mertua selalu juga buat kaswi ni dan aku tukang makan aje heh.. Sesekali teringin gak nak merasa hasil dari air tangan sendiri. Masalahnya ....aku tak konfiden! Rasa macam susah aje. Gula merah dah banyak kali aku beli, tapi semuanya 'selamat' ku buat agar-agar gula merah la, bubur kacang la. Bukan apa..alasannya, 1) tak pernah buat sendiri (of course la he he). Ntah kenapa, bila bab nak buat kuih tradisional ni, aku jadi penakut. Psycho betul la perkataan 'tradisional' ni.  Dan alasan ke-2) aku tak pernah tengok secara live orang buat kuih ni dari mula sampai akhir dengan sukatan matriks yang tepat he he mak mertua aku buat pun cara tradisional, main agak2 je bahan dan sukatannya. Aku tak yakin sikit bab main agak2 ni, tak pandai la (alasan) Ilmu belum penuh di dada, takut nanti, bancuh kuih kaswi jadi kek coklat, sapa susah? Bila belek-belek resipi kat internet, dah jadi satu masalah pulak. Macam-macam versi ada. Akhirnya nekad pilih resipi kuih kaswi gandum kak Hanieliza klik sini . Mohon share ye kak liza.

Tujuan posting step by step ni bukan lah nak menunjuk2. Senang nak belek semula bila perlu nanti. Biasalah dapur amatur ni, macam ujikaji makmal juga. Ada masanya menjadi, ada masanya tak menjadi. Sebelum kuih kaswi jadi kek coklat, jom la kita ber'kaswi' he he he

Bahan-bahan
A) Bahan Sirap
5 cawan air
1 cawan gula merah
1 cawan gula pasir 
1 helai daun pandan - (saya tambah)
1 sudu teh browning/gula hitam - (saya tambah, supaya warna kuih sedikit hitam)

B) Bahan Kuih
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung ubi/jagung
1 sudu kecil air kapur kuih (optional) - (saya masukkan kapur kuih)
Kelapa parut (muda/putih saja) - (saya gaulkan dengan garam dan kukus 2-3minit)
Sedikit garam

Nota kaki: buat separuh adunan, menghasilkan 28 biji kuih kaswi (bersaiz acuan kuih lompang)

Cara:
Masukkan semua bahan A dalam periuk. Didihkan sehingga gula larut dan sejukkan.


Panaskan kukusan. Sapu dan ratakan sedikit minyak dalam acuan/loyang yang nak digunakan. Saya gunakan acuan kuih lompang.


Masukkan tepung gandum dan tepung tubi dalam bekas adunan. 


Bancuh semua bahan (sirap, tepung dan kapur kuih) dan tapiskan. Tuangkan dalam acuan. 


Kukus sehingga masak (antara 10-12 minit). Keluarkan dari periuk kukus dan biarkan sejuk sebelum dikeluarkan dari acuan.

 

Kelapa muda digaulkan sedikit garam dan dikukus sekejap (anggaran 2-3minit). Lumurkan kuih bersama dengan kelapa tadi.






p/s:  sedap. mudah je nak buat kuih kaswi ni. rugi kalau tak cuba...

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails