January 25, 2011

~ Ketawa Penawar Duka ~

Assalammua’alaikum semua. Uolls sihat ke ? Kalau tak sihat, pegi lah cari penawar. Sekarang ni obat pun dah boleh main pos-pos je tau, apa nak susah?  ai pun sihat juga, alhamdulillah syukur. Fizikal dah tip-top, cumaaaaa......eerrr dalaman ni ada kureng sikit (nak sebut 'mental' tu len macam pulak bunyi nya ehehe) Nak kata sedih, ai tak sedih pun... nak kata marah, takde marah kat sesapa pun... nak kata benci, alaahaii....jauh sekali.  Ntah ler ….. tak reti ler nak citer. Ooppssss jangan pulok ada yg terfikir... ahkak sorang ni jiwa kacau ke? OH TIDAKKK, bukan itu lerrr.....isshhh kamuuu ni... syyuhh, ssyuhhhh selisih malaikat 44 !!!

Gembira, duka, kecewa ..... itu kan semua ‘perisa’ kehidupan. Aiyokk, perisa ? Wakakaka  sesedap rasa ku pakai istilah sendiri. Kalu ku amik SPM sekali lagi ni, sure paper BM ku ke laut pergi nya. Ada ka 'perisa'..... sebenarnya ‘asam garam’ kehidupan ler yangg. Cuma yg pastinya, tiap kali ku di'serang' perasaan macam ni, ku lebih suka layan anak2 bersembang. Bagi aku, celoteh anak2 tu ler terapi jiwa yang paling mujarab. Tambahan pulak, kalu yg baru pandai bercakap tu....dgn vocab nya yg terhad... susunan ayat yg berterabur, sangat2 menghiburkan. Boleh reda lah segala ribut taufan dalam jiwa ni. Sik cayak kah?? meh nak share satu citer ni untuk tatapan uolls:

Adik   : Mamaaa,….mamaaa. Shian kawan adik, Ishzhah.
Mama : Nape dgn Izzah, dik?
Adik   : Ishzhah jemam. Iye baring aje kat taska.
Mama : Izzah tak school ke hari ni, dik?
Adik   : Ye tak gi school. Iye jemam, siyan iye. Kaki ye jemam, tangan ye jemam, kepaya ye jemam. Semua jemam...(dengan ekspresi muka yg sangat sedih)
Mama : Semua demam ye? Ish, ish kesian nya Izzah...
Abang : Ahhh?? Apa dik? Sapa demam?
Adik   : Ishzhah laa, kawan adik! …kepaya ye jemam, tangan ye jemam, kaki ye jemam. Ye baring aje ...
Abang : Aahh?? Apa mama?? abang tak faham laa...
Mama : Adik kata ...kawan dia, Izzah demam. Tak pegi tadika pun. Dok taska je. Kaki dia panas, tangan dia panas, kepala dia pun panas.
Abang : ooooo, abang faham, faham......HAHAHAHAHA
Adik   : Jangan la geyak abangg....dosher tau!! 
Camne? betul tak ?....as the old saying goeslaughter is the best medicine” ......ketawa itu penawar duka. So uolls, don't sad-sad aaaa.....ceria selalu !!! Wassalam

January 24, 2011

Setelah Di Baling Batu....

Salam semua ....dah tengahari ni, uolls lunch apa? di mana? Hari ni macam takde selera sikit, ... sebenarnya perut dah berkaraoke , tapi still tak tau nak isi dgn apa ...hhmm biar lah sesekali berdiet, yer tak? Tengah belek2 emel tadi, terbaca satu story ni. Wonderful story. So, aku decide nak post kat sini. Tambahan plak hari ni vitamin R ku terlebih sikit hahaha...dah caj sepanjang dua hari bercuti, jadi ku dah terjemahkan  story asalnya ke bahasa ibunda. Bersemangat - bahasa jiwa bangsa ahkak hari ni...ahakss!!....jom layan

Seorang eksekutif muda yang sukses dalam kerjayanya, dalam perjalanan ke satu taman sambil memandu laju Mercedes barunya. Ligat matanya memerhati kanak-kanak yang keluar-masuk dari kawasan itu dan memperlahankan keretanya sekira ada kelibat kanak-kanak disitu. Ketika itu, tiada seorang kanak-kanak  pun yang kelihatan. Tapi sebiji batu telah menghentam pintu keretanya dengan tiba-tiba !!  Lantas dia menekan brek dan mengundur keretanya. Dia sangat, sangat marah.... sejurus keluar dia menarik tangan seorang budak lelaki yang berada di situ dan menolaknya badan kecil itu ke keretanya sambil menengking Apa semua ni?? Siapa kau? Tengok, apa yang  kau dah buat? Itu kereta baru, kau tau tak!! Kenapa kau baling batu?” Budak itu menggeletar dan menangis sambil meminta maaf "Tolong bang ... tolong, saya minta maaf. Saya tidak tahu nak buat apa lagi dah," dia merayu. "Saya baling batu tu sebab saya risau tak ada sesiapa yang akan berhenti". Dengan air mata mengalir laju dipipinya, budak itu menunjuk ke arah parkir yang berhampiran... "Tu abang saya. Dia terjatuh dari kerusi roda dan berguling ke tepi jalan. Saya tak mampu nak mengangkatnya" Dengan teresak-esak, budak itu merayu. "Boleh tak abang bantu saya?" Eksekutif tu tergamam. Tanpa berkata-kata, dia berjalan menghampiri pemuda itu lantas mengangkatnya kembali duduk di kerusi roda. Dia  mengeluarkan saputangan dan mengelap luka-luka di badan pemuda malang itu. Bila keadaan dah reda, budak itu menghampiri dia. "Terima kasih bang, terima kasih. Semoga Allah memberkati hidup abang” ucap budak tadi sepenuh hati. Terkedu... dia hanya mampu merenung sayu wajah budak itu yang sedang menolak perlahan kerusi roda abangnya menuju ke seberang jalan. Dia bergerak perlahan dan menuju ke Mercedesnya. Kerosakan pada pintu kereta barunya memang jelas tapi dia tidak pernah kisah untuk membaiki pintu yang telah kemek itu. Baginya, kerosakan itu akan sentiasa mengingatkannya kepada satu mesej yang berharga: Jangan menjalani kehidupan ini terlalu pantas sehinggakan seseorang perlu membaling batu untuk mendapatkan perhatian mu. 
 
Ingatlah, bahawa Allah itu sentiasa  berada dekat dengan kita. Dia berbisik dalam jiwa dan, berbicara dalam hati kita walaupun selalunya kita tak nak mendengar semua tu. Kita butakan hati, pekakkan telinga kerana beranggapan kita takde masa untuk semua itu. Sehinggalah ke saat  ‘dibaling batu’ baru lah  kita tersedar dari kealpaan. Apa pun, semua itu adalah pilihan masing-masing.....jumpa lagi. Wassalam

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails